Thursday, June 12, 2008

Sesuatu Yang Hilang Pasti Dihargai #2

Kamu baca ini. Kamu tahu apa yang sedang berlaku? Teman aku sedang melalui waktu fragile disebabkan perempuan, atau disebabkan salah sendiri? Aku juga tidak pasti sebab aku masih belajar mengenai kehidupan, masih cuba memahami situasi sebegini. Belajar dan cuba untuk memahami ragam manusia. Manusia dan ragamnya yang bagi aku terlalu complicated.

Aku kasihan melihat teman aku begini. Aku pernah melaluinya, jadi aku faham apa yang dirasai dan dilaluinya sekarang. Tapi situasi kami berbeza. Aku ditinggalkan oleh perempuan. Dia pula, dia yang meninggalkan perempuan. Dia cuba menyelami jiwa, mencari makna kehidupan; masuk ke dalam gua tanpa memberi sebarang kepastian kepada perempuan yang disayangi. Perempuan yang disayangi bingung, menangis hampir setiap hari.

Tetapi lelaki bila sudah masuk ke dalam gua, perempuan menangis dan meraung bagaimana sekali pun belum tentu dia akan keluar dari gua yang sudah dimasukinya. Lebih-lebih lagi, teman dalam pelayaran semasa perempuan menangis dan meraung minta disayangi dan dikasihi kembali. Perempuan yang disayangi pasti bingung, mencari-cari makna sebenar situasi begini.

Teman, kamu lupa sesuatu. Perempuan itu Allah jadikan untuk dikejar, dikasihi, disayangi dan dijaga oleh lelaki. Kamu silap bagi aku tapi aku tak salahkan kamu. Cuma aku terkilan melihat kamu meninggalkan dia. Kamu lari jauh tanpa cuba memberitahu yang kamu masih sayang dan kasihkan dia. Kamu terlupa memberitahu yang kamu akan kembali semula setelah kamu selesai dalam proses menyelami jiwa. Kamu perlu belajar dari kesilapan ini, aku harap kamu faham?

Perempuan, kamu juga lupa sesuatu. Lelaki itu bagi aku mudah. Lelaki itu tidak akan mudah untuk melupakan kasih sayang kamu kecuali kamu perempuan sial. Tapi kamu bukan perempuan sial yang menyundal sini sana. Kamu boleh pilih untuk tunggu dia keluar dari gua, kembali dari pelayaran tetapi kamu pilih yang sebaliknya, aku tak salahkan kamu. Cuma aku mahu kamu ingat ini, setiap manusia buat silap sepanjang kehidupan tetapi bagi aku setiap manusia juga layak untuk peluang kedua, bukan begitu?

3 comments:

biru said...

pd pndgn aku, kesilapan mmg slalu berlaku. tp peluang kedua adalah utk kita membetulkn kesilapan, bkn keadaan. keadaan mmg dh begitu. peluang kedua - be a better person and dont repeat the same mistake. peluang baru, episod pun baru. kecewa itu x mgkin dpt diubat walaupun kemaafan itu mudah diungkap. so a bit mustahil peluang kedua, episod yg sama.

~aWeEn~ said...

wah2~

dr luv suda bersuara.

LoL! ;P

sourplum said...

ape ni jiwang2 nih
funfun da la