Sunday, September 28, 2008

Why it is so wonderful to be at my home?

Hari Sabtu. Sampai di rumah lebih kurang jam 5.00 petang, aku salam mama dan ayah sebelum menuju ke bilik dengan 2 beg yang aku sandang.

Aku masuk ke dalam bilik, lihat komik-komik (Budak Getah, Pakar Judo, Rave, Conan etc) yang begitu banyak menunggu giliran untuk dibaca oleh aku.

*

Malam tadi, nombor telefon yang sama aku dail, berulang kali.

Apa yang aku dapat dengar hanyalah suara satu nada yang berkata, "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi."

Aku nak je mencarut kepada suara satu nada itu untuk cakap yang aku dah cuba berulang kali, tapi nanti aku nampak seperti orang bodoh pula.

Jadi, aku pasrah. Hati tak keruan, kecewa. Ambil keputusan masuk ke bilik untuk tidur ditemani komik-komik yang banyak.

Tengah berbaring, mama ketuk tingkap bilik aku yang bersebelahan dengan dapur. "Tak nak makan bubur kacang dulu sebelum tidur?" tanya mama.

"Takpe la ma, Jae nak tidur la," jawab aku. "Lagipun tengah tak keruan ni," sambung aku dalam hati.

Tengah berbaring, mama masuk ke dalam bilik. "Nah, guna selimut biru koleq ni," kata mama sambil selimutkan aku.

Tak lama kemudian, ayah pula masuk. "Awal tidur malam ni?" tanya ayah. Aku hanya angguk, malas mahu menjawab.

Ayah pasangkan lampu tidur dan penghawa dingin. Sebelum keluar dari bilik, ayah tutup lampu bilik sambil cakap, "Good nite, assalamualaikum."

5 comments:

Hariry Ariffin said...

http://hariryariffin.blogspot.com/2008/09/27-ramadhan.html

todd said...

sabo je la... nnt dia akn call ko blk...

neway slmt ari rye... maaf zahir n batin...

shalom~~

shamimi said...

Jae tak balk kampung kew...?

b&w said...

why you macam manja..
hahha..just kidding..
it's always good to be home right?

ameirul azraie said...

mana ada manja.tu namanya kasih sayang daripada ibu bapa yang prihatin :p