Saturday, June 14, 2008

Ini Entri Kosong, Tiada Isi Dan Hala Tuju #1

Terjaga dari tidur, aku lihat jam sudah 7.00 AM. Kejut SC untuk solat subuh, aku juga turut sama menunaikan tanggungjawab aku. Terasa tenang dan damai begini. Pagi yang nyaman, aku syukur yang aku masih bernafas, roh telah kembali semula kepada jasad.

Laptop adik masih terbuka, download list aku lihat masih panjang. Aku online YM, teman tegur aku yang bangun awal. Kami berbual, berbicara mengenai kehidupan. Berbicara mengenai manusia, Melayu terutamanya yang gemar hidup dengan memilih jalan yang susah. Destinasi yang hendak dituju juga masih nampak kelam. Mungkin Melayu masih belum sedar, masih nyenyak tidur dan kuat berpegang kepada pepatah 'Tak akan Melayu hilang di dunia'.

Perbualan tadi yang kosong kini menyentuh sedikit sebanyak mengenai bangsa aku, Melayu. Bangun kamu semua Melayu. Bukan bangun dari tidur, tapi bangun dari kehanyutan di dunia yang kamu sendiri cipta. Kamu perlu ada tujuan hidup, apa yang kamu mahu capai? Dari situ baru kamu akan berusaha untuk mencapainya.

Bangun dan dan berjuanglah untuk nasib sendiri, tegakkan juga nasib bangsa Melayu. Jangan jadi tipikal Melayu yang tiada arah tuju, hanya pandai dengki dengan apa yang orang lain capai. Jadi satu bangsa yang unggul, bukannya bangsa yang kelak dipijak di muka bumi sendiri!

Entri ini sudah tidak kosong, semoga kamu semua sedar.

5 comments:

::askmie:: said...

terima kasih menyedar ak!

Jazlin Ernida said...

wah! bangun pagi-pagi dah discuss isu yg deep ye jae hehehe good good.

::askmie:: said...

owh..terima kasih. ak dh tersedar akhirnye.

~aWeEn~ said...

x salah dengki in a positive way.

nnt kte akn lebih berusaha untuk dpt lebih.bule improve diri la jae~

:)

safwanisa said...

kebarangkalian kamu bangun awal itu sungguh memberi kepelikan bagi ku...Kamu dan Bangun Awal sungguh antagonis