Monday, June 30, 2008
Siapa SC, Kamu Mahu Tahu?
Ramai tanya mengapa tiada post mengenai SC lagi.
Aku fikir dalam, aku menung jauh.
Fikir tentang apa aku patut bicarakan, menung tentang apa jadi dengan kisah SC.
Kamu semua tahu, SC sudah punya kekasih.
Kekasih hati dari zaman remaja.
Segigih mana aku berusaha, SC tetap bukan aku yang punya.
Bukan mengalah atau berputus asa tak mahu berusaha.
Tapi, aku sedar aku siapa dan SC siapa.
Dia kekasih orang, aku hanya seorang teman yang berharap dikasihi oleh SC.
Dulu akal gila suruh aku berusaha, yakin dengan kemampuan diri.
Dulu akal gila kata usaha yang tak kenal erti jemu, mampu mengubah keadaan.
Tapi kini akal gila disepak terajang akal waras.
Akal waras kata mungkin SC tak diciptakan untuk aku.
Akal waras kata mungkin aku diciptakan hanya untuk jadi teman rapat SC.
SC memang perempuan agung yang pernah hadir dalam hidup aku.
Aku pernah janji pada diri tak mahu jadi watak jahat dalam hubungan cinta manusia lain.
Aku perlu sedar sebelum khayalan, fantasi indah yang aku cipta memakan diri sendiri.
Jangan lupa mainkan setiap lagu yang aku beri agar kisah tak sempurna ini bermain lebih lama dalam minda.
Kisah tak sempurna, semoga terpahat rapi dalam memori.
Sunday, June 29, 2008
Bersama Teman Memperbaharui Diri
Gosok gigi dan mandi buat aku terasa segar seperti hidup kembali. Selesai mandi, aku bersiap. Turun bawah, sarapan pagi. Makan bersama keluarga, kami berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Selesai sarapan pagi, ambil surat khabar. Baca isu-isu terkini. Seperti biasa masih mengenai politik dan kenaikan harga barang. Bosan, aku tutup surat khabar aku masuk bilik.
Aku mahu pergi Seremban jumpa teman. Memperbaharui diri untuk mengharungi minggu yang seterusnya. Naik lrt aku berhenti di Pasar Seni. Hantar SMS kepada anak orang kaya Kemaman, suruh berhati-hati supaya tidak dijadikan mangsa kutu-kutu di Pasar Seni. Naik bas, aku terasa memori 5 tahun lepas berputar kembali.
Sampai Seremban, teman yang sudah berkepala botak datang ambil. Bawa pergi makan, teman yang belanja. Memang betul kata pak cik di Kuala Kangsar yang makanan yang paling sedap adalah makanan yang free.
Selesai makan kami ke Port Dickson. Survey tempat untuk gathering batch. Sampai di Bayu Beach Resort, buka pintu kereta terkena lampu signal Mercedes Benz di sebelah. Lampu signal tercabut, aku ambil dan letak dalam poket seluar sambil bersiul riang. "Gila ke nak mengaku buat lampu signal Mercedes Benz tercabut?" soal aku sendiri sambil lihat wallet yang hanya berisi kepingan RM1 dan RM5.
Habis survey, kami mandi laut di belakang Bayu Beach Resort. Mandi laut bersama teman, main pasir pantai buat aku rasa segar, hilang segala kebuntuan minda.
Saturday, June 28, 2008
KLue urbanscapes 2008
Art Syndrome T-Shirts di KLue urbanscapes 2008 hari ini! Datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana dan jangan lupa untuk mendapatkan baju daripada Art Syndrome. See you guys there!!!
Friday, June 27, 2008
Scenes of Malaysia
Dengan segala hormatnya mempersilakan ke
Cordially invites you to the
PAMERAN PEMANDANGAN
Sebuah pameran dari mantan penjawat awam
SCENES OF
An exhibition featuring former civil servants
Pameran akan berlangsung dari 12 Jun – 4 Julai 2008
The exhibition is from 12th June -4th July 2008
The "Scenes of Malaysia" exhibition is a showcase of watercolor paintings by nine former civil servants who are actively involved in the arts. A few of the participating artists have been involved in the visual art scene since many years ago.
The former civil servants cum the artists involved are Tan Sri Datuk Seri Samsudin Osman - former Chief Secretary to the Government, Dato' Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid - former Chief Secretary to the Ministry of Culture, Arts and Heritage, Hj. Md Sani Md Dom – former public relation officer, Dato' Hj. Mohd Yusoff Jaafar – former Commissioner of Police, Sarawak and Chief Police Officer, Trengganu, Hj. Mansor Ghazalli – former school art teacher, Dato' Mahsun Hj. Taib – former Perak Deputy State Secretary, Dr. Wong Seng Tong – former Associate Professor Universiti Kebangsaan Malaysia and Senior Research Fellow, the Nanyang Technological University of Singapore , Professor Dr. Zakaria Ali - former Associate Professor in the History of Art, at the School of Art, Universiti Sains Malaysia, and Bhanu Achan - former teacher.
RSVP: Gallery +603 2161 7341
Gallery hours: 11am to 6pm (Mon-Sat)
R A Fine Arts
No. 6, Jalan Aman,
Off Jalan Tun Razak,
55000
Thursday, June 26, 2008
Lelaki Dan Teruna
Lelaki dan Teruna. Bagaimana aku mahu berkata tentang isu ini tanpa bias? Isu ini jarang bermain di kawasan medulla oblongata atau kawasan persekitarannya. Takrifan teruna itu sendiri masih kabur dalam minda aku.
Apa takrifan teruna?
Ini Entri Kosong, Tiada Isi Dan Hala Tuju #2
Carigali Hess, bila nak ambil intern baru?
Monday, June 23, 2008
Penat, Kosong..Aku Mahu Melarut
Aku memang sangat penat. Dari tengahari hingga ke petang duduk di MCPA Hall promosi t-shirts Art Syndrome. Hampa sebab hasil tak seberapa, gembira kerana ada rakaman TV3. Semoga muka aku yang gila glamor ini akan disiarkan di TV3 nanti. Tapi yang pasti dia tersenyum gembira kerana 'stuffy' banyak terjual. Syabas aku ucapkan, semoga usaha murni mahu belajar menyimpan duit akan berjaya!
Badan penat, otak kosong. Aku mahu melarut.
Sunday, June 22, 2008
1..2..3..4, Aku Bilang Guna Jari
Sudah hampir 7 bulan aku hidup sebagai intern. Aku seronok dengan kehidupan begini. Duduk di KL dan bekerja di KLCC. Awal-awal dulu aku benci dengan kehidupan yang serabut di KL ini. Bangun jam 6.00 pagi, berebut untuk masuk ke dalam LRT. Tapi sekarang aku rasa aku dah berjaya adaptasi dan asimilasi diri aku dengan kehidupan begini. Aku gembira dengan kehidupan begini, aku ada banyak masa selepas kerja untuk aku rencanakan kehidupan aku.
Balik semula untuk belajar, aku pasti perlu bangun pagi. Bangun pagi tiada masalah lagi. Masalahnya, aku perlu dengar ajaran yang aku juga tidak pasti ilmu itu aku akan aplikasikan atau tidak. Selama 2 tahun setengah di universiti, tidak banyak ilmu yang aku belajar relevan dengan kerja yang aku buat. "Untuk apa aku belajar lagi setahun jika aku tahu ilmu yang aku belajar pasti tak relevan dengan kerja aku nanti?!" fikir aku marah dalam hati.
Hidup sebagai pelajar, bertungkus-lumus selama 4 tahun dengan sistem edukasi yang diterapkan oleh kerajaan Malaysia. Aku rasa aku belajar hanya untuk mendapatkan skrol yang menyatakan aku seorang pelajar yang telah tamat pelajaran dalam Bachelor of Mechanical Engineering. Dengan skrol itu nanti, aku perlu jaja sana-sini untuk pastikan aku dapat kerja, dapat name card yang bertulis aku seorang Engineer.
Hanya itu sahaja, aku yakin memang hanya itu sahaja!
Saturday, June 21, 2008
Escape The Flock! @ MCPA Hall
Aku Efektif, Lihat Perempuan Cantik Main Futsal
Sampai destinasi, aku bertegur sapa dengan beberapa orang rakan sepejabat.
Sensor perempuan cantik aku mula menjalankan tugas. Mata meliar ke semua arah. Beep beep beep. Sensor berbunyi kuat, aku sudah tersenyum melihat perempuan cantik rakan sepejabat beraksi. Datang dekat, aku senyum kecil melihat telatah dan aksi perempuan cantik rakan sepejabat menyepak bola untuk tendangan penalti.
Lihat telatah dan aksi mereka buat aku rasa segar seperti aku baru lahir semula ke dunia. Aku belajar yang aku perlu lakukan Sharpen the Saw ini setiap minggu untuk memastikan fizikal, emosi, mental dan jasmani aku sentiasa berada dalam tip-top condition.
Guys, do you have any women futsal tournament next week?!
Aku Mahu Jadi Efektif, Lihat Perempuan Cantik Main Futsal
Physical: Exercising
Social/Emotional: Making social and meaningful connection with others
Mental: Learning, reading and writing
Spiritual: Serving time in nature, expanding spiritual self through mediation, music or art
Jadi, untuk menjadikan aku seorang yang efektif, aku mahu pergi ke tournament futsal Carigali Hess di Sports Planet, Ampang melihat perempuan cantik bermain futsal.
