Monday, September 1, 2008

Memoir: Hari pertama Ramadhan, 1992.

Saat ini, 16 tahun yang lepas, aku sedang makan nasi lauk sambal ayam dengan gelojoh depan mama.

"Makan perlahan-lahan, nanti tercekik," kata mama sambil tersenyum lihat telatah aku.

Habis makan, mama akan kata, "Bagus la Jae dah pandai puasa setengah hari, ni mama kasi upah," sambil bagi sekeping duit syiling emas RM1. "Esok cuba puasa penuh pulak tau," kata mama lagi.

Aku senyum dan mengangguk kepala tanda setuju. "Puasa penuh sama dengan dua keping duit syiling emas RM1," kata aku dalam hati.

2 comments:

shamimi said...

Background blog bru bererti nafas bru...hihi

ameirul azraie said...

Semangat Ramadhan! :)