Sunday, June 22, 2008

1..2..3..4, Aku Bilang Guna Jari

Bangun pagi hari Ahad, aku pasti akan termenung sebentar. Fikir apa yang aku patut lakukan hari ini dan hari yang berikutnya sebelum tiba lagi hari Ahad. Aku bilang gune jari berapa minggu lagi sebelum aku perlu kembali belajar. "1..2..3..4," aku bilang guna jari. Hanya tinggal 4 minggu lagi sebelum aku perlu kembali belajar, kembali buka buku. "Arghhhh..Malasnya aku nak belajar balik!" getus hati aku tanda protes.

Sudah hampir 7 bulan aku hidup sebagai intern. Aku seronok dengan kehidupan begini. Duduk di KL dan bekerja di KLCC. Awal-awal dulu aku benci dengan kehidupan yang serabut di KL ini. Bangun jam 6.00 pagi, berebut untuk masuk ke dalam LRT. Tapi sekarang aku rasa aku dah berjaya adaptasi dan asimilasi diri aku dengan kehidupan begini. Aku gembira dengan kehidupan begini, aku ada banyak masa selepas kerja untuk aku rencanakan kehidupan aku.

Balik semula untuk belajar, aku pasti perlu bangun pagi. Bangun pagi tiada masalah lagi. Masalahnya, aku perlu dengar ajaran yang aku juga tidak pasti ilmu itu aku akan aplikasikan atau tidak. Selama 2 tahun setengah di universiti, tidak banyak ilmu yang aku belajar relevan dengan kerja yang aku buat. "Untuk apa aku belajar lagi setahun jika aku tahu ilmu yang aku belajar pasti tak relevan dengan kerja aku nanti?!" fikir aku marah dalam hati.

Hidup sebagai pelajar, bertungkus-lumus selama 4 tahun dengan sistem edukasi yang diterapkan oleh kerajaan Malaysia. Aku rasa aku belajar hanya untuk mendapatkan skrol yang menyatakan aku seorang pelajar yang telah tamat pelajaran dalam Bachelor of Mechanical Engineering. Dengan skrol itu nanti, aku perlu jaja sana-sini untuk pastikan aku dapat kerja, dapat name card yang bertulis aku seorang Engineer.

Hanya itu sahaja, aku yakin memang hanya itu sahaja!

5 comments:

Anonymous said...

Hai jae...

Actually, apa yg kita belaja masa course kita...mmg related tapi it's just a basic knowledge for us as a guidance...masa kita keje.
the rest will be developed base on experience...

-PINKY-

Shamimi said...

Slm...
Jae...Jgn risau bdg mechanical nie luas...Pe yg ko bljr dr intern tu adalah sebahagian drpnya...Gua pasti lor akn jd engineer yg bjaya 1 hari nanti...ingat!!!
"HIDUP ADALAH PERJUANGAN"

Myra said...

eh2~

x baek mara ilmu ma.
kamg die lari...kosong je dunia.

bersyukur dgn ape yg kte ade.
:)

wani gaga gugu gege said...

i totally agree with that :)

Anonymous said...

wei jaie, blaja wei..jgn jd mcm aku, intern tu jdkan pengalaman, esok dah keje bleh lepak2, duit pun masok!