Wednesday, June 11, 2008

Sesuatu Yang Kembali Pasti Lebih Dihargai

Bangun pagi, tekak dah tak terasa perit. Picit-picit hidung cuba untuk keluarkan hingus comel juga tak berjaya. "Yeay..yeay. Dah sihat," sorak hati kecil aku. Capai tuala, aku masuk bilik mandi. Perkara yang sama seperti aku lakukan pagi semalam, tapi kali ini lebih bermakna, lebih gembira sebab aku sudah sihat.

Selesai mandi, aku keringkan badan dan bersiap untuk pergi kerja. Turun bawah, aku minta bibik buatkan milo suam. Hirup milo suam dengan penuh nikmat, baru aku sedar betapa nikmatnya kalau berada dalam keadaan sihat. Aku senyum gembira untuk pergi kerja.

P/S: Hargailah setiap apa yang pernah hilang tetapi kembali semula kepada kita.

2 comments:

shade_rush said...

jae, entry hanye difahami oleh org tertentu saje. u gotta read between the lines kan.haha.good job.

ameirul azraie said...

hehe..yups..writing so dat people will not only read but also think :)