Thursday, September 4, 2008

Ego.

Bangun pagi, jam menunjukkan 10.30 pagi. Kelas Reservoir Engineering sudah berlalu selama 30 minit. Aku dan teman sebilik teruskan berbaring dan pilih untuk datang kelas Reservoir Engineering kumpulan lain pada jam 1.00 petang.

*

Kelas Reservoir Engineering jam 1.00 petang.

Lecturer: "Sape dapat jawab soalan pasal net pay ni, saya bagi markah bonus."

Teman sebilik: "Jawapan dia 14 ft." (Nada yakin sebab soalan yang ditanya adalah soalan kelas semalam).

Lecturer: "Ok. Betul. ID kamu?"

Teman sebilik: "8533."

"Jae, dah dapat markah bonus ni. Lepas ni boleh la pergi jumpa dia cakap yang kita tertidur pagi tadi," kata teman sebilik dengan nada yakin. "Aku kenal sangat dia ni, takdenya dia nak hargai kejujuran kau tu," jawab aku selamba.

*

Selepas kelas berakhir.

Teman sebilik: "Erm..Erm..Saya sepatutnya kelas pagi tadi, tapi saya tak datang sebab tertidur. Boleh tak saya sign attendance saya kat kelas ni. Untuk hari ni je."

Lecturer: "Tertidur? Bagi la excuse yang bagus sikit selain dari tidur."

Teman sebilik: "Tapi saya cakap betul. Takkan la saya nak tipu pula dengan bagi excuse lain. At least saya cakap jujur."

Lecturer: "No. Awak tak datang pagi tadi saya kira kedatangan awak kosong. This is my way of doing things."

Teman sebilik keluar dari kelas dengan muka hampa.

"Ha ha ha. Aku dah kata, tak guna kau jujur," ketawa aku dengan cubaan teman sebilik yang tak berjaya.

5 comments:

flip flop said...

hahaha..it's0 funny..yeah sumtimes is not worth it to be too honest..but i salute lah kat kawan u..susah orang nak bagi jawapan jujur..but pity him lah=)

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

haha..yeah, kena pilih orang kalau nak jujur pun :p

SafwanIsa said...

saya sangat memahami lecturer ini...

wani gaga gugu gege said...

siot je lecturer tu

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

Hahaha.People like this might think they are too good and need to be respected.That's why some of them live in this world like the one in this story.Hehehe.