Saturday, May 31, 2008

Sibuk Uruskan Kehidupan, Aku Minta Diri Untuk Membisu #1

Kali ini aku betul-betul sibuk. Aku sedang cuba menguruskan masa depan bukan masa kini. Kamu kena ingat, masa depan kamu, kamu yang tentukan. Bukan KJ atau Pak Lah. Bukan juga Mukhriz atau Dr. M. Ingat pengajaran untuk hari ini; masa depan kamu, kamu yang pilih dan kamu yang tentukan! Kamu pasti faham aku kan Dyana? Aku sedang cuba jadi kamu, berjuang untuk kehidupan aku.

I guess, I see you guys on 4th June 2008. Happy blogging!

Arak dan Dadah? Jangan Kamu Tersesat Jauh! #1

Sahabat, thanks for your precious phone call. It was nice to hear your voice once again.

Ingat kata-kata nasihat aku pada kamu. Hidup ini penuh dengan dugaan. Dugaan kecil, pasti mudah sahaja kamu selesaikan. Dugaan besar itu yang kamu perlu hadapi, kamu perlu tentang, kamu perlu selesaikan! Dugaan besar itu yang mengajar kamu erti kehidupan sebenar. Jangan kamu lari, jangan kamu tunduk, jangan kamu biarkan dugaan besar itu begitu sahaja.

Sahabat, aku tahu kamu boleh lakukan. Jangan kamu cipta dunia khyalan kamu dengan arak dan dadah. Kamu yang aku kenal bukan seorang pengecut, bukan begitu? Kamu yang aku kenal penuh dengan inspirasi, penuh dengan tenaga, penuh dengan keberanian.

Sahabat, aku mahu kamu duduk berfikir. Dalami jiwa, renung masa depan. Aku pasti kamu tak mahu jadi sampah pengecut yang hanya tahu cipta dunia khayalan, berfantasi seorang diri. Aku mahu kamu bangun, hadapi, tentang dan selesaikan masalah kamu! Aku mahu kamu sekurang-kurangnya cuba. Aku sayang kamu, kamu sayang aku juga bukan?

Oleh itu, sahutlah seruan kerajaan Malaysia. Jadilah remaja yang sihat dan aktif. Jauhilah arak dan dadah!

Friday, May 30, 2008

Arak dan Dadah? Jangan Kamu Tersesat Jauh!

Sahabat, jika kamu baca post ini, aku mahu kamu tahu yang arak dan dadah bukan jalan penyelesaian untuk permasalahan hidup kamu.

Mana pegangan yang selama ini kamu pegang, kamu perjuangkan? Kamu mahu jadi bodoh, hidup dalam dunia khayalan yang kamu cipta untuk diri sendiri, untuk lari dari hakikat kehidupan sebenar? Kenapa tak mahu perjuangkan hidup kamu?

Kalau kamu baca post ini, kamu mesti call aku, faham?! Aku tak mahu kamu tersesat jauh sebab aku sayang kamu.

Thursday, May 29, 2008

Kamu Mengeluh, Tapi Kenapa Tak Perjuangkan?

Ramai mengeluh tentang kehidupan. "Life aku bosan la bro," kata-kata yang manusia tanpa kehidupan selalu keluhkan pada aku. "Kau yang tak nak cari life, tak nak buat apa yang hati kau mahukan. Hanya ikut kehidupan yang dah ditetapkan oleh minda gila kau. Memang sampai bila pun kau akan mengeluh dengan life kau yang bosan!" marah aku pada mereka, selalunya hanya dalam hati.

Kenapa aku hanya marah dalam hati? Sebab manusia benci pada kejujuran yang aku sampaikan. Manusia lebih suka hidup dengan kata-kata dusta yang menggembirakan dari mengetahui hakikat kebenaran hidup.

Kamu perlu contohi dia, herdik pada jadual kehidupan!

Kamu perlu jadi seperti dia, perjuangkan kebebasan hidup!

Kamu perlu sekurang-kurangnya lakukan seperti dia,
manfaatkan masa kehidupan dengan orang yang tersayang sewajarnya!

Jadi, kenapa kamu mengeluh kalau kamu sendiri tak mahu perjuangkan kehidupan kamu?

Cubaan Bangga Diri Tapi Tak Berjaya

1 received message. Aku picit butang open pada kekunci di telefon bimbit. Teman baik ajak berjumpa di Suria KLCC. Aku turutkan ajakan, bangun dan bergerak menuju ke Suria KLCC. Jumpa teman, ajak minum di Starbucks Coffee. Biasalah, teman baik mahu cuci mata petang hari di Suria KLCC. Mahu lihat wanita-wanita separa bogel dengan rokok di tangan. "They are so fucking sexy and so fucking hot, you must see them" ujar teman baik, meyakinkan aku untuk minum petang, jamu mata di Starbucks Coffee.

Sampai di Starbucks Coffee, teman baik mahu orderkan minuman untuk aku. Aku turutkan sahaja sebab teman baik pernah kerja di Starbucks Coffee satu ketika dahulu untuk satu semester yang mengakibatkan GPA untuk semester tersebut jatuh kepada 1.92. Jangan jadi seperti dia,ok?

Sampai di kaunter, teman baik lagak seperti orang dari Europe.

TB: "Can I have one Frappuccino® Ice Blended Cream and err...one...err"

Cashier: "Yes, and another one...?"

Aku datang dekat kaunter, aku senyum pada cashier.

Aku: "Dia ni nak berlagak yang dia pernah kerja Starbucks Coffee dulu, tapi nak sebut nama minuman pun tergagap-gagap.." tuding aku pada teman baik.

*

Duduk minum. Hayati keseronokan petang, jamu mata di Starbucks Coffee, KLCC.

TB: "Kau ni, dah lama tak jumpa rasa rindu."

Aku: "Biasalah. Aku kan kesayangan ramai orang."

TB: "Tapi sekali dah jumpa, buat perangai sial macam tadi bagi malu aku, aku rasa geram, rasa nak terajang pun ada."

Aku: "Geram sebab cubaan bangga diri tak berjaya ke? Hahaha..."

TB: "Hahaha..Sial."

Wednesday, May 28, 2008

Lelaki dan Perempuan

Aku mahu menulis mengenai lelaki dan perempuan dalam masa yang terdekat. Untuk renungan kamu dan juga aku. Tapi aku perlukan masalah, aku perlukan idea, aku perlukan inspirasi. Kamu ada apa yang aku mahukan?

Tuesday, May 27, 2008

Mendalami Jiwa, Kamu Pasti Makin Keliru

Cuba kamu layari jiwa hingga ke akar umbi. Apa yang kamu temui? Pasti kamu berada dalam kegelapan berharap ada sesuatu untuk menyuluh kegelapan kamu. Aku baru selesai melayari jiwa. Mencari sesuatu untuk aku jadikan panduan, sesuatu yang aku boleh percayai. Tapi aku tak berjaya dalam pencarian aku. Jalan buntu yang ditemui ketika mendalami jiwa. Aku jadi semakin keliru.

Aku tak tahu apa yang aku cuba sampaikan dalam post ini. Yang pasti, aku memang perlu membisu buat seketika.

Monday, May 26, 2008

Sibuk Uruskan Kehidupan, Aku Minta Diri Untuk Membisu

Minggu ini aku sibuk menguruskan kehidupan yang sudah tidak teratur.

Mungkin aku akan diam membisu buat beberapa hari.

Aku lega yang aku hanya perlu menguruskan diri sendiri.

Jika aku punyai pasangan pasti sudah berperang besar disebabkan oleh kesibukan diri ini.

Dengan itu, aku minta diri untuk membisu buat seketika.

Sunday, May 25, 2008

Post Vain Music's Hot Stage!

Jualan baju Art Syndrome T-Shirts agak memberangsangkan untuk event hari ini. Crowd yang hadir untuk mendengar muzik dendangan band kegemaran masing-masing juga sangat memberangsangkan. Tahniah kepada penganjur, Vain Music. Terima kepada semua yang membeli! Jangan lupa untuk add Art Syndrome T-Shirts di www.myspace.com/artsyndrometshirts.

Event seterusnya, ABM Goes On Tour 2008 di Johor Bahru pada 7 June 2008. Jumpa kamu semua di sana!

Petang Ini, Hot Stage! @ MCPA Hall

Jangan lupa melawat booth Art Syndrome T-Shirts sempena Hot Stage! @ MCPA Hall dari jam 2.00 PM ini sehingga lewat malam!

See you guys there!

Friday, May 23, 2008

Vain Music's Hot Stage!

Art Syndrome T-Shirts akan berada di MCPA Hall pada hari Ahad, 25 May 2008 ini sempena Vain Music's Hot Stage. Datanglah beramai-ramai sambil menceriakan hari Ahad anda bersama pasangan yang tersayang! Jangan lupa dapatkan t-shirts daripada Art Syndrome sebagai kenangan.

See you guys there!!!

Thursday, May 22, 2008

Aku Mahu Masuk Ke Dalam Gua, Kamu Jangan Ganggu!

Statistik yang dikeluarkan oleh mesin dari medulla oblongata menunjukkan yang kini aku tidak mendapat tidur yang mencukupi sepanjang 6 hari ini. Lawatan ke Perak dan juga minggu ramah mesra bersama teman-teman sosial lelaki adalah punca utama. Ingat, aku bukan gay! Aku perlu bersosial. Aku juga tidak menyalahkan lawatan ke Perak mahupun minggu ramah mesra bersama teman-teman sosial lelaki sebab aku sendiri yang pilih jalan itu.

Aku penat dan letih. Tidur yang tak mencukupi buat fikiran melayang, hormon aku terganggu. Aku bukan mengalami andropause, jauh sekali untuk mengalami menopause sebab aku seorang lelaki sihat, gagah perkasa yang baru berusia 22 tahun.

SC berkecil hati dengan aku. Baru sekejap aku rasakan bahagia seperti di awangan. Tapi kini aku berduka kembali. Sebabnya, selepas berjumpa dengannya, aku hantar message beritahu yang aku mahu meletakkan nama SC sebagai Syaitan Comel di blog aku. Aku rasakan yang nama seperti itu comel dan aku hanya menyatakannya secara literal bukan secara definisinya.

Tapi SC mengambil serius apa yang aku perkatakan. SC beritahu yang aku telah berjaya buat dia bersedih setelah dinner bersama yang menggembirakan. Ddengan panggilan seperti itu SC rasa terhina dan dipandang hina oleh aku. Aku tegaskan yang aku tiada maksud lain. Hanya idea nakal yang mungkin kurang bernas membuatkan aku mahu meletakkan nama SC sebagai Syaitan Comel di blog aku. Kini, saat yang tadi gembira bertukar muram. Gelap gelita. Aku bermuram durja.

Aku sedar aku tersalah dalam menyampaikan idea comel aku. Tapi aku berharap SC tidak akan berkecil hati. SC maafkan aku tapi dia memerlukan masa untuk bersendirian bagi mengubati hati yang terguris. SC seorang wanita tetapi kenapa SC perlu masuk ke dalam gua seperti seorang lelaki? Girls, ada apa-apa nasihat kenapa SC masuk ke dalam gua dan bagaimana untuk aku memujuk SC?

Aku sudah peluk dia. Aku juga sudah kucup dahinya. Aku sudah hantar berpuluh message memohon maaf. Aku sudah belikan sejambak bunga ros. Girls, kalau kamu pasti kamu sudah berjaya aku pujuk, betul tak? Tapi SC lain daripada kamu semua girls, dia tetap ingin masuk ke dalam gua. SC mahukan masa untuk bersendiri. Sebab itu aku sayang SC dan bukan kamu girls.

Aku tahu aku salah buat SC berkecil hati. Itu yang buat aku runsing, pening dan keliru. Pengalaman sebagai Dr. Love tidak mampu menolong aku menjadi seorang pencinta wanita yang bagus mahupun menjadi seorang pemujuk agung. Girls, aku serius..Apa patut aku lakukan? Patutkah aku biarkan SC masuk ke dalam guanya sendiri tanpa terus memujuk? Atau, perlukah aku terus memujuk SC?

Aku runsing. Aku pening. Aku keliru. Aku juga mahu masuk ke dalam gua, kamu jangan ganggu!

Aku Gembira, Kamu Jangan Dengki!

Aku masih senyum. Aku sedang bahagia. Kamu jangan dengki!

Fiq telefon, ajak tonton final Champions League, Manchester United bertemu dengan Chelsea di rumah the Mines. Aku ingatkan Fiq awal-awal supaya beli minyak tanah secukupnya untuk bakar jersi Chelsea di akhir perlawanan nanti. Aku pandu kereta menuju the Mines dengan rasa yakin yang kemenangan akan berpihak di tangan Manchester United.

Sampai di the Mines, aku berbual dengan Fiq dan Sharizan. Aku katakan yang statistik Champions League menunjukkan team seperti Chelsea yang pertama kali menjejakkan kaki ke final tidak akan menang. Fiq bantah ajak aku bertaruh. Aku letak RM100 sebab aku yakin yang Chelsea tak akan menang. Fiq juga bertaruh RM100 gaya seorang lelaki yang tak mahu kalah.

Perlawanan bermula, Manchester United tampak hebat. Minit ke-26 Cristiano Ronaldo menanduk masuk gol, aku gembira. Menari-nari dengan gembira di hadapan Fiq. Aku ingatkan Fiq sekali lagi untuk bakar jersi Chelsea di akhir perlawanan. Tak puas aku bergembira, Frank Lampard menjaringkan gol penyamaan untuk Chelsea pada minit ke-45 yang buat aku terdiam. Giliran Fiq pula menari-nari gembira di depan aku. Perlawanan bersambung hingga ke masa tambahan. Didier Drogba dilayangkan kad merah pada minit ke-116, buat aku bersorak gembira. Aku nampak bayangan RM200 semakin cerah di depan mata.

Perlawanan masuk kepada penentuan dengan sepakan penalti. Takdir tertulis yang sepakan penalti Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia akan diselamatkan oleh Petr Cech. Aku tergamam. Saat John Terry ingin melakukan sepakan terakhir yang akan membawa kepada kemenangan, aku tutup muka dengan bantal. Curi-curi lihat. Sebaik sahaja sepakan John Terry tersasar aku terus melompat gembira. Aku yakin dengan statistik. Aku yakin dengan sejarah. Dan saat sepakan Nicolas Anelka diselamatkan oleh Edwin van der Sar, aku berlari-lari gembira di dalam rumah.

Capai RM200, gelakkan Fiq, aku suruh dia bakar jersi Chelsea. Lihat jam 5.35 AM, aku pandu balik ke Kota Damansara.

Aku senyum. Aku gembira. Kamu jangan dengki!

Wednesday, May 21, 2008

Aku Bahagia, Kamu Jangan Dengki!

Sedang bekerja, aku ambil masa berbalas message dengan SC.

SC: "You kat mana ni? Boring la arini. Apa your plan tonight?"

Aku: "No plan. Nape? Sure you tengah bosan. Jom kita keluar nak sayang?"

SC: "Nak pergi mana?"

Aku: "Kita keluar for dinner around 9.00 PM, boleh? Kita makan kat any place yang you nak makan sebab malam ni malam untuk buat you happy"

SC: "Lambat sangat la 9.00 PM. Awal sikit la, 8.30 PM kat Restoran Original Kayu Nasi Kandar, Kota Damansara."

Aku: "Ok sayang. Sure. See you there!"

Hati gembira, aku cepat-cepat pulang ke rumah. Mandi, bersiap. Sembur minyak wangi seluruh badan. Hati kecil menyanyi lagu cinta. Muka berseri tersenyum gembira. Pantas aku pandu kereta menuju ke tempat yang dijanjikan. Sampai di Restoran Original Kayu Nasi Kandar, SC sedang parking kereta. Aku lihat dia parking kereta, buat dia geram sambil suruh aku masuk ke dalam restoran dulu.

SC turun dari kereta dengan wajah yang manis berseri. Rambut hitam yang panjang disisir kemas. Pakai t-shirt Superwoman, SC nampak begitu comel dan cantik. Seperti bidadari yang baru turun dari syurga untuk membahagiakan aku. Aku jatuh cinta lagi buat kali yang keberapa aku pun tak tahu.

Aku makan sambil berbual dengan SC, rasa bahagia Tuhan saja yang tahu. Habis makan, SC awal-awal sudah ambil bil mahu bayar. Aku gentleman,ok? Tapi SC yang berdegil mahu bayar. Selesai bayar aku naik kereta SC, minta dihantar dekat dengan kereta aku. Sebelum turun, aku sempat letak chocolate untuk SC sebelum dia berlalu pergi.

Pergi ke arah kereta, message dari SC masuk. "Thanks for the night. Thanks for the chocolate."

Aku senyum. Aku bahagia. Kamu jangan dengki!

Tuesday, May 20, 2008

Lawatan Ke Perak - Finale

Mandi. Selesai mandi, kemas beg. Siap sedia untuk pulang. Lihat jam, 11.00 PM. Rencana hidup yang belum dilakukan masih tersenarai panjang untuk blogger yang ada life macam aku ni. Aku mengeluh kecil sebab aku sangat yakin dan pasti yang aku akan sekali lagi merosakkan jam biologikal aku dan tidak melakukan apa-apa kerja di office pagi nanti.

Selesai berkemas, pandu kereta ke kedai makan. Berbual gembira dengan Mie dan Sharizan, aku lihat jam tangan, 12.15 AM. "Lewatnya you balik? Nape suka bertolak lewat malam macam ni? Bahaya tau! Lain kali you bertolak la awal sikit tau sayang. Jangan degil tau next time. Kalau tak i merajuk dengan you," SC hantar message bernada risau, sayang dan ugutan yang buat aku tersenyum. Telefon bimbit berbunyi lagi. "Berapa orang yang teman you sayang? Drive safely, ingatlah I yang tersayang ni," SC hantar message susulan bernada risau yang juga buat aku tersenyum bahagia.

Mata mengantuk, beli air Livita with Honey. Harap dapat bertahan hingga ke exit tol Gopeng. Pandu kereta, Sharizan di sebelah muka risau melihat mata aku yang terkebil-kebil. "Rileks la bro, aku ok je lagi ni," ucap aku cuba melegakan hati Sharizan yang tengah gundah gulana melihat cara pemanduan aku yang seperti orang mabuk.

Kereta sekejap laju, sekejap perlahan. Aku sedar aku sedang bawa kereta dalam keadaan mamai, separa sedar. Tapi aku gagahkan diri, teguk lagi air Livita with Honey dengan harapan mata terbuka luas. Hampa, mata masih lagi kuyu, terkebil-kebil minta dipejam.

Sampai exit tol Gopeng, tukar pemandu. Sharizan pula yang pandu. Nyala sebatang rokok, dia mula pandu kereta. Sharizan tiada lesen memandu tapi dia memang cool. Aku juga cool sebab mata aku sudah mengantuk. Tahniah Sharizan, semoga kamu ambil lesen memandu cepat-cepat. Tak sampai 30 minit, sudah 3 batang rokok Sharizan hisap tapi mata makin kuyu.
"Dah la tu bro. Kita berhenti kat R & R Tapah, kita tidur jap," cadang aku kepada Sharizan. Sharizan angguk tanda setuju. Pandu masuk R & R Tapah, berhenti kereta di parking area, rebahkan tempat duduk, aku dan Sharizan tidur lena untuk sejam.

Bangun, lihat jam sudah 2.45 AM.

"Bangun bro, aku takut tak sempat sampai KL ni. Pagi nanti nak kena pergi kerja," nada aku gusar mengejut Sharizan. Sharizan pandu dengan rokok yang ketujuh di tangan. Sharizan tak dapat tahan mata yang mengantuk, aku sambung pandu dari Rawang. Aku pandu dalam keadaan separa sedar lagi. "Jangan terbabas sudah," pohon aku dalam hati. Akhirnya sampai exit tol Kota Damansara aku lega. Perjalanan menghantar Sharizan ke the Mines dan pulang semula ke Kota Damansara mengambil masa sejam.

Sampai Kota Damansara jam 5.30 AM. " Sayang, I dah sampai Kota Damansara. Penat dan mengantuk la you," aku hantar message kepada SC sebelum badan aku dapat katil yang buat aku terus tertidur.

Tersedar dari tidur, lihat jam 7.00 AM. Badan letih, mata mengantuk. Aku tak bermaya. Capai telefon bimbit, aku baca message dari SC. "Tu la you. I dah suruh balik awal you degil, tak nak dengar cakap I. Next time dengar la I cakap tau sayang?" message SC berbau sindiran buat aku tersenyum lagi di pagi hari .

Monday, May 19, 2008

Lawatan Ke Perak #5


Lokasi Teluk Batik, lihat matahari terbenam bersama teman-teman.

Rencana hidup untuk ke Kuala Kangsar tidak menjadi disebabkan pujuk rayu Lock.

Aku sudah kata yang aku ada life.

Lawatan Ke Perak #4

Bangun jam 9.00 AM, rasa mengantuk masih belum hilang. Toleh kiri Sharizan masih tidur. Toleh kanan Mie masih tidur. "Memang manusia yang tak tahu nak menikmati udara pagi yang nyaman, sinaran matahari yang nikmat, pagi yang indah dan ceria," getus aku dalam hati.

Aku bangkit, pergi bilik air. Gosok gigi, basuh muka. Terasa segar sedikit. Aku sambung mengasingkan baju; itu rencana hidup aku untuk tengahari ini. Sedang susun baju, Sharizan bangun, gosok mata dan terus on laptop Mie; tengok video yang biasa ditonton oleh anak muda yang ketagih ilmu orang berkahwin. "Bro, banyak lagi benda kita nak kena buat hari ni. Cam orang takde life pula, bangun pagi dah tengok video tu," kata aku kepada Sharizan.

Sharizan pandang aku tanpa perasaan dan sambung tengok video semula."Dari mula sampai sini sampai la pagi ni..Asyik asingkan baju je..Cam la ada life," kata Sharizan sambil senyum dan letak headphone di telinga.

"Sial!Aku ada life la," jerit aku marah. "Petang ni kita pergi jalan-jalan la," sambung aku lagi.

Sharizan pandang aku sambil gelak kecil.

Sunday, May 18, 2008

Adik, Good Luck For Your Exam

Adik, good luck for your exam tomorrow.

Pastikan adik dapat A untuk semua subjek yang diambil.

Jangan hampakan harapan mama dan ayah untuk melihat anaknya yang pertama dapat menyambung pelajaran di universiti terkemuka di luar negara.

Pastikan adik dapat menyambung pelajaran di universiti yang adik impikan.

Jangan biarkan impian untuk belajar di London Business School hanya menjadi satu angan yang tak kesampaian.

Yakin dan percaya dengan diri sendiri seperti mana abang yakin dan percaya pada adik.

Teruskan usaha, kuatkan semangat.

Good Luck adik!

Lawatan Ke Perak #3

Malam yang damai dan tenang. Teman-teman sedang duduk, dengar lagu-lagu dari Indonesia untuk pendengar berhati fragile seperti mereka. Mungkin seperti aku juga? Arghh..Abaikan hati fragile sekarang. Sekarang, apa yang aku rencanakan untuk hari ini telah selesai dilaksanakan. Kini aku buntu, aku hilang arah tujuan. Aku nak buat sesuatu tetapi tidak tahu apa...

Ahad malam Isnin ini perlu aku isi supaya jadi lebih bermakna. Esok masih ada sehari lagi cuti.

Kamu semua ada idea untuk aktiviti malam ini?

SC, Aku Rindu Kamu

SC, aku rindu kamu. Apa patut aku buat?

Lawatan Ke Perak #2

Aku tidak jadi mengucapkan selamat malam pada dunia mimpi yang dipenuhi fantasi indah. Aku tahan mata dari lelap, aku perlu manfaatkan masa di sini. Ambil keputusan mahu berjogging, hirup udara segar sambil cuci mata lihat gadis-gadis belasan tahun berjogging. Bukan apa, mata ini perlu direset semula setelah enam bulan dihidangkan oleh cleavage ahmoi dan gadis bangsa asing yang tidak segan berpakaian separa bogel di KLCC.

Tapi, hajat hati tak kesampaian. Jam kereta aku lihat sudah 9.00 AM. Tiada kelibat manusia kelihatan, bahang matahari sudah terasa. Aku dan teman-teman ambil keputusan untuk breakfast.
Nasi lemak sebagai breakfast, disamping teman-teman memang sesuatu yang telah lama aku tinggalkan, memang sesuatu yang aku rindui.

Aku makan nasi lemak sambil diselit perbualan dan gelak tawa. Hati kembali terisi, jiwa kembali terangsang, hanya minda yang kini perlu digerakkan lebih agresif.

Aku ulang dan aku tegaskan, kamu perlu sentiasa merencanakan hidup untuk jadi lebih terisi dan bermakna!

Lawatan Ke Perak #1

Semasa sampai di Bandar Seri Iskandar, Tronoh; jam menunjukkan 6.05 AM. Sepi dan damai. Buat aku rindu, aku rasa kehilangan. Aku tarik nafas dengan dalam, aku hirup udara segar waktu Subuh. Aku rindu pada suasana Subuh begini, aku sudah dapat kembali waktu yang selama ini aku kehilangan. Segar dan damai. Kamu juga patut cuba untuk bangun pagi sekali sekala.

Masuk bilik aku jumpa teman yang sudah lama tak aku temui. Aku lihat teman juga sedang sibuk seperti aku yang sedang merencanakan hidup. Minggu study week pasti sibuk buat persediaan. Begitu juga teman aku, sibuk buat persediaan memastikan pasukan bolanya menang menentang setiap pasukan lawan. "Mungkin tengah nak release tension," fikir akal logik aku.

Yang pasti aku sudah selamat tiba. Mata mengantuk aku perlukan tidur. Masih banyak yang perlu dilakukan hari ini, tapi aku perlukan rehat dulu. Aku sudah kata pada kamu, hujung minggu ini aku sibuk merencana hidup. Aku perlu rencanakan hidup ini untuk buat hati terisi, buat jiwa terangsang, buat minda bergerak. Kamu juga, perlu bangun, renung dan fikir. Rencanakan hidup kamu. Jangan bangun jam 1.00 PM pada hujung minggu dan mengeluh tentang kehidupan kamu yang hambar dan tragis.

Kamu manusia, perlu sentiasa menggerakkan minda. Rencanakan hidup kamu!

Selamat pagi untuk yang baru bangun seperti kamu semua, selamat malam buat yang baru mahu melayari dunia mimpi yang dipenuhi fantasi indah seperti aku.

Hingga jumpa lagi dunia.

Lawatan Ke Perak

Selesai menjual t-shirts di MCPA Hall, aku jumpa kawan-kawan UTP. Minum, makan, kongsi cerita, gelak tawa di Uptown Damansara. Hilang rasa letih badan dapat berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Sesi beramah mesra ini berakhir sekitar jam 1.00 AM.

Perjalanan yang aku telah rencanakan masih jauh. Masih banyak yang perlu dilakukan.

Pandu kereta laju ke the Mines. Mahu ambil teman-teman yang tinggal di kawasan Taman Sungai Besi Indah. Mata mengantuk, badan kembali terasa letih tapi aku kuatkan semangat. Aku perlu pastikan apa yang aku rencanakan hujung minggu ini dapat diselesaikan.

Perjalanan yang aku telah rencanakan masih jauh. Masih banyak yang perlu dilakukan.

Sampai rumah aku di Kota Damansara (aku hanya menumpang rumah kakak, belum mampu untuk beli rumah sendiri), teman-teman online sebentar. "Internet free, mana boleh disia-siakan begitu je," ujar mereka. Aku angguk sahaja tanda setuju. Aku capai tuala untuk mandi. "Dah mandi, segar sikit badan ni," fikir aku mudah. Selesai mandi, kami bersiap. Sebelum mulakan perjalanan, Dikni isi minyak hitam. "Keselamatan tu perlu diutamakan demi orang yang tersayang," kata Dikni penuh bermakna. Aku hanya senyum tanda setuju.

Dalam kereta, aku pilih untuk duduk di tempat duduk belakang. Baru mulakan perjalanan, mata kembali mengantuk. Separa sedar, separa khayal aku dengar perbualan sayup kedengaran. Aku rasakan pemanduan oleh Sharizan menepati piawai, selamat.

Minda semakin seronok memasuki alam khayal. Tiba-tiba aku terasa kereta dipandu laju kemudian seperti hendak terbabas. Minda yang tadi dalam alam khayal bertindak pantas memberi respon. Dalam keadaan mamai aku berhujah yakin. "Hey, hey.. Bawalah kereta perlahan sikit," kata aku tegas dalam mamai dengan mata separuh buka.

Aku terasa Sharizan dan Dikni pandang aku. Aku buka mata, mereka gelak. "Apa yang kau merepek ni? Aku bawa 40 km/j je nak masuk R&R Rawang tadi," kata Sharizan sambung gelak.

Aku yang sudah malu turut serta gelak. "Ni yang susah kalau dah tidur pastu mengigau," marah diri sendiri, aku malu.

Saturday, May 17, 2008

Hujung Minggu Yang Sibuk, Aku Akan Cuba Berkarya

Hujung minggu ini aku sibuk. Tapi, aku akan tetap cuba untuk berkarya supaya kamu ada bahan bacaan untuk hujung minggu ini. Tapi, secara statistiknya pembaca blog ini akan berkurangan pada hujung minggu. Jadi aku rasa, post yang aku publish pada hari Sabtu dan Ahad juga hanya akan di baca pada hari Isnin.

Ouh, jika kamu ingin tahu rancangan hujung minggu aku...

Sabtu: Jualan Art Syndrome T-Shirts di MCPA Hall, Kuala Lumpur
Ahad: Lawatan ke Tronoh, Perak
Isnin: Lawatan ke Kuala Kangsar, Perak

Aku akan cuba untuk post karya-karya yang menarik sepanjang hujung minggu yang sibuk ini.

See you guys soon!

Art Syndrome T-Shirts di MCPA Grand Hall

Hari ini atau lebih tepat lagi petang ini, Art Syndrome T-Shirts akan berada di MCPA Grand Hall, Jalan Maharajalela sempena Angkatan Baju Malaya Goes On Tour 2008. Datanglah beramai-ramai dan dapatkan t-shirts kegemaran anda disamping berhibur bersama O@G, Force Vomit dan banyak lagi band yang lain!

See you guys there!

Thursday, May 15, 2008

Updates on MCOBA Futsal 2008

MCOBA Futsal is back. This years' tournament details are as follows:
Date : Saturday, 31 May 2008
Venue : Sportsplanet Subang Grand, Bandar Sunway

Three categories : Superseniors, Biasa and Ladies

Registration : RM 300 per team, register 2 teams from your batch - just RM 550 , for Ladies just RM 150

Registration method: Download the attached pdf formand and fax back to MCOBA Penthouse at 03-22743176 before 25 May 2008 or scan back and email to un@mcoba.org

This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Payment method : Pay to Maybank account no 162142960481 Ahmad Safuan Bujang (treasurer)

Anything please call Un 012 6665221 Fugu 0173788107 Cikkam 0126490004

P/S: Credit to Ticket for allow me to use the above picture.

Mustapha Ibrahim: Paintings 1968 - 2008

R A Fine Arts

Dengan segala hormatnya mempersilakan ke perasmian

Cordially invites you to the opening of


MUSTAPA IBRAHIM

PAINTINGS 1968 ~ 2008

4th SOLO EXHIBITION


yang akan dirasmikan oleh

which will be launched by


Y.Bhg. Dr. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa

Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara

Director - General of National Art Gallery


pada hari Sabtu, 24 Mei 2008 jam 5.00 petang

on Saturday, 24 May 2008 at 5.00 p.m


Mustapa Haji Ibrahim merupakan antara artis yang terlibat dalam peringkat awal kumpulan 'Anak Alam', sebuah kumpulan pelukis, penyair, aktivis teater dan lain-lain penggiat seni yang penting pada tahun 1970an.

Mustapa Haji Ibrahim was one of the artists who was directly involved in the formation of the 'Anak Alam' group, a seminal group of cutting-edge artists, poets, theater activists, dancers and various artistic personalities in the 70s.


Pameran akan berlangsung dari 17 Mei – 4 Jun 2008

The exhibition is from 17th May – 4th June 2008


RSVP : Gallery +603 2161 7341 / 012 3872404

Gallery hours : 11am to 6pm (Mon-Sat)


R A Fine Arts

No. 6, Jalan Aman, Off Jalan Tun Razak,

55000 Kuala Lumpur.

Wednesday, May 14, 2008

Aku Masih Waras, Jangan Kamu Risau!

Pulang dari kerja, aku naik LRT ke stesen Abdullah Hukum. Tunggu teman-teman seperti yang dijanjikan. Tiba di stesen Abdullah Hukum, aku keluar dari LRT, duduk di tempat duduk yang disediakan menanti teman-teman. Aku hantar message, tanya di mana mereka. Dapat reply dari teman-teman, mereka di stesen Masjid Jamek.

Aku penat, aku ambil keputusan untuk baring di tempat duduk yang disediakan. Aku tidak peduli, aku penat! "I'm fucking tired guys!" jerit aku. Tiada siapa di sekeliling. Jangan risau. I'm still sound and wise.

Berhenti LRT pertama, memuntahkan penumpangnya, aku lihat ada mata yang melirikkan mata, pandang sinis pada aku yang berbaju kerja tetapi baring di tempat duduk yang disediakan. "Aku kisah apa kamu semua nak pandang. Janji aku boleh baring, boleh message dengan SC, hati gembira," detik aku dalam hati.

Berhenti LRT kedua, perkara sama berlaku. Masih ada mata yang melirikkan mata, pandang sinis. Aku cool, aku tak peduli.

Berhenti LRT ketiga, keadaan masih tetap sama.

Berhenti LRT seterusnya, aku sudah malas nak hirau mereka.

Berhenti LRT seterusnya, teman-teman turun. "Kau ni, pakai je baju kerja smart camni. Tapi baring kat sini pula. Memang selamba la kau," sapa teman-teman.

Aku bangun dari baring. "I'm still sane guys. Don't worry!" jerit aku pada penumpang-penumpang LRT sebelum pintu LRT tertutup. Tapi aku jerit dalam hati saja.

Aku kata pada kamu yang aku masih waras, jangan kamu risau!

Tuesday, May 13, 2008

ABM Goes On Tour 2008 - Kuala Lumpur

Kamu semua! Hari Sabtu ini Art Syndrome T-Shirts akan turut serta berada di MCPA Grand Hall, Jalan Maharajalela sempena Angkatan Baju Malaya Goes On Tour 2008. Dapatkan t-shirts kegemaran anda disamping datang untuk berhibur bersama O@G, Force Vomit dan banyak lagi band yang lain! See you guys there!

P/S: Penghargaan kepada Our Happiness yang sudi menjemput Art Syndrome T-Shirts untuk sama-sama memeriahkan ABM Goes On Tour 2008 ini.

Monday, May 12, 2008

Mereka Bijak, Belajar Soalan Spot

Bangun tidur, gosok mata. Badan terasa letih, mata masih berat untuk dibuka. Lihat jam tangan sudah jam 8.30 PM. Kuatkan azam, gagahkan diri; aku bangun dan duduk di tepi katil. Layankan lagi mata dan badan yang minta simpati. "Cukup-cukup la rehat dan tidur ni. Jom kita isi perut yang dah berbunyi ni pula," aku kata pada mata dan badan.

Turun bawah, cari makanan. Minta bibik yang tak pandai masak, goreng telur dadar dan buat air teh O ais. Selesai makan, perut kenyang, hati gembira. Lihat Nafiz dan Nazif tengah khusyuk belajar (Nafiz dan Nazif adalah si kembar yang berusia 6 tahun).

Datang dekat, aku lihat mereka sedang sibuk belajar menulis. Aku datang, aku ganggu Nazif.

Aku: "Nazif tengah buat apa ni? Cam sibuk je," tanya aku dengan nada gurau.

Nazif: "Nazif tengah study la Jae" sambil tangan sibuk menulis perkataan Mug, Cup, Pencil etc.

Aku terpandang, gambar Chopsticks yang tak bertulis apa-apa.

Aku: "Ni kenapa tak tulis apa-apa?" aku tunjuk pada gambar chopsticks, nada bertanya yang ingin tahu.

Nazif: "Ni tak belajar lagi kat school," jawab Nazif sambil pandang Papa dia minta backup.

Papa: "Nazif dengan Nafiz ni tengah belajar soalan spot je untuk exam esok," terang abang ipar aku.

Aku senyum, aku naik tangga ke bilik. "Budak baru 6 tahun pun dah pandai belajar jawab soalan spot je untuk exam.." detik hati aku kagum dan lucu.

Sunday, May 11, 2008

Post Harmonic May Rockestra

Aku turut serta jual baju semasa Harmonic May Rockestra. Ini semua atas jasa baik teman dari Our Happiness. Aku dapat lihat dunia yang buat aku gembira. Dunia remaja yang dipenuh i dengan t-shirts dan duit. Aku senyum, aku gembira.

Event seterusnya, ABM Goes On Tour 2008 di MCPA Grand Hall, Jalan Maharajalela pada 17th May 2008. Jumpa kamu semua di sana!

Friday, May 9, 2008

Hidup Adalah Perjuangan! #5

Habis waktu bekerja pada jam 5.00 PM, aku teruskan usaha murni untuk menyiapkan begitu banyak weekly report yang tertangguh. I'm not a nerd, ok?! I just need to do and finish up this bloody damn weekly report so that I can obtain a good grade at the end of my internship. Tapi...Baru mula menaip, aku sudah bosan.

Dongak kepala, aku cari mangsa untuk berbual. Petang ini, sebelum balik aku perlu berbual mengenai kehidupan. Radar bits and pieces of LIFE aku aktif mencari mangsa. BEEEEEP! Radar berbunyi kuat. Aku toleh, aku senyum. Aku sudah jumpa mangsa berbual untuk aku belajar mengenai manusia dan kehidupan.

Sesi perbualan bermula sekitar jam 5.30 PM. Kami berbual mesra. Aku mendengar kisah hidup dia.I guess I'm a good listener to everyone especially for those with fragile heart. Dari satu cerita ke satu cerita. Aku dengar dengan teliti dan khusyuk. Aku cernakan segala yang aku dengar dan simpan ke dalam medulla oblongata aku.

Aku kagum dengan cerita kehidupan yang aku dengar. Sambil bercerita, air mata dia bertakung di mata. Aku lihat dia sedih, aku pula yang sebak. Aku tidak pernah menyangka ada juga manusia yang melalui hidup yang begitu susah seperti cerita dia yang baru aku dengar. Aku kagum bagaimana dia mampu melalui semuanya. Jika aku jadi dia, belum tentu aku mampu jadi setabah dia untuk melalui semuanya.

Aku mahu berkongsi dengan kamu semua, tetapi cerita yang aku dengar terlalu peribadi untuk dikongsi bersama kamu semua. Cukuplah sekadar untuk kamu tahu yang kehidupan yang kamu lalui tidak seteruk yang kamu sangkakan berbanding dengan cerita dia. Aku harap dia akan teruskan kuat berusaha meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Terima kasih untuk cerita manusia dan kehidupan yang aku baru dengar. Kamu, aku dan semua yang lain mesti ingat, hidup ini adalah perjuangan!

Penulisan Jujur, Aku Harap Kamu Faham #1

Aku buka blog. Aku view semua comments yang diberi. Ada comment jujur dari Anonymous pada post khamis malam di laundry bar. Aku terima comment jujur kamu. Aku suka membaca comment jujur kamu. Kamu berani, aku suka cara kamu! Aku tidak kata aku betul, aku tidak kata kamu salah. Aku harap kamu akan terus membaca dan memberi comment kerana aku suka belajar mengenai manusia dan kehidupan. Disebabkan kamu, aku rasa aku perlu mula berkongsi idea, pandangan, kritikan, komen mengenai manusia dan kehidupan. Oleh itu, kamu dan juga mereka yang lain boleh menghantar e-mail ke ameirulazraie@yahoo.com untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman tentang manusia dan kehidupan. Aku sediakan juga my mailbox pada page utama blog ini. See, I'm concern about you, manusia dan kehidupan?! Aku gembira untuk menerima sebarang idea, pandangan, kritikan, komen daripada kamu dan juga mereka yang lain.

Janji, kamu tidak hantar e-mail SPAM!

Jam Biologikal Aku Rosak #3

Bangun pagi lihat jam. Sudah jam 7.00 AM. Terkejut, aku sudah lambat! "Shit, for sure I'll be late again today!" aku sumpah seranah diri sendiri. Belek telefon bimbit, tiada unread messages, tiada missed calls. Kecewa, hampa, marah. Aku bangun, aku bersiap.

Terima kasih teman-teman buat aku tidur pada jam 4.30 AM.

Thursday, May 8, 2008

MCOBA Futsal 2008

Dear beloved brothers,

Please be informed that MCOBA Futsal will be held @ Sunway Sports Planet on Saturday, 31st May 2008.

For more info, please contact Bro. Zaneq, Bro. Leman and Bro. Ajim.

You might want to go to Brotherhood Lasts Forever official website for latest update.

Brotherhood Lasts Forever

Cheers!

Hidup Adalah Perjuangan! #4

Sampai KLCC, aku beli theStar newspaper. Aku berminat untuk mengetahui perkembangan lanjut Raja Petra, the editor of Malaysia Today. Aku baca. From theStar newspaper, it was reported that Malaysia Today editor Raja Petra bin Raja Kamaruddin remains adamant in his refusal to meet anyone.

Sampai office aku cari Safwan, aku tunjuk berita tentang Raja Petra kepada Safwan. Kami berdiskusi, berkongsi pemikiran.

"Respect betul aku kat orang macam ni," kata Safwan penuh inspirasi.

"Kenapa pula?" soal aku ingin tahu lebih lanjut.

"Yelah, duit untuk bayar ikat jamin dah ada, tapi dia tetap dengan pendirian dia untuk stay dalam jail," jawab Safwan penuh semangat.

"Tu la pasal. Aku pun respect orang camni. Berani dengan apa yang dia diperjuangkan. Cekal dan tabah dalam perjuangan hidup dia. Kalau aku jadi dia pun belum tentu aku mampu buat apa yang dia buat sekarang ni," tambah aku lagi.

"Dah la tu cerita pasal Raja Petra ni. Pergi sambung kerja kau lagi baik la," kata Amar G kepada kami lagak seorang bos seperti Tuan HRM.

Aku pergi pantry tanpa hiraukan Amar G. Perut lapar. Bekal breakfast yang bibik siapkan sejak dari Subuh lagi perlu aku habiskan.

Aficionado Muram Pagi Hari

Bangun pagi aku tengok telefon bimbit. Muram, sedih; aku baca 4 unread messages yang dihantar masa aku tidur.Aku reply 3 message dari SC dan 1 message dari Lily. Habis reply message aku bangun, aku duduk menung. "Arrrgghhhhh!" aku jerit dalam hati.

Aku marah, tapi aku tak tahu aku marah pada siapa. Aku nak marah pada manusia aku fikir tak ada guna. Aku nak marah pada Tuhan, aku masih sedar siapa aku. "Patutkah aku marah diri sendiri?" tanya aku sendiri. "God, please help me. I just wanna be happy with the one I love. I don't ask you for more. Please God, please bring back the happiness into my life," aku mohon dalam hati.

Aku menung, aku khayal. Aku biarkan diri belayar dalam minda fantasi. Aku gemar dunia fantasi yang sentiasa buat aku gembira walaupun aku tahu semua ini dunia bohong ciptaan aku sendiri.

"Jae tak nak mandi ke? Dah pukul 6.34 AM ni," beritahu bibik yang dengki dengan dunia fantasi aku.

Wednesday, May 7, 2008

Hidup Adalah Perjuangan! #3

Sampai pejabat, aku cari Safwan. Mata merayap dari satu cubicle ke cubicle yang lain. Safwan tak kelihatan. Aku pelik. Aku pergi cubicle sendiri, aku letak beg. Amar G pun tak kelihatan. Lihat jam tangan, sudah 8.20 AM.

"Kau bukan ada Orientation Program ke pagi ni?" tanya Shahril bila lihat aku cari Safwan dan Amar G. "Safwan dengan Amar G. dah naik Level 68," jelas Shahril lagi tanpa perlu aku tanya.

Ambil paper NST, aku naik lif ke Level 68. Aku masuk Cakerawala Room, cari Safwan.

"Kau baca paper NST hari ini?" aku tanya Safwan. Aku tunjuk muka depan paper NST. Safwan sebagai blogger sejati, pasti tertarik dengan headline paper NST hari ini, blogger@jail. Isi kandungan utama; Raja Petra bin Raja Kamarudin was charged in the Sessions Court under Sedition Act 1948 with posting a seditious article on his website, Malaysia Today titled "Let's send the Altantuya murderers to hell." This is the fourth time Raja Petra, who further his studies at Malay College Kuala Kangsar has been investigated by the police under the Sedition Act 1948. The first was in March 2001, followed by November 2004 and July last year.

"Aku kagum dengan orang macam Raja Petra ni," kata Safwan kepada aku.

"Kenapa pula?" tanya aku, ingin tahu.

"Yelah, empat kali dia kena tangkap under Sedition Act 1948, tapi dia tetap yakin dan berani dengan apa yang dia perjuangkan. Inilah contoh blogger sejati!" terang Safwan kepada aku.

"Yeah,betul kata kau," jawab aku. Kata-kata Safwan buat aku fikir mengenai perjuangan hidup. Hidup yang kita lalui, takkan bermakna kalau kita hanya pilih untuk hidup sebagai manusia biasa tanpa ada cabaran, tanpa ada perjuangan dan tanpa ada keyakinan dengan apa yang diperjuangkan, fikir aku.

"Shall we start our program?" tanya Encik Zainal menghentikan fikiran aku yang sudah terbang jauh.

Tuesday, May 6, 2008

8 Not So Random Facts

After a famous and special request by Wani and Ruzzane, here are my 8 Not So Random Facts:

Fact One
I'm tired now. I'm just coming back from work @ KLCC. My sister makes me waiting for her for nearly 1 hour. Yea, I'm fucking tired right now!

Fact Two
I used to keep long hair. But, due to a sign of protest to SC, I cut my hair. Now, I'm botak!

Fact Three
As advice by Jannah, now, I'm reading Neil Gaiman's Neverwhere. But, I tell you guys, I'm not good with my English. So, I need to refer to dictionary a lot. I also read books written by John Gray like Men Are From Mars, Women Are From Venus and Mars & Venus In Love, and Perempuan Politikus Melayu and 1515 by Faisal Tehrani.

Fact Four
I love all Indonesian songs because their songs are so jiwang! I like Dewa the most! That's why Leman describe me as Irwansyah. I'm a lover not a fighter.

Fact Five
I'm a big fan of Manchester United. Glory, glory Manchester United!

Fact Six
I'm looking forward to become a serious blogger cum writer cum engineer cum lover. Oops, too many jobs in one time.

Fact Seven
I'm not good at starting a new relationship, but, once I get to know someone, I could be the best friend of anyone.

Fact Eight
I like the following items the most; boxer - Renoma, jeans & shorts - PDI, ROMP & GIORDANO, t-shirts - ART-SYNDROME T-SHIRTS & GIORDANO, perfume - AQVA BVLGARI. My birthday is on 21st March. So, girls out there, next year don't forget to give me nice birthday presents,OK?!

Sunday, May 4, 2008

A Sovereignty Journey to Kemaman #1

Kereta Toyota Prado dipandu laju oleh Lelaki Mancis. Aku, Zaneq & Lock rancak berbual. Leka, hanyut. Perbualan berhenti tiba-tiba.

"Sejak bila Plaza Yow Chuan ada kat Genting Sempah ni?" tanya Zaneq curiga melihat sekeliling.

"Hahaha..Kita nak pergi Kemaman la, bukannya pergi karaoke kat Plaza Yow Chuan," kata aku dan Lock sambil gelak kepada Zaneq.

Zaneq menung, renung masa depan.

Saturday, May 3, 2008

A Sovereignty Journey to Kemaman

Ambil Zaneq, Lelaki Mancis pandu kereta ke UIA untuk tukar kereta sebelum ke Kemaman. Katanya nak naik kereta kebal. "Ni sure kereta buruk. Tukar kereta sebab nak save minyak," fikir aku.

Sampai UIA, Lelaki Mancis parking kereta di hostel. Dalam kereta Lock bersuara, "Nate mane yang kayo sangat bawa Toyota Prado datang UIA ni. Student punya ke?" aju soalan pada Lelaki Mancis. "Ntah la, aku pun taktau," jawab Lelaki Mancis.

Turun kereta, Lelaki Mancis tekan punat unlock pada kunci di tangannya. Kereta Toyota Prado yang kami lihat tadi berbunyi. Beep, beep.

Aku dan Lock pandang Lelaki Mancis, "Nate mu! Banyak la mu punya tak tahu," kata kami separa tegas.

Lelaki Mancis senyum sahaja.

Another Boring Saturday #3

Habis tonton filem Iron Man, sambil berjalan ke parking lot kami berbual.

Lock & Mel: "Kita nak jumpa Zaneq kat mane?"

Aku: "Dia kata dia dah tunggu kat bus stop."

Lock & Mel: "Ouh..Okay."

Aku: "Kita nak ajak Zaneq pergi Kemaman sekali? Dia ada exam lagi, tapi aku tak sure bila next paper dia."

Lelaki Mancis: "Alaa..Satu malam je pun. Kita cakap je kat dia kita nak pergi karaoke kat Plaza Yow Chuan."

Aku: "Hahaha. Great idea."

Another Boring Saturday #2

Balik Kota Damansara, ambil wallet. Perut lapar berbunyi minta diisi. Bersama Lelaki Mancis, Ena, Lock dan Mel cari kedai makan sekitar Seksyen 6, Kota Damansara. Jam 5.30 PM. Jumpa kedai makan, order makanan ikut nafsu. Kami lapar, perut perlu diisi! Sambil makan, kami berbual.

Lelaki Mancis: "Malam ni, kita nak buat apa lepas tengok Iron Man?"

Aku: "Ntah. Takde plan pun nak pegi mana-mana. Tengok bola je la kot. Mel?"

Mel: "Takde plan la. Mel ikut Lock je." (pandang boyfriend kacak dengan harapan hari Sabtu akan jadi lebih bermakna)

Lock: "Aku pun takde plan dohhh."

Ena: "Ena nak balik study."

"Aku dah agak, mesti bosan punya hari Sabtu ni. Another boring Saturday seperti biasa," bicara hati aku sendiri.

Aku: "Malam ni Zaneq tidur rumah aku kot. Takde orang. Semua pergi PD."

Lelaki Mancis: "Hurm..Bosan gak. Cane ni..?"

2 minutes of silence and stillness.

Lelaki Mancis: "Jom ikut aku balik Kemaman la malam ni. On the way, kita singgah la Teluk Cempedak ke Cherating. Ok?"

Crowd (kecuali Ena): Yeahhh, cun! Jomm!

Yeahhhhh, crazy people with crazy ideas. It makes me feel so alive, again!

Another Boring Saturday #1

Saturday. Boring.

Lepas mandi, aku bersiap. Pakai t-shirt dari Jakarta, boxer Renoma belang merah, short khakis PDI, stokin belang - merah, biru, kuning Soxworld, sembur AQVA BVLGARI pada tubuh, aku rasa aku segak bergaya. "Hehehe," gelak kecil lepas puji diri sendiri.

Aku pandu kereta laju.

Sampai 1 Utama, aku cari parking di Level 4. Capai wallet, nak keluarkan Touch 'n GO untuk bayar parking. "Shit, mana wallet aku ni? Mesti tertinggal kat rumah ni," sesi soal jawab diri sendiri, aku marah!

Segak bergaya tapi tiada wallet, aku pandu balik rumah semula.

Another Boring Saturday

Lihat jam sudah pukul 2.00 PM. "Sial, another boring Saturday," marah aku dalam hati. Dah 5 jam aku duduk depan pc tapi rencana hidup hari Sabtu masih kabur.

SC keluar berjalan-jalan bersama the twins.

ZL tak jadi keluar bersama, as usual, girlfriend always come first.

Aku buntu. Aku kabur. Aku bau something smelly.

"Eh, aku belum mandi lagi rupanya," kata aku sambil capai tuala.

Maksud Kata

Semasa menulis post di bawah, semasa menaip URL, aku terfikir yang dunia sekarang penuh dengan penggunaan kata singkatan. URL sendiri pun aku tak tahu abbreviation bagi apa.

Nowadays, Google is everything.

Pantas aku buka Mozilla Firefox, aku taip www.google.com.my lalu aku search mengenai URL.

Dari first link, the meaning of URL is Uniform Resource Locator a.k.a Universal Resource Locator.

P/S: Jika kamu tak tahu, a.k.a = also known as

Aku Buat Pelangi Menulis

Dari pagi aku buntu. Mahu keluar bersama teman-teman masih awal. Mahu breakfast bersama kekasih, aku tak punya kekasih. Tiada pilihan, aku duduk di depan pc untuk membunuh beberapa jam masa lapang ini sebelum minda kembali berfungsi normal untuk merencana hidup hari ini.

Buka Mozilla Firefox, aku type www.google.com.my di ruangan adress/url.

Aku dalam state of affairs yang mana aku obsess dengan diri sendiri, lalu aku pilih untuk search mengenai ameirul azraie.

Aku taip ameirul azraie pada ruangan search, aku klik butang Google Search.

Keluar result, aku browse link-link yang bersangkut-paut dengan aku.

Page 1, tiada apa yang menarik.

Page 2, juga tiada apa yang menarik.

Page 3, juga tiada apa yang menarik.

Page 4, tiada apa yang menarik...But, wait a sec dude. I've found something interesting.

Aku klik link ini, aku baca. Di akhir post, tertulis ucapan terima kasih buat aku kerna jadi sumber inspirasi untuk dia lebih bersemangat menulis apa yang bermain di mindanya.

Aku buat pelangi hitam putih menulis.

Jam Biologikal Aku Rosak #2

Terjaga dari tidur, aku cari phone sebab teringat yang aku ada janji untuk berjumpa dengan teman jam 1.00 AM.

Tengok phone Nokia 5300 XpressMusic, ada 1 missed call dari +60136075303.

Tengok phone Nokia 6600, ada 1 message, 1 missed call dari +60136075303.

Pergi depan pc, aku lihat ada 4 orang mencari aku, salah seorangnya teman yang aku janji nak berjumpa.

zAneQ: jae
zAneQ: ko dera ak ek!!!!!

Lihat waktu di telefon bimbit sudah 9.20 AM.

Maaf teman.

Friday, May 2, 2008

Jam Biologikal Aku Rosak #1

Mata berair, aku menguap luas. Lihat jam, baru 10.38 AM.

Kerja yang diberi oleh KS tak berusik lagi.

Otak tepu. Minda lesu. Badan letih.

"Padan muka aku, sapa suruh keluar sampai lewat pagi!" seranah aku dalam hati.

"Now, I need more than just a cup of coffee," keluh aku.

Jam Biologikal Aku Rosak

Duduk depan pc, aku gosok mata. Aku lihat jam 4.47 AM.

Kali kedua, aku gosok mata lebih lama lagi, aku harap 12.48 AM yang aku lihat. Buka mata, aku kecewa. Jam 4.48 AM.

Aku perlu tidur.

Tapi aku kena bangun awal. Lagi 2 jam aku kena bersiap pergi kerja. DAMN!

Aku bangun dari tempat duduk, cari coffee.

Secret Aficionado, Kerja Gila Pagi Hari

Minum bersama teman-teman, aku seronok. Tanpa sedar, lihat jam sudah pukul 3.40 pagi. "Ouh, shit..I'll be late for work tomorrow," marah diri sendiri dalam hati. Bayar makanan, hantar teman-teman pulang. Aku pandu kereta laju.

Teringat SC, aku lalu depan rumahnya. Berhentikan kereta, aku matikan enjin. Ambil resit tol, selongkar kereta cari pen. Jumpa sebatang pen, aku mula tulis.

SC,

I LOVE YOU

JAE
3.50 AM

Aku jadi Secret Aficionado, buat kerja gila pagi hari.

Kalau kamu tak selesa, aku mohon maaf.

Aku janji takkan berulang.

Thursday, May 1, 2008

Penulisan Jujur, Aku Harap Kamu Faham

Aku menulis dengan hati yang ikhlas dan jujur.

Aku hanya menyuarakan apa yang bermain di minda, merencanakan kehidupan yang selama ini tersekat dalam kotak minda.

Aku menulis dengan harapan kamu yang membaca dapat belajar sedikit sebanyak tentang kehidupan dari penulisan amatur ini.

Jika kamu berasa terluka, aku harap kamu tidak simpan dalam hati kerna tulisan ini hanya penulisan amatur yang jujur dan ikhlas.

Jikam kamu tidak suka, kamu boleh berhenti dari membaca penulisan amatur ini.

Aku harap kamu faham.

Susulan - Aku Anak Mama dan Ayah seperti Adik Juga

Mama dan ayah datang. Mama masak favourite aku untuk breakfast, nasi lemak lauk ayam masak sambal. Aku gembira aku duduk sebelah mama, tapi lidah kelu. Suasana sepi, aku cuba berbual dengan mama. Sambil itu, aku makan seperti sudah sebulan tidak jumpa makanan. Aku kenyang, aku gembira. Aku ucap terima kasih kepada mama untuk breakfast yang sedap dan lazat.

Tengahari mama pulang, aku salam mama. Mama kucup pipi kanan dan pipi kiri. Mama kata dia sayang aku.

Mama pulang, aku buka genggaman tangan. "Eh, dapat RM200 la," kata hati gembira.