Wednesday, December 31, 2008

KOTAK OTAK lagi

If you are bored to death this weekend, you might want to go to this event...

KOTAK OTAK (lagi) is a newly devised performance piece.
A response to our cultural exchange program to the UK.
A mixture of medias, an accumulation of memories.

There will be a theatre devising workshops with a few games thrown in here & there for good measure.

Note: please leave brains & rationale at the door for this one.

FINDAR GALLERY, Annexe.

3rd January '09
11-4pm : workshop & games
8pm : performance

4th January '09
3pm : performance
4pm : mini Project OMG (open mic gig)

rm10 : performances
rm15 : workshop (*registration required)
FREE : mini open mic gig & art exhibition

*register via email at nowhitespace@gmail.com

Tuesday, December 30, 2008

Art Syndrome @ FREE gig in Dewan Kolej Ke-12, Universiti Malaya.

There will be a FREE gig coming up on New Year's eve in Universiti Malaya. The details are below:

Wednesday, 31st December 2008
Venue: Dewan Kolej Ke-12, Universiti Malaya
Time: 8pm till midnight
Admission: FREE!!
Bands: Couple, Julie Goes Overseas, Gray, Sitadewi, Sharpshooter, Static Emily

Join us, Art Syndrome at the event and appreciate if you could spread the words around and tell all your friends about it.


Art Syndrome will also be there selling all their brand new t-shirts such as Aku Cinta Muzik, Oldtimer Musicians etc.

See you guys there!

Album: Teenage Gig Fantastic.

Ameirul Azraie

Ameirul Azraie & Myra Azwinna


T-shirts above: Save The Earth. It's The Only Planet That Has Me, Single Is Simple Double Is Trouble, WTF?!, Nerd Goes To Class, Genius Goes To Club
T-shirts below: Oldtimer Musicians, Aku Cinta Muzik, Love Generously Study Smartly Play Hardly Live Happily

Ameirul Azraie, Myra Azwinna & Mohd Aizat

Sunday, December 28, 2008

Art Syndrome @ Teenage Gig Fantastic.

Come along to the release party of Couple's 2nd studio album - Teenage Disc Fantastic @ MCPA Hall (next to Maharajalela Monorel station), Kuala Lumpur on Sunday, 28 Dec 2008!

Bands that are performing: Couple, Bunkface, The Dearly Missed, Yuna, The Hollows and many more.

First 500 to get in will get Couple's new CD Teenage Disc Fantastic for FREE!

Whereas, the next 500 will get to buy the CD for only RM10 each (normal price is RM15).

Art Syndrome will also be there selling all their brand new t-shirts such Aku Cinta Muzik, Oldtimer Musicians etc.

See you guys there!

Susulan: Art Syndrome @ M.I.A - The Red Bungalow (Behind Pelita KLCC).

Seperti yang aku kata, budak-budak baru habis sekolah memang banyak duit dan kaya-raya.

Berkeping-keping nota RM50 dalam dompet masing-masing.

Anyway, thank you guys for buying the t-shirts from Art Syndrome!

Saturday, December 27, 2008

Tips untuk buat semua perempuan cair dengan kau.

Sekali lagi, untuk lelaki kalau kau ada Facebook, mari pelajari ayat-ayat ini.

Semoga berjaya kepada kamu dan juga aku dalam mempraktiskan ayat-ayat tersebut.

Ini memang layak masuk majalah In Trend.

Kalau kau ada Facebook, jangan segan silu untuk baca karya ini.

"They call it PMS because mad cow disease was already taken."

Aku baca, aku senyum, aku angguk tanda setuju.

Art Syndrome @ M.I.A - The Red Bungalow (Behind Pelita KLCC).



Sila datang bawa duit banyak-banyak.

Walaupun tengah kegawatan ekonomi, parents kamu masih boleh hulur sekeping nota RM50 buat belanja hujung minggu.

Anything, call me at +60129313180.

Jumpa esok.

Rimas.

Bila aku kena bebel sepanjang hari sebab tak kemas bilik yang bersepah dengan kakak yang tengah moody.

Perempuan memang suka membebel agaknya bila moody.

Confused.

Friday, December 26, 2008

Maharaja gila kuasa.

Bos outstation dari 28 Dec 2008 sampai 2 Jan 2009.

Bestnya rasa, boleh masuk kerja sesuka hati.

Benci.

Bila kau kena buli sebab kau miskin, kau bodoh, kau baik dan orang lain tak tahu nak hargai kau.

To people like this, I just say, "Go away and fuck off!"

Thursday, December 25, 2008

Kata-kata orang mabuk di malam Natal.

Rama sibuk bercerita tentang kenangan masa silam semasa belajar di Universiti Malaya.

Bercerita tentang seorang perempuan diberi handkerchief olehnya untuk membalut luka di tangan.

Perempuan tersebut masih menyimpan handkerchief tersebut walaupun sudah berkahwin.

"You guys, young fella, don't rush into marriage. The longer you wait, a better woman will come to you," kata Rama sambil menunjukkan gambar isteri dan anak-anak perempuannya yang comel.

"Dah tu sepanjang aku single, aku nak buat apa. Takkan kau nak aku menjalang sana-sini. Nak gak aku ada anak-anak yang comel cam kau," kata aku kepada Rama dalam hati sambil meneguk air Coke gelas yang ketujuh.

Tuesday, December 16, 2008

Trip ke Indonesia, siri pertama.

Azmi: "Nampak selesa je tidur..?"

Aku: "Memang selesa. Puas gila tidur."

Azmi: "Mane tak selesanya, kita tidur atas awan kot.."

Aku: "Ha ha ha. Betul gak tu.."

*

Pramugari: "Pesawat akan mendarat di Adisumarmo International Airport dalam masa 30 minit lagi."

Sunday, December 14, 2008

Mimpi pagi Ahad.

Aku lihat jam tangan sudah jam 11.45 pagi.

Aku lihat sekeliling, orang ramai sudah mula gelisah menunggu bas yang tak kunjung tiba-tiba.

Aku nyalakan sebatang rokok Marlboro Light yang aku beli sebentar tadi.

Aku hisap dan aku hembus asap rokok itu bersama dengan masalah yang tertanam lama di dalam otak.

Aku hanya sehelai sepinggang tanpa membawa apa-apa barang.

Aku hanya memakai t-shirt lusuh bertulis wtf/!, seluar pendek warna coklat dan sepasang selipar jepun.

Seorang makcik pertengahan usia 40 datang ke arah aku, seperti mahu bertanyakan sesuatu.

Makcik: "Tumpang tanya, dah pukul brape ye?"

Aku: "11.50 pagi.."

Makcik: "Erm, makcik nak cakap sikit tapi jangan marah ye.."

Aku: "Takpe, cakap je.." (aku terasa pelik sekejap dengan makcik yang aku baru kenal ni)

Makcik: "Awak ni nampak tak terurus la makcik tengok. Cuba shave sikit jambang dengan misai tu.."

Aku terkejut ditegur dengan makcik yang baru aku kenal sebegitu rupa.

"Selekeh sangat ke aku hari ni?" detik aku dalam hati sambil pegang muka aku yang aku sedar sudah tidak dicukur buat beberapa lama.

Mata tiba-tiba terasa pedih, mungkin termasuk habuk.

Aku pejam mata sambil menggosok-gosok mata menghilangkan rasa pedih.

Buka mata balik, aku sