Friday, February 29, 2008

ahmoi cantik, lebih baik kau bogel saja!

aku naik lif di level 64 untuk makan di Wisma Central dengan rakan-rakan yang lain.
dalam lif ada ahmoi cantik berbaju pink dengan mikro skirt putih.
sempat juga aku menyanyikan beberapa rangkap lagu ahmoi cantik oleh kumpulan Hujan.
tiba di aras bawah, kami berjalan menuju ke arah Wisma Central.
ahmoi cantik tadi berada di depan kami berjalan seorang diri ke arah tangga yang menuju ke stesen LRT KLCC.
melihat ahmoi cantik itu berjalan, kami semua terperasan sesuatu..ahmoi cantik pakai mikro skirt jarang warna putih, nampak pula bahagian dalamnya berwarna hitam.
argh..ahmoi cantik, lebih baik kau bogel saja dari berpakaian jarang yang serupa seperti orang tak berbaju!!!

Funny General Election Video



Funny right? Hehehe..

Thursday, February 28, 2008

Butterfingers sebagai idola Hujan

Baru sahaja selesai menonton Astro Ria di channel 104.

Hujan telah diajukan favourite question oleh pengacara.

"Siapakah idola anda?", tanya pengacara kepada Noh, vokalis Hujan.

"Idola saya adalah Butterfingers", jawab Noh dengan bersahaja.

Yeah..Butterfingers rocks!!!

Sekitar LRT Abdullah Hukum jam 9.06 malam

LRT Putra yang aku naiki berhenti di stesen LRT Abdullah Hukum. Aku berjalan keluar dari perut LRT yang dipenuhi manusia yang baru pulang dari kerja seperti aku. Berbekalkan 2 telefon bimbit di tangan, aku berjalan menuruni tangga sambil tangan kanan ini sibuk menekan punat-punat huruf di keypad telefon untuk menghantar SMS rindu. Sampai di pintu keluar masuk, aku menyentuh kad Touch N Go untuk melepasi pintu tersebut. Aku berjalan menaiki jejantas, mendaki anak tangga yang tidak begitu tinggi itu sambil tangan masih sibuk menghantar SMS rindu kepada dia. Selesai menaip message, aku tekan butang send di keypad telefon bimbitku bagi memastikan message yang ditaip selamat sampai kepada orangnya.Aku terhenti seketika di hujung jejantas melihatkan seorang insan yang tiada tempat berteduh tidur beralaskan surat khabar tanpa apa-apa menyelimuti diri. Angin pula bertiup dingin hingga ke tulang sumsum. "Sudah makankah dia ini?", getus hatiku. Lahir rasa simpati dari hati ini. Ku buka walletku dan menyelitkan sedikit wang dalam tangannya tanpa mengganggu tidurnya yang masih lena. "Mungkin dia sedang bermimpi makan yang sedap-sedap", detik hatiku. Ku harap wang yang tidak seberapa itu boleh mengisi perutnya yang mungkin sudah tidak diisi untuk beberapa hari. Aku berlalu pergi dengan harapan dia akan dapat meneruskan kehidupannya esok hari. Jumpa lagi jika kita ditakdirkan bertemu semula..

Art Syndrome T-Shirts - Love Generously

This is Art Syndrome T-Shirts first design. If you are interested to buy, you can just e-mail us at art.syndrome.tshirts@gmail.com or you can simply leave a comment to order. Please state all the details of the t-shirts that you want to buy such as:

1. T-Shirts Code (for example: black t-shirts - LVE-01-BCLR, white t-shirts - LVE-01-WCLR, yellow t-shirts - LVE-01-YCLR, pink t-shirts - LVE-01-PCLR)
2. T-Shirts Size (for example: for woman - XS, S, M and for man - XS, S, M, L, XL, XXL )
3. Short Sleeve or Long Sleeve
4. T-Shirts Quantity

We also need your info such as:
1. Name
2. Phone No.
3. Email

All of these info are important so that we can expedite the t-shirts to you as fast as we could. We will contact you once you place your order. Should you guys have any inquiry please do not hesitate to contact us at art.syndrome.tshirts@gmail.com

You guys can also add us at http://www.myspace.com/artsyndrometshirts or visit us at http://www.art-syndrome.com/

Wednesday, February 27, 2008

moody day?

entah kenapa aku rasa tak gembira sahaja berada di office hari ni.
orang-orang di sekitar cubicle aku juga lebih banyak mendiamkan diri.
entah kenapa aku pun tak tahu.
mungkin masing-masing ada masalah.
tapi aku? kenapa aku pun turut serta murung?
aku pun tidak pasti.
tapi aku memang berasa murung.
mungkinkah kerana memikirkan si dia?
si dia yang tidak pasti akan terus ada dalam hidupku.
untuk mendampingi jiwa yang sedang kesepian ini.
argh, kenapa aku begini...

Tuesday, February 26, 2008

Nasi Goreng Kampung+Ikan Terubuk

Pagi ini saya dapat makan sarapan pagi nasi goreng kampung+ikan terubuk. Dimasak istimewa oleh Kak Rosnah. Saya dan rakan-rakan intern yang lain makan di pantry Carigali Hess di Level 64 dengan riang rianya. Ini yang orang kata rezeki Tuhan itu luas. Thank you Kak Rosnah untuk sarapan pagi yang sedap dan lazat!

Monday, February 25, 2008

Butterfingers - Kembali

Kumpulan Butterfingers Kembali dengan album baru setelah beberapa tahun menyepi! Nantikan album baru mereka yang akan muncul pada 06.07.08.



Kini mereka Kembali dengan lagu 1000 Tahun. Guys, enjoy the song!

Sunday, February 24, 2008

the twins

they are my sister's first children.
they are twins.
the elder is mohd nafiz nukman.
the younger is mohd nafiz imran.

they are always happy and cheerful.
they are so cute and sweet.
they always make me laugh even when i'm not in a good mood.

thank you mohd nafiz nukman. thank you mohd nazif imran. i always love you guys!

aku rindu kamu!

aku rindu kamu!
sangat-sangat merindui kamu.
ingin sahaja aku menghantar SMS meluahkan rasa rindu ini.
tapi aku takut mengganggu masa hujung minggu kamu bersama keluarga.
arghh..aku terseksa begini!
hati aku meronta-ronta minta tolong dibebaskan.
tolong aku Tuhan...

Saturday, February 23, 2008

people: past, present & future

last night I met my old friend (from primary school).
we had a good chat. we laugh. we talked something serious. we talked about our past.
and just now, she mentioned to me through YM, I've change a little bit.
is it I'm the one who have change?
or maybe, the time flies so fast that my friend did not realize that last time we met was 9 years ago!
for me, I'm still the same person.
the same person that everybody knows.
but, people will eventually change as time flies away.
we grow up. "a year older, a year wiser". right?
maybe, what my friend saw is a wiser man, who have gone so many things in the past 9 years...I had already grown up!
and for sure, I'll become another person in another 9 years..

Friday, February 22, 2008

don't break, don't wilt, don't falter

anonymous: must keep control of yourself
anonymous: don't break
anonymous: don't wilt
anonymous: don't falter
anonymous: just deal with it and shove it up their ass

I'm so thankful to God that I still have a good friend like anonymous.
When I feel that I'm not strong to go on with my life,
When I feel it is hard for me to deal with all my problems,
When I feel that I'm alone by myself,
When I feel nobody care about me,
But..A good friend like anonymous is always there for me.
Always keep me on my path.
Always give me words of motivation.
Always keep pushing me to face the real world.
Always there when I need someone to share my problems.
You are always a good friend to me.
Thank you my friend...

Thursday, February 21, 2008

mari pulang ke kuala lumpur

selesai sahaja melakukan materials inspection untuk BMA flowlines; aku, uncle yc dan uncle pb meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke kuala lumpur. kereta dipandu oleh uncle yc pada kelajuan purata 100 km sejam meninggalkan kemaman dengan aku di sebelah sebagai co-driver dan uncle pb yang sudah terlena di belakang. selamat tinggal kemaman. aku harap kita akan bersua lagi dalam masa terdekat. sampai sahaja di kuantan aku di tinggalkan seorang diri di depan restoran melayu kerana uncle yc dan uncle pb ingin mencari chinese food yang kena dengan selera makan mereka.

selesai sahaja makan, uncle yc dan uncle pb menuju ke spa, ingin mendapatkan body massage kata mereka. aku biarkan sahaja mereka masuk ke dalam spa sambil menanti di ruang menunggu. selesai sahaja mereka mendapat body massage, kami meneruskan perjalanan ke lapangan terbang sultan ahmad shah, kuantan. kapal terbang yang kami naiki berlepas kira-kira jam 6.40 petang. perjalanan pulang ini aku rasakan begitu sekejap sahaja. sedar tak sedar, kapal terbang yang aku naiki sudah sampai ke klia. berakhir sudah perjalanan yang memberi seribu satu kenangan indah dalam hidup ini.

