Saturday, September 6, 2008

Largesse.

Aku dan teman sebilik dalam perjalanan ke Ipoh. Jam sudah 6.50 petang tapi kami baru sahaja keluar dari tol Taiping. Telefon bimbit berbunyi. Teman yang sudah berada di Ipoh bertanya tentang tempat berbuka puasa. "Mana-mana pun boleh. Janji kenyang. Perut aku dah pedih ni," aku taip dan hantar pada teman di Ipoh. Beberapa saat kemudian, mesej baru diterima. "Ok. Kenny Rogers @ JJ jam 8.00 malam."

*

Di Kenny Rogers jam 8.15 malam, aku dan empat orang teman memilih untuk makan Half Meal Chicken setiap seorang. Makanan sampai dan kami makan sepuas-puasnya. Selesai makan, masing-masing mengeluarkan RM30 untuk makanan yang dimakan. Salah seorang teman pergi ke kaunter dan membuat bayaran. Kami keluar dan berjalan sambil aku melihat bil yang berjumlah RM123.05. Aku pelik. Lalu aku bertanya kepada yang lain, "Kenapa murah eh? Bukan patut lebih kurang RM150 ke? Ada diskaun Ramadhan ke?" Hening. Diam membisu. Tiada jawapan.

*

Dalam perjalanan balik ke UTP, dapat mesej dari teman yang ikut makan di Kenny Rogers tadi. "Ada cerita menarik. Balik cerita. Hahaha." Aku balas, "Ok. Aku menantikannya :)" Sampai di rumah, aku bertanya, "Apa yang cerita menariknya?" Dengan muka tersenyum dia ambil bil dan tunjuk kepada aku dekat-dekat. "Tengok, ni bil meja lain. Kita makan Half Meal Chicken bukan Quarter Meal Chicken. Ha ha ha," kata teman aku sambil gelak besar. Aku ambil dan aku lihat bil tersebut. "Ini namanya diskaun Ramadhan untuk orang yang berpuasa dengan ikhlas. Ha ha ha," aku jawab sambil tergelak besar dan masuk ke bilik.

No comments: