Wednesday, April 9, 2008

hidup adalah perjuangan! #2

aku setuju dengan ini.
hidup ini penuh dengan masalah.

aku setuju dengan ini.
hidup ini banyak perkara yang perlu difikirkan.

aku setuju dengan ini.
hidup ini adalah satu kitaran hidup yang bosan.

aku setuju dengan ini.
hidup kena ingat dan yakin pada Allah.

tapi aku tidak setuju jika manusia mengeluh disebabkan tidak mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah yang terpaksa ditempuhi dalam hidup ini.

manusia yang diciptakan dari tanah itu bijak. ciptaan Allah yang paling agung sekali. lebih agung dari Malaikat yang diciptakan dari cahaya dan lebih agung dari Iblis yang diciptakan daripada api. buktinya, Malaikat juga tunduk dan sujud pada Adam setelah Adam diciptakan oleh Allah sebagai manusia pertama di dunia ini. hanya Iblis yang sombong tidak mahu tunduk dan sujud pada Adam kerana merasakan dirinya lebih mulia.

*

di dalam bilik dokumen, di main office Carigali Hess.

Safwan, Gadafi dan Azraie duduk menerima ceramah motivasi dari Tuan HRM.

kebelakangan ini, ceramah motivasi begini kerap diadakan oleh Tuan HRM secara percuma.

aku gemar begini kerana perkataan demi perkataan yang dituturkan oleh Tuan HRM membuatkan aku sedar di mana aku berada dan apa yang patut aku lakukan.

tapi, untuk pengetahuan Tuan HRM, aku tidak duduk di Carigali Hess hanya untuk bermain Internet, blogging secara tepatnya.

aku akui, bulan yang pertama aku begitu, tapi bulan-bulan yang mendatang aku sedar aku perlu belajar dan menimba sebanyak ilmu di sini.

aku telah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dalam semua tugasan yang diberikan.

aku bukan tidak mahu belajar ilmu engineering.

tapi aku rasa engineering itu bukan sekadar melakukan kira-kira berdasarkan teori tahyul ciptaan mereka yang kini tidak lagi wujud di dunia.

aku bukan tidak mahu belajar ilmu engineering.

tapi aku rasa apa yang aku buat juga melibatkan engineering tetapi lebih cenderung kepada procurement, planning, managing dan co-ordinating.

aku bukan tidak mahu belajar ilmu engineering.

tapi semua kerja yang diberikan lebih kepada paperwork.

aku bukan tidak tahu langsung mengenai ilmu engineering.

aku tahu bagaimana untuk menafsir P&ID seawal minggu ke-empat aku di Carigali Hess tapi mungkin tidak sehebat Tuan HRM.

aku tahu mengenai materials dan items seperti stud bolts and nuts, segala jenis valve, segala jenis manifold, cables dan pelbagai lagi items dan materials yang lain.

aku tahu dan pernah lihat topsides dan jackets yang sedang dibina strukturnya tapi mungkin tidak sehebat ilmu Tuan HRM dari segi kelengkapan dan strukturnya.

kerja yang aku lakukan bukan hanya sekadar berkaitan MOC seperti yang selalu dituturkan oleh Tuan HRM.

aku bukan spesis manusia pasif yang tidak mahu memajukan diri sendiri.

aku selalu bertanya meminta tugasan yang boleh aku bantu dengan harapan aku boleh belajar sesuatu yang baru.

kadang-kala aku hampa kerana kerja yang diberikan masih tetap sama.

tapi sekurang-kurangnya aku gembira kerana aku akan menjadi lebih cekap mengenai kerja yang aku lakukan berbanding mereka yang lain.

jika boleh aku mahu belajar segala-galanya tapi aku manusia normal yang punyai hanya 24 jam sehari.

aku juga perlukan kehidupan sebagai manusia normal seperti Tuan HRM.

tetapi aku sentiasa berterima kasih kepada Tuan HRM kerana ceramah motivasi percuma yang diberikan.

*

masih lagi bertempat di dalam bilik dokumen, di main office Carigali Hess.

Tuan HRM: saya selalu nasihat anak saya, just do anything you want to do but make sure you be the best among the rest.

Azraie: (Aku setuju).

Ahmoi LSL lalu berbaju hitam low cut di dada, Tuan HRM pandang Tuan CBM sementara yang lain diam sebentar seperti ada Malaikat yang lalu sambil mendengar perbualan dewasa mereka yang berlangsung selama seminit.

Tuan HRM: kalau nak jadi tukang sampah, jadilah tukang sampah yang terbaik sebab kemungkinan tukang sampah terbaik boleh establish his own waste management company.

Azraie: (Aku sangat setuju!)

*

hidup adalah perjuangan! selama-lamanya; selagi jantung masih berdegup dan paru-paru masih menghirup dan menghembus nafas melalui rongga-rongga yang sewajarnya.

4 comments:

Anonymous said...

such a nice 'luahan perasan' from ur heart after 'kne sound' by tuan HRM...u r not alone man...life never start at 5pm

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

hehehe..rahsia kita berdua je tau..syuhhh!

Anonymous said...

Rahsia nie.....saya pun tau jugee...
:)
-pinky-

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

eh..cmni jd rahsia kita bertiga la..syuhhh! :p