Wednesday, February 20, 2008

sepinya malam tanpa bintang

malam itu aku seorang diri.
aku membiarkan sahaja kaki ini melangkah tanpa arah tujuan.
perutku yang sudah berbunyi mengalunkan nada-nada merdu bunyi biola ini mendorong langkahku yang tanpa arah tuju tadi mencari sebuah kedai makan.
melangkah tanpa arah tuju, akhirnya aku berhenti di kedai western food.
sudah lama aku tidak makan sebegitu puas.
selesai sahaja makan aku melangkah pulang ke hotel awana kijal yang menjadi tempat aku beradu keseorangan malam ini.
rasa hati ingin sahaja pulang dan berehat sambil menonton televisyen di bilik.
tapi akal aku memberi idea yang lebih bernas untuk aku membunuh masa lapangku.
aku membawa diri ke tepi pantai di belakang hotel awana kijal itu.
sampai sahaja di tepi pantai aku dapat melihat ombak beralun-alun menghempas pantai.
jam menunjukkan jam 10.15 malam.
esok hari khamis.
aku sudah mahu pulang esok.
aku berbaring di kerusi yang disediakan di tepi pantai itu.
aku biarkan angin bayu malam membelai dan memanjakan diri ini.
terasa nyaman dan damai sekali.
aku suka suasana begini.
jauh dari dunia hipokrasi ciptaan manusia.
jauh dari keserabutan hidup di kota.
jauh dari sebarang masalah.
jiwa aku tenang di sini.
aku biarkan diri ini khayal seketika.
kesepian malam tanpa bintang di langit ini membuatkan aku jatuh cinta kepada ketenangan dan kedamaian.
"alangkah indahnya jika aku boleh berada di sini lebih lama lagi", detik hatiku sambil melangkah pergi menuju ke bilik hotel...

terbang di langit biru

kapal terbang yang aku naiki berlepas sekitar jam 9.20 pagi dari klia menuju ke kuantan.
aku yang duduk di belakang sekali melihat ke luar kaca jendela di sebelahku.
kagum aku melihat objek sebesar ini boleh berterbangan bebas di udara seperti seekor burung.
bijak sungguh manusia kerana dapat mengaplikasikan Bernoulli's Principle dalam kehidupan realiti untuk meghasilkan objek sebesar ini yang mampu berterbangan bebas di udara.
aku meninjau ke luar kaca jendela dan melihat betapa luasnya bumi ciptaan Tuhan ini dari kedudukan beberapa ribu kilometer dari paras laut.
"segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam", tercetus kata-kata itu dari dalam hatiku.
bangunan dan kereta kelihatan begitu kecil seperti semut dari tempat dudukku.
awan putih memenuhi ruang udara.
langit biru bertebaran luas sejauh mata memandang.
matahari bersinar ceria memancarkan cahayanya untuk menerangi dunia.
aku kagum seorang diri melihat betapa besarnya kuasa Pencipta Alam Semesta ini.
aku termenung seketika. membiarkan fikiranku melayari dimensi khayalan yang tiada batas.
aku leka dalam khayalan dan imiginasi ciptaanku sendiri dan akhirnya aku terlena dibuai mimpi indah.
sedar sahaja dari celik, aku dapati aku telah selamat tiba di lapangan terbang sultan ahmad shah, kuantan.
sekejap sungguh rasanya perjalanan ini.
kuantan, sambutlah kedatanganku...

