Saturday, April 26, 2008

Anak Kecil Main Api

Hari Sabtu yang bosan. Habis breakfast aku buntu. Tak tahu apa nak buat. Aku duduk depan pc. Aku cari sesuatu untuk aku baca. Dalam inbox e-mail aku terjumpa post dari teman semasa zaman muda. Post yang turut disertakan lirik lagu yang membawa minda aku kembali kepada zaman muda yang hanya mengenali erti keriangan hidup bersama teman-teman.

Minda aku kembali pulang ke kuala kangsar, tahun 1999...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

Lirik lagu yang aku nyanyikan sepanjang tahun 1999. Lirik lagu yang aku nyanyikan setiap kali habis kelas prep malam. Jiwa muda menyanyikan lirik lagu tersebut tanpa cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis lirik tersebut disebabkan menahan mata daripada terlelap. Tapi, lirik lagu yang dinyanyikan sepanjang tahun 1999 ini sudah berjaya disumbat masuk ke dalam medulla oblongata ini.


Kini aku hayati dan nyanyikan kembali lagu ini dengan harapan aku dan semua orang Melayu akan tersedar dari minda yang tertidur sekian lama untuk sama-sama mempertahankan ketuanan Melayu di bumi Malaysia yang tercinta ini.

3 comments:

+ min said...

eh
kau budak koleq?

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

oh kolej melayu..
harapan bangsaku..
dengan sejarah yang cemerlang..
harumlah namamu..

+ min said...

sekian