Monday, June 30, 2008

Siapa SC, Kamu Mahu Tahu?

Ramai tanya apa jadi dengan SC yang pernah digilai aku.

Ramai tanya mengapa tiada post mengenai SC lagi.

Aku fikir dalam, aku menung jauh.

Fikir tentang apa aku patut bicarakan, menung tentang apa jadi dengan kisah SC.

Kamu semua tahu, SC sudah punya kekasih.

Kekasih hati dari zaman remaja.

Segigih mana aku berusaha, SC tetap bukan aku yang punya.

Bukan mengalah atau berputus asa tak mahu berusaha.

Tapi, aku sedar aku siapa dan SC siapa.

Dia kekasih orang, aku hanya seorang teman yang berharap dikasihi oleh SC.

Dulu akal gila suruh aku berusaha, yakin dengan kemampuan diri.

Dulu akal gila kata usaha yang tak kenal erti jemu, mampu mengubah keadaan.

Tapi kini akal gila disepak terajang akal waras.

Akal waras kata mungkin SC tak diciptakan untuk aku.

Akal waras kata mungkin aku diciptakan hanya untuk jadi teman rapat SC.

SC memang perempuan agung yang pernah hadir dalam hidup aku.

Aku pernah janji pada diri tak mahu jadi watak jahat dalam hubungan cinta manusia lain.

Aku perlu sedar sebelum khayalan, fantasi indah yang aku cipta memakan diri sendiri.

Jangan lupa mainkan setiap lagu yang aku beri agar kisah tak sempurna ini bermain lebih lama dalam minda.

Kisah tak sempurna, semoga terpahat rapi dalam memori.

11 comments:

alyaa said...

bagusla now u dah realise..
if she had left him for u, she'll be one of the girl u always kutuk.

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

c'mon la beb,tak semestinya dia dah berpunya bermakna dia still berpunya esok.
just be at her side always
jangan tinggalkan dia n berputus asa je
Fight for your love doesn't mean jadi orang ketiga

Anonymous said...

relax, kalu dah jodoh tak ke mana, tak payah bina harapan tinggi2 sgt jaie..kite hanya bleh merancang..seriously jauhkan telinga anda dr dgr lagu A Fine Frenzy - Almost Lover..mmg berair mata dgr huhu

sourplum said...

rmai agi kut..

Shamimi said...

Slm...
Mmg btol dyana ckp...
Always be at her side...
Satu ari nanti dier akn perasan jgk...

Anonymous said...

well ameirul. cuba hayati ayat ni:

"perbedaan antara mencintai dan perasaan ingin memiliki"

mana satu kenyataan utk kau? mencintai dengan erti penuh kesanggupan utk berkorban. atau keinginan terlalu mahu memiliki. dua tu berkait rapat. tapi kaitannya pnjg sgt nk huraikan. just be yourself. yg penting Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar dan ikhlas.

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

if i say i want both? perasaan untuk bercinta dan dan ingin memiliki. apa kata kamu?

Anonymous said...

again, dua tu berkait rapat. sesetengah org bila sudah memiliki, akan mencintai sepenuh hati. berkorban, etc. sesetengah pula mencintai tanpa dapat memiliki. ini juga pengorbanan yang besar. merelakan demi kebahagiaan org yg dicintai. kalau kamu ade rase dua2 skali.. can you live and still love her without having her? coz obsession and possessive feelings arent considered love.

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

For my current situation, for sure I'll live but still love her without getting the opportunity of having her. Just, it hurts when you see someone that you love is actually not belongs to you. But, time will heal everything. Hopefully.

Anonymous said...

tau tak jae.. kadang2 aku sendiri termakan ayat dan kata2 sendiri.. at one time aku rase confuse between those two. another aku akan terfikir. macam mane nk tau if x memiliki lg? mungkin bile dh memiliki, kite ley aplikasikan perasaan mencintai tu. tp jae, dia dh berpunya...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Liyana Shahaizi said...

as people always say.. "you win some, you lose some". i guess we cant have it all. cheer up. this too, shall pass :)