satu pagi di klia

sebaik tiba sahaja tiba di klia, aku terus berjalan masuk ke dalam bangunan klia yang tersergam megah itu.
mataku meliar mencari uncle yc dan uncle pb yang akan turut ke kemaman bersama aku.
puas aku mencari mereka tapi tidak berjumpa.
"mungkin mereka masih belum sampai", kata hatiku.
aku berjalan menuju ke mesin self check-in, cuba menekan butang di papan kekunci mesin itu sebelum berlalu pergi.
terasa bodoh seperti budak kampung yang baru datang ke bandar.
mesin yang begitu pun aku tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya.
puas aku berlegar di dalam bangunan klia itu, aku kembali semula ke mesin self check-in tadi.
kali ini aku lihat ada seorang gadis manis berbaju kebaya dari MAS membantu orang-orang kampung seperti aku ini untuk melakukan self check-in di mesin yang disediakan.
gadis manis itu membantu dari awal hingga akhir.
banyak juga soalan-soalan bodoh yang tidak relevan keluar dari mulut aku.
sesudah check-in aku mencari makanan untuk sarapan pagi aku.
klia yang megah ini mengenakan bayaran rm15 hanya untuk sepinggan nasi lemak special.
aku beli dengan rasa berat hati, menurutkan permintaan perut yang telah memainkan bunyi-bunyian merdu di pagi hari.
selesai makan aku ke tandas sebelum bergegas ke pintu berlepas di B05.
sebaik sahaja tiba aku lihat uncle yc telah berada di tempat menunggu di ruang legar pintu berlepas B05.
uncle pb menyusul tidak lama kemudian.
perbualan rancak kami terhenti setelah pengumuman dibuat di corong bunyi meminta penumpang untuk masuk ke dalam perut kapal terbang.
tempat duduk aku 27F berada di belakang sekali, bersebelahan tingkap.
gembira hatiku kerana nanti aku dapat melihat ke luar tingkap.
akan dapat aku lihat nanti betapa indahnya alam ciptaan Tuhan ini.
puas aku berkhayal, kapal terbang pun melakukan take-off tanpa aku menyedarinya.
selamat tinggal klia! selamat tinggal kuala lumpur!

pagi yang gelap, tidurku tak lena!

aku tertidur semalam dengan magazine Malaysian Business masih di tangan.
seronok sungguh mengetahui yang orang melayu terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary berada pada senarai orang ke-5 yang terkaya di Malaysia pada tahun ini, naik 2 anak tangga dari no 7 pada tahun lepas.
kekayaan beliau juga bertambah dari 4,288.65 juta pada tahun 2007 kepada 8,550.00 juta pada tahun ini.
namun begitu, ini bukan tujuan utama coretan aku di pagi ini.
aku dapati pagi masih gelap, semua insan masih lena dibuai mimpi-mimpi indah mainan sang syaitan.
tapi aku? aku telah bangun pada jam 5.00 pagi.
naik gila juga memikirkan yang aku sudah terjaga jam 5.00 pagi.
tidurku tak lena!
jam 2.00 pagi aku terjaga. sambung tidur kembali..
jam 3.00 pagi aku terjaga lagi. sambung tidur kembali..
jam 4.00 pagi aku terjaga lagi. sambung tidur kembali..
jam 5.00 pagi aku terjaga lagi. argh, persetan sungguh!!!
kenapa aku tidak dapat tidur dengan nyenyak?
barangkali aku masih gembira kerana sebentar lagi aku akan pergi ke kemaman atas urusan kerja (walaupun aku masih seorang intern).
hahaha. aku gembira. sangat-sangat gembira!
tapi berdebar-debar juga rasa hati ini.
sudah hampir 19 tahun aku tidak menaiki kapal yang terbang di udara.
mungkin rasa inilah yang menyebabkan aku tidak dapat tidur dengan lena.
namun begitu, aku berharap perjalanan aku ke kemaman dan balik semula ke kota raya kuala lumpur ini akan selamat.
azan telah sayup kedengaran.
jam di desktop menunjukkan sudah jam 6.14 pagi.
sialan!!! leka sungguh aku menulis tanpa menyedari masa berlalu begitu pantas.
airport limo yang dipandu oleh encik othman akan sampai jam 6.30 pagi.
aku ingin mandi dan solat subuh.
happy good day everyone!

