Monday, April 7, 2008

hidup adalah perjuangan!

bangun pagi, mata dibuka.
jam 6.15 pagi, mata dipejam kembali.
dapat SMS jam 7.00 pagi, badan dipaksa bangun.
mandi pagi, aku bersiap.
tumpang kereta kakak pergi kerja.
dalam kereta, fikiran dibiarkan melayang.
melayang dalam keserabutan fikiran.
berfikir mengenai apakah erti hidup?
hidup yang dulu terisi tapi kini kosong.
cuba untuk mengisi tapi masih tetap kosong.
aku kini berada dalam situasi di mana aku lemah.
lemah untuk meneruskan kehidupan.
tetapi dalam usia 22 tahun ini, masih banyak yang belum aku capai.
aku mahu mencintai dan dicintai.
aku mahu menjadi jurutera yang berjaya.
aku mahu melihat art syndrome t-shirts terkenal.
aku mahu kaya; memiliki mahligai yang tersergam indah dan kereta yang bergerak dengan kelajuan 300 km/j.
aku mahu hidup kembali terisi dan bermakna.
aku katakan pada hati dan minda, aku perlu bangun kembali!
aku perlu bangun dengan gagah dan tabah.
aku katakan pada hati dan minda, hidup adalah perjuangan!
aku perlu perjuangkan hidup aku supaya terisi dan bermakna.
"jae,dah sampai ni..awak taknak turun ke?", sapaan kakak membuat aku tersedar dari lamunan.

6 comments:

Anakecil said...

You're home,

thank god.

Myra said...

jae~

kemane mahu pergi dgn kelajuan seperti itu?
mahu msk f1 pulak kah?
hurrmmm...

jom g jb~
XD

Anonymous said...

yup...
hidup adlh perjuangan...
baru boleh kecapi kejayaan...
tapi tak semua berakhir dgn kejayaan...sometimes...kegagalan...
but take it as a challenge n add experience...
Am sure ur DREAMS COME TRUE one day....

-sape saya-

Anonymous said...

yup...
hidup adlh perjuangan...
baru boleh kecapi kejayaan...
tapi tak semua berakhir dgn kejayaan...sometimes...kegagalan...
but take it as a challenge n add experience...
Am sure ur DREAMS COME TRUE one day....

-pinky-

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

yups..i'm home anakecil!miss u bro..bile mau ketemu?sudah ade teman nyah ke?hahaha.
mau pergi jb wat apekah aween?dengan intern2 pcsb ka?
yups..i like ur comment sape saya a.k.a pinky.sgt benar.good to read it one more time so that i can always remember dat hidup adalah perjuangan.

Myra said...

ye2~

mari2.kamu crash di blk nyamuk~