Saturday, September 13, 2008

Memoir: Overfloor, Ramadhan 1424 Hijrah.

Overfloor adalah salah sebuah bangunan di MCKK, tempat aku duduk bermaharajalela selama setahun menikmati waktu keseronokan hidup zaman muda remaja.

Ramadhan 1424 Hijrah, November 2003 Masihi. Bulan Ramadhan terakhir aku berpuasa di bumi Kuala Kangsar.

*

Satu pagi, waktu Subuh, aku dan teman-teman sahur beramai-ramai. Selesai makan, kami berbual dan bergelak ketawa. Bila mata mengantuk, semua menuju ke katil masing-masing. Sebelum tidur salah seorang teman kata, "Dah kenyang ni, mesti boleh tahan sampai waktu berbuka nanti." Aku balas dengan anggukan sebab mata sudah mengantuk.

*

Aku bangun jam 9.00 pagi. Capai tuala dan alat mandi, aku berjalan menuju ke tandas. Tengah berjalan melalui dorm sebelah, aku terhidu bau kari. "Eh, apsal pagi-pagi dah ade bau kari ni?" soal aku dalam hati. Curiga. Aku mencari dari mana datangnya bau kari (yang enak untuk aku yang sedang berpuasa).

Mata aku terpandang salah seorang teman yang sahur bersama-sama waktu subuh tadi dengan tangan kanan memegang bekas yang berisi kuah kari dan tangan kiri memegang roti. Sambil tersenyum dia kata, "Aku gastrik kronik la bro, makan banyak Subuh tadi pun tak boleh nak tahan la." Dia sambung, "Nak join aku tak? Banyak ni," sambil tersengih dengan muka evil.

*

Ouh, lupa beritahu kamu semua. Aku pun ada gastrik yang kronik. Masa zaman sekolah dulu. Kini dah sembuh.

2 comments:

amerhadiazmi said...

hahaha.. satu overfloor tuh gastrik kot.

ameirul azraie said...

hahaha..anda bijak! :)