Friday, May 9, 2008

Hidup Adalah Perjuangan! #5

Habis waktu bekerja pada jam 5.00 PM, aku teruskan usaha murni untuk menyiapkan begitu banyak weekly report yang tertangguh. I'm not a nerd, ok?! I just need to do and finish up this bloody damn weekly report so that I can obtain a good grade at the end of my internship. Tapi...Baru mula menaip, aku sudah bosan.

Dongak kepala, aku cari mangsa untuk berbual. Petang ini, sebelum balik aku perlu berbual mengenai kehidupan. Radar bits and pieces of LIFE aku aktif mencari mangsa. BEEEEEP! Radar berbunyi kuat. Aku toleh, aku senyum. Aku sudah jumpa mangsa berbual untuk aku belajar mengenai manusia dan kehidupan.

Sesi perbualan bermula sekitar jam 5.30 PM. Kami berbual mesra. Aku mendengar kisah hidup dia.I guess I'm a good listener to everyone especially for those with fragile heart. Dari satu cerita ke satu cerita. Aku dengar dengan teliti dan khusyuk. Aku cernakan segala yang aku dengar dan simpan ke dalam medulla oblongata aku.

Aku kagum dengan cerita kehidupan yang aku dengar. Sambil bercerita, air mata dia bertakung di mata. Aku lihat dia sedih, aku pula yang sebak. Aku tidak pernah menyangka ada juga manusia yang melalui hidup yang begitu susah seperti cerita dia yang baru aku dengar. Aku kagum bagaimana dia mampu melalui semuanya. Jika aku jadi dia, belum tentu aku mampu jadi setabah dia untuk melalui semuanya.

Aku mahu berkongsi dengan kamu semua, tetapi cerita yang aku dengar terlalu peribadi untuk dikongsi bersama kamu semua. Cukuplah sekadar untuk kamu tahu yang kehidupan yang kamu lalui tidak seteruk yang kamu sangkakan berbanding dengan cerita dia. Aku harap dia akan teruskan kuat berusaha meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Terima kasih untuk cerita manusia dan kehidupan yang aku baru dengar. Kamu, aku dan semua yang lain mesti ingat, hidup ini adalah perjuangan!

No comments: