Sunday, May 18, 2008

Lawatan Ke Perak #1

Semasa sampai di Bandar Seri Iskandar, Tronoh; jam menunjukkan 6.05 AM. Sepi dan damai. Buat aku rindu, aku rasa kehilangan. Aku tarik nafas dengan dalam, aku hirup udara segar waktu Subuh. Aku rindu pada suasana Subuh begini, aku sudah dapat kembali waktu yang selama ini aku kehilangan. Segar dan damai. Kamu juga patut cuba untuk bangun pagi sekali sekala.

Masuk bilik aku jumpa teman yang sudah lama tak aku temui. Aku lihat teman juga sedang sibuk seperti aku yang sedang merencanakan hidup. Minggu study week pasti sibuk buat persediaan. Begitu juga teman aku, sibuk buat persediaan memastikan pasukan bolanya menang menentang setiap pasukan lawan. "Mungkin tengah nak release tension," fikir akal logik aku.

Yang pasti aku sudah selamat tiba. Mata mengantuk aku perlukan tidur. Masih banyak yang perlu dilakukan hari ini, tapi aku perlukan rehat dulu. Aku sudah kata pada kamu, hujung minggu ini aku sibuk merencana hidup. Aku perlu rencanakan hidup ini untuk buat hati terisi, buat jiwa terangsang, buat minda bergerak. Kamu juga, perlu bangun, renung dan fikir. Rencanakan hidup kamu. Jangan bangun jam 1.00 PM pada hujung minggu dan mengeluh tentang kehidupan kamu yang hambar dan tragis.

Kamu manusia, perlu sentiasa menggerakkan minda. Rencanakan hidup kamu!

Selamat pagi untuk yang baru bangun seperti kamu semua, selamat malam buat yang baru mahu melayari dunia mimpi yang dipenuhi fantasi indah seperti aku.

Hingga jumpa lagi dunia.

4 comments:

Anonymous said...

Selamat Pagi JAE!!!
Hohoho....rindu nak balik UTP ek....
;)
Welcome back!

-pinky-

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

Selamat pagi pinky.Bukan rindu UTP la.Terpaksa balik ni :(

Anonymous said...

demit..
g utp xbgtau aku
de gk tmn nk g

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

there is always the second chance for us :)