Thursday, April 17, 2008

apa jadi dengan diri ini? #2

habis kerja aku membawa diri ke area the mines. berjumpa kawan baik yang aku rindui.

kawan yang sentiasa membantu menenangkan emosi aku yang tidak stabil dan juga memberi pandangan yang jujur dalam segala permasalahan yang aku hadapi supaya aku sentiasa dapat membuat penilaian yang terbaik untuk meyelesaikan masalah tersebut.

kami dinner bersama-sama disertai juga oleh teman wanitanya.

dinner yang sungguh sedap kerana dia bermurah hati membayar dinner kami pada mala itu. terima kasih kawan.

selesai makan kami berbual mengenai perempuan dan masa depan.

aku: "aku tak tahu apa yang jadi dengan aku sekarang ni? aku jatuh cinta. aku sayang dia. tapi dia dah ada boyfriend"

kawan: "dah tu, apa yang kau nak buat?"

aku: "aku pun tak tahu bro. aku lemah. aku tak mampu berfikir. apa yang aku tahu akan akan berusaha untuk dapatkan dia. aku percaya kalau ada jodoh, aku boleh dapat dia."

kawan: "tapi kau nak berusaha sampai bila? kau kena ada limit juga."

aku: "aku bagi limit sampai dia kahwin. dia kata dia nak kahwin hujung tahun ni atau awal tahun depan. ok tak?"

kawan: "so, selama tu kau nak jadi macam watak lelaki yang kacau ex-gf kau?"

aku: "aku tak nak la jadi watak camtu, tapi jodoh tu kat tangan Allah. aku berusaha je. niat aku untuk dapatkan pasangan yang terbaik dalam hidup aku je. tak salahkan kalau aku usaha?"

kawan: "ok. tapi ingat. kau kena ada limit!"

aku: "aku ingat apa yang kau cakap ni. jangan risau."

kawan: "ok. bagus. don't push yourself too hard. i'm afraid you'll be upset one more time. i don't want to see my friend upset because of girl."

aku: "kalau aku sedih pun aku ada kau. no problem right?"

kawan: "yups. gay is happy bro."

teman wanita: "apa awak cakap sayang?" (sambil tangan mencubit manja lengan kawanku)

3 comments:

Myra said...

yerp!

gay = happy.

mari menggay ramai2. o/

jom ar g jb~~lpk2 dgn bdk2 ni.lai2~

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

hehehe..x dpt la nak join..saya ke kuala kangsar la..sowie..

Anakecil said...

jae,

jaga-jaga dgn benda aneh bernama cinta.

jgn terperangkap.