Friday, June 6, 2008

RM2.70 Itu Nombor Keramat Atau Keparat?

RM2.70. Harga minyak petrol yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada hari Rabu, 4 Jun 2008 dan berkuatkuasa serta-merta di seluruh Malaysia tepat jam 12.00 tengah malam hari Khamis, 5 Jun 2008. Kenaikan drastik sebanyak 78 sen untuk satu liter minyak petrol.

Kesesakan lalu-lintas disebabkan orang ramai yang cuba mengambil kesempatan buat kali terakhir mengisi minyak dengan harga murah, RM1.92 berlaku di mana-mana. Kagum aku lihat suasana begini. Pasti tauke stesen minyak di Tongkang Pecah sekali pun tersenyum gembira pada malam itu dibuai mimpi indah disebabkan pendapatan yang memberangsangkan.

Kamu sebagai pengguna pula pasti mengeluh, mencarut untuk menyuarakan rasa tidak puas hati. Kamu marah bagaimana sekali pun, kamu herdik bagaimana sekali pun Pak Lah dan juga KJ; nombor itu tidak akan berubah kembali kepada RM1.92 yang kini sudah menjadi sejarah dan tersemat rasmi dalam dokumentasi sejarah Malaysia di ARKIB Negara Malaysia.

Kamu cuba baca entri ini. Aku juga seperti kamu, mahukan kerajaan sekarang lebih bijak menangani isu minyak petrol. Kamu boleh cuba herdik kerajaan, tapi pada masa yang sama mungkin sudah tiba masa untuk kamu lakukan perubahan untuk kehidupan akan datang?

3 comments:

Anonymous said...

geeeraaammm betula ngan minyak2 neh. hehe :)

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

hehehe..takpe..tangani dengan akal bukan dengan amarah :)

Atiqah Ahmad said...

pak lah kata "ubah gaya hidup"...
aku kata "camne rakyat nk ubah gaya hidup kalo pemimpin pn xnak ubah gaya hidup"...