Monday, February 18, 2008

kuala lumpur & ragam manusia

bas plusliner yang aku naiki sampai di puduraya.
hampir 4 jam aku berada dalam perut kenderaan itu.
jemu aku duduk 4 jam seperti si dungu tanpa membuat apa-apa.
akhirnya..aku tiba kembali di kota raya KUALA LUMPUR ini.
aku mengatur langkah, turun dari bas yang telah berhenti menunggu giliran untuk masuk ke dalam puduraya.
aku menyusuri jalan pudu yang penuh dengan manusia pelbagai ragam di sana sini.
aku lihat pemandu-pemandu teksi sedang sibuk mencari mangsa bagi memastikan mereka tidak pulang berjumpa anak isteri dengan hampa.
aku terdengarperbualan seorang pemandu teksi dengan bakal mangsanya.
"u mau pegi mane?"
"mau pegi kl sentral la, brape u charge?"
"20 ringgit saja..byk murah ni. lagipun, hari sudah malam..marilah naik.."
20 ringgit untuk pergi ke kl sentral? bangsat sungguh mereka ini.
lebih baik aku berjalan kaki ke lrt pasar seni untuk ke kl sentral. baru seringgit sahaja!
aku dengarkan saja kata-kata tipu itu tanpa ingin ambil peduli lalu aku berlalu pergi.
mengayun langkah menyusuri jalan pudu itu melepasi seribu satu macam ragam manusia.
ada yang sedang menghisap rokok.
ada yang sedang dilihat dengan wajah yang bosan..mungkin sudah lama menanti yang tersayang datang menjemput.
aku teruskan perjalanan melalui jalan tun tan cheng lock.
kawasan sekitar nando's aku lihat sesak dengan manusia yang mengisi perut yg merintih kelaparan minta diisi.
aku menelan air liur. ingin juga aku berhenti makan melihatkan wajah-wajah manusia ini makan dengan penuh kepuasan menuruti kemahuan nafsu masing-masing.
tapi aku bimbang akan terlepas lrt nanti. aku batalkan fikiran aku itu.
aku teruskan lagi hayunan aku di celah-celah lautan manusia.
langkahku semakin panjang. semakin pantas.
jam sudah menunjukkan 10.30 malam.
aku kena segera. matilah aku kalau lrt sudah tamat perkhidmatannya.
tidak mahu aku kena bayar 20 ringgit hanya untuk sampai ke kl sentral.
aku melalui tepi petaling street. sempat juga aku mengerlingkan mata melihat manusia yang masih begitu sibuk di malam hari begini.
baru sahaja melalui kawasan petaling street itu, aku terdengar jeritan suara perempuan.
"tolong...tolong...tolong!"
mataku melilau mencari sumber suara itu.
di seberang jalan aku lihat adegan sepak-menyepak antara sekelompok manusia bodoh.
yang perempuannya sedang menangis meraih simpati meminta pertolongan, minta diselamatkan kekasihnya dari disepak terajang.
tergamam aku sebentar melihat kelakuan manusia ini.
kenapa mereka begitu bodoh? tidak bolehkah berfikir panjang sedikit?
jika ada masalah pun cubalah selesaikan dengan cara yang baik. susahkah?
lelaki itu terus disepak di tengah-tengah kesibukan jalan tun tan cheng lock itu.
ramai yang datang untuk membantu.
bantu untuk turut sama menyepak.
bantu unutuk meleraikan.
manusia-manusia ini menjadi tumpuan khalayak ramai buat seketika.
mungkin mereka sudah bosan dengan hidup.
mungkin mereka mahukan publisiti murahan.
barangkali dapat masuk berita hadapan surat khabar.
bangga nanti ibu bapa masing-masing.
aku melihat dan berlalu pergi.
malas aku untuk berfikir mengenai manusia-manusia bodoh ini.
mungkin inilah rupa wajah KUALA LUMPUR yang sebenar?
yang selama ini dibangga-banggakan oleh kita semua?
yang aku lihat itu barangkali hipokrasi yang sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi.
akhirnya selamat juga aku tiba di lrt pasar seni untuk meneruskan perjalanan malamku yang masih panjang ini...
selamat malam KUALA LUMPUR!

Friday, February 15, 2008

O My God Part One!


Support our local band! Support our happiness! Musics rock the WORLD!!!

Tuesday, February 12, 2008

R A Fine Arts - the unknown

R A Fine Arts

Dengan segala hormatnya mempersilakan ke perasmian

Cordially invites you to the opening of

the unknown

Sebuah pameran berkumpulan oleh 8 bakat muda:

A group exhibition by 8 young artists:


Aisyah Baharuddin

Avroco

Farhana Tajali

Haslin Ismail

Khairul Azmir Shoib

Melissa Lin

Rahmat Haron
Tan Sei Hon

yang akan dirasmikan oleh

which will be launched by


Encik Hasnul Jamal Saidon

Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia

Director of Tuanku Fauziah Museum and Gallery, University Sains Malaysia


pada hari Sabtu, 16 Februari 2008 jam 3.30 ptg

on Saturday, 16 February 2008 at 3.30 pm


Pameran akan berlangsung dari 6 - 23 Februari 2008

The exhibition is from 6th - 23th February 2008


RSVP : Gallery +603 2161 7341 / 012 3872404

Gallery hours : 10am to 6pm (Mon-Sat)

No. 6, Jalan Aman,Off Jalan Tun Razak,

55000 Kuala Lumpur

Sunday, February 10, 2008

Armageddon

Last night, I watched Armageddon on TV3 at 12.30 a.m. This film which was released back in 1998 is an Academy Award-nominated disaster/science fiction film about a group of blue-collar deep-core drillers who are sent by NASA to deflect an asteroid with the size of Texas from collide on Earth.

It stars Bruce Willis (Harry Stamper), Billy Bob Thornton (Dan Truman), Ben Affleck (A.J. Frost) and Liv Tyler (Grace Stamper). The film's tagline is "For Love. For Honor. For Mankind."

I like watching this movie because it is full of excitement and it plays with the audience emotions where humor, happiness, sadness, tragic and romance are all well-combined and makes this film among the best film for all the time.

Besides its international box office success, this film still received a large amount of criticism from film reviewers. This film is describes by Roger Ebert's who is a Pulitzer Prize-winning American film critic and screenwriter as an assault on the eyes, the ears, the brain, common sense and the human desire to be entertained because of its scientific inaccuracies.

Anyway, I still give this film two “thumbs up”!

Saturday, February 9, 2008

Dewa 19 - Hadapi Dengan Senyuman

I dedicate this song to all my friends with broken heart!
Cheer up guys! Everything that happened is God's will; each and every one with its own reason.
Trust me, you guys need to be strong and eventually you guys will overcome it! Just face it with a smile guys! :)

Karen Cheng's Snippets of Life

Besides writing for my own blog, I'm also reviewing some blogs that I love reading and hugely admire. In the past months, Karen Cheng's Snippets of Life blog had become one of my favourite blog. This blog is more about art, design, blogging, fashion, food, parenting, photography and online shopping. In this blog you can find an inspiration from Karen Cheng, a mother of two lovely sons who is living a balance life being a designer, a writer and also an artist but still succeed in managing her family. Enjoy reading the blog, guys!

Friday, February 8, 2008

sayang wanita lebih baik, lebih indah?

jAe: ni aku syg budak koleq lebih ni

ticket: hahaha

ticket: jgn..! syg wanita lebih baik, lebih indah

syg wanita lebih baik, lebih indah..? is it true? if it is true why i never felt such way? why? why? and why? is God being unfair with me? or is God trying to teach me a lesson without i notice about it? but one thing for sure..i will keep on continue the routine of my life; my daily adventures of simple and beautiful, idiosyncrasy of LIFE!!!

Paul Anka - Diana

On 14th of January 2008, while I was sitting and relaxing at my home, I got a message from my friend, Ashraf a.k.a Serah.
He told me to find a song by Paul Anka with a title Diana.
After googling it, I managed to find that song.
Listening to that song, I feel like I'm so in love.
Ooo..What a lovely day. Thanks Serah :)
By the way, you guys should listen to the song too!!!


I'm so young and you're so old
This, my darling, I've been told
I don't care just what they say
'Cause forever I will pray
You and I will be as free
As the birds up in the trees
Oh, please stay by me, Diana

Thrills I get when you hold me close
Oh, my darling, you're the most
I love you but do you love me
Oh, Diana, can't you see
I love you with all my heart
And I hope we will never part
Oh, please stay with me, Diana

Oh, my darlin', oh, my lover
Tell me that there is no other
I love you with my heart
Oh-oh, oh-oh, oh-oh
Only you can take my heart
Only you can tear it apart
When you hold me in your loving arms
I can feel you giving all your charms
Hold me, darling, ho-ho hold me tight
Squeeze me baby with-a all your might
Oh, please stay with me, Diana
Oh, please, Diana
Oh, please, Diana
Oh, please, Diana

jam menunjukkan 4.45 a.m.

jam menunjukkan 4.45 a.m.
saya merindui kamu.
saya ingin menghantar SMS.
tapi saya takut mengganggu tidur kamu.
tapi saya benar-benar merindui kamu.
apakah yang patut saya lakukan?