Perempuan Dan Dara
Perempuan dan dara. Isu yang selalu buat aku terfikir, selalu buat aku tertanya. Banyak juga perempuan yang aku kenali sudah tidak dara walaupun kesemua mereka belum ada yang bernikah. Aku selalu terfikir dan tertanya mengenai isu perempuan dan dara ini.
Apa perasaan perempuan bila mereka kehilangan dara tanpa ada ikatan yang menjanjikan lelaki itu akan menjadi teman hidup?
Apa perasaan perempuan yang kehilangan dara bila mereka ditinggalkan oleh teman lelaki?
Apa nilai dara itu sendiri bagi seorang perempuan?
Aku tahu seks itu menyeronokkan, memuaskan. Tapi untuk perempuan melakukan seks dan kehilangan dara hanya untuk keseronokan dan kepuasan, buat aku ingin tahu apa yang ada dalam fikiran mereka sebenarnya.
Pagi Yang Indah Bersama Keluarga
Buka tingkap di sebelah, angin pagi yang segar berhembus nyaman. Ayah masuk ke dalam bilik bersama Nazif. Aku senyum sahaja lihat Nazif belajar membaca buku bersama Ayah.
Aku rasa tenang dan bahagia begini, melihat keluarga yang tersayang begitu gembira bergelak ketawa .
Monday, June 16, 2008
Kenyataan Yang Buat Aku Sedar
Kenyataan Yang Buat Aku Keliru
Saturday, June 14, 2008
Ini Entri Kosong, Tiada Isi Dan Hala Tuju #1
Laptop adik masih terbuka, download list aku lihat masih panjang. Aku online YM, teman tegur aku yang bangun awal. Kami berbual, berbicara mengenai kehidupan. Berbicara mengenai manusia, Melayu terutamanya yang gemar hidup dengan memilih jalan yang susah. Destinasi yang hendak dituju juga masih nampak kelam. Mungkin Melayu masih belum sedar, masih nyenyak tidur dan kuat berpegang kepada pepatah 'Tak akan Melayu hilang di dunia'.
Perbualan tadi yang kosong kini menyentuh sedikit sebanyak mengenai bangsa aku, Melayu. Bangun kamu semua Melayu. Bukan bangun dari tidur, tapi bangun dari kehanyutan di dunia yang kamu sendiri cipta. Kamu perlu ada tujuan hidup, apa yang kamu mahu capai? Dari situ baru kamu akan berusaha untuk mencapainya.
Bangun dan dan berjuanglah untuk nasib sendiri, tegakkan juga nasib bangsa Melayu. Jangan jadi tipikal Melayu yang tiada arah tuju, hanya pandai dengki dengan apa yang orang lain capai. Jadi satu bangsa yang unggul, bukannya bangsa yang kelak dipijak di muka bumi sendiri!
Entri ini sudah tidak kosong, semoga kamu semua sedar.
Ini Entri Kosong, Tiada Isi Dan Hala Tuju
Mata merah, mulut menguap luas. Sampai di bilik tidur lihat laptop kepunyaan adik terbuka. Winamp juga sedang memainkan lagu-lagu yang yang aku gemari. Ambil headphone, aku menulis entri kosong ini, tiada isi dan hala tuju. Hanya mahu menulis sebelum tidur.
Zzz..Zzz..Zzz..
Thursday, June 12, 2008
Sesuatu Yang Hilang Pasti Dihargai #2
Aku kasihan melihat teman aku begini. Aku pernah melaluinya, jadi aku faham apa yang dirasai dan dilaluinya sekarang. Tapi situasi kami berbeza. Aku ditinggalkan oleh perempuan. Dia pula, dia yang meninggalkan perempuan. Dia cuba menyelami jiwa, mencari makna kehidupan; masuk ke dalam gua tanpa memberi sebarang kepastian kepada perempuan yang disayangi. Perempuan yang disayangi bingung, menangis hampir setiap hari.
Tetapi lelaki bila sudah masuk ke dalam gua, perempuan menangis dan meraung bagaimana sekali pun belum tentu dia akan keluar dari gua yang sudah dimasukinya. Lebih-lebih lagi, teman dalam pelayaran semasa perempuan menangis dan meraung minta disayangi dan dikasihi kembali. Perempuan yang disayangi pasti bingung, mencari-cari makna sebenar situasi begini.
Teman, kamu lupa sesuatu. Perempuan itu Allah jadikan untuk dikejar, dikasihi, disayangi dan dijaga oleh lelaki. Kamu silap bagi aku tapi aku tak salahkan kamu. Cuma aku terkilan melihat kamu meninggalkan dia. Kamu lari jauh tanpa cuba memberitahu yang kamu masih sayang dan kasihkan dia. Kamu terlupa memberitahu yang kamu akan kembali semula setelah kamu selesai dalam proses menyelami jiwa. Kamu perlu belajar dari kesilapan ini, aku harap kamu faham?
Perempuan, kamu juga lupa sesuatu. Lelaki itu bagi aku mudah. Lelaki itu tidak akan mudah untuk melupakan kasih sayang kamu kecuali kamu perempuan sial. Tapi kamu bukan perempuan sial yang menyundal sini sana. Kamu boleh pilih untuk tunggu dia keluar dari gua, kembali dari pelayaran tetapi kamu pilih yang sebaliknya, aku tak salahkan kamu. Cuma aku mahu kamu ingat ini, setiap manusia buat silap sepanjang kehidupan tetapi bagi aku setiap manusia juga layak untuk peluang kedua, bukan begitu?
Wednesday, June 11, 2008
Sesuatu Yang Kembali Pasti Lebih Dihargai
Selesai mandi, aku keringkan badan dan bersiap untuk pergi kerja. Turun bawah, aku minta bibik buatkan milo suam. Hirup milo suam dengan penuh nikmat, baru aku sedar betapa nikmatnya kalau berada dalam keadaan sihat. Aku senyum gembira untuk pergi kerja.
P/S: Hargailah setiap apa yang pernah hilang tetapi kembali semula kepada kita.
Tuesday, June 10, 2008
Sesuatu Yang Hilang Pasti Dihargai #1
See, I already told you guys, that we always take things for granted. We realize that we miss it only when we lose it.
P/S: Hargailah setiap apa yang kita ada.
Sunday, June 8, 2008
Sesuatu Yang Hilang Pasti Dihargai
Waktu petang keluar, cuba mencari ketenangan. Ingin menenangkan minda yang penat kebelakangan ini. Tekak masih terasa perit.
Rasa seperti abnormal, aku beli Strepsils Vitamin C-100 untuk melegakan tekak. Hisap sebiji lozenges sehingga habis. Tekak masih terasa perit.
Lunch bersama teman di restoran Santai, Tesco Mutiara Damansara atas cadangan SC. Kami berbual gembira namun aku masih rasa tidak selesa. Tekak masih terasa perit.
Selesai makan, berjalan-jalan lihat manusia berpasangan ke sana ke mari dengan riang gembira. Aku hisap sebiji lagi lozenges. Tekak masih terasa perit.
"Haihhh..." keluh aku panjang. "Kalau sakit tekak, mesti rasa perit dan tak selesa camni. Masa ni la baru nak hargai nikmatnya kalau tak sakit tekak kan?" tanya aku pada teman sambil hisap sebiji lozenges lagi.
Saturday, June 7, 2008
Rock on Rave @ Cineleisure, 7 & 8 June
Come and join the crowd! See you guys there!!!
Friday, June 6, 2008
RM2.70 Itu Nombor Keramat Atau Keparat?
Kesesakan lalu-lintas disebabkan orang ramai yang cuba mengambil kesempatan buat kali terakhir mengisi minyak dengan harga murah, RM1.92 berlaku di mana-mana. Kagum aku lihat suasana begini. Pasti tauke stesen minyak di Tongkang Pecah sekali pun tersenyum gembira pada malam itu dibuai mimpi indah disebabkan pendapatan yang memberangsangkan.
Kamu sebagai pengguna pula pasti mengeluh, mencarut untuk menyuarakan rasa tidak puas hati. Kamu marah bagaimana sekali pun, kamu herdik bagaimana sekali pun Pak Lah dan juga KJ; nombor itu tidak akan berubah kembali kepada RM1.92 yang kini sudah menjadi sejarah dan tersemat rasmi dalam dokumentasi sejarah Malaysia di ARKIB Negara Malaysia.
Kamu cuba baca entri ini. Aku juga seperti kamu, mahukan kerajaan sekarang lebih bijak menangani isu minyak petrol. Kamu boleh cuba herdik kerajaan, tapi pada masa yang sama mungkin sudah tiba masa untuk kamu lakukan perubahan untuk kehidupan akan datang?
Eksperimentasi Yang Gagal, Aku Perlu Akur
Aku akui, aku memang sibuk semasa aku ambil keputusan untuk berehat sebentar dari blogsphere ini untuk memberi tumpuan kepada kehidupan dan masa depan aku. Aku tinggalkan blogspehere dengan purata lawatan ke blog aku sebanyak 57 kali pada entri ini. Aku masuk kembali ke blogsphere hari ini dengan melihat jumlah lawatan ke blog ini telah jatuh kepada 44 kali sahaja secara purata.
Eksperimentasi kali ini jelas skali gagal. Aku perlu kembali menulis dan terus menulis sebelum ruang yang aku tinggalkan baru 5 hari ini mati. Aku perlu akur yang aku belum mampu menjadi seorang penulis agung dalam blogsphere ini. Mana mungkin untuk menjadi penulis agung di blogsphere hanya dalam masa 4 bulan, bukan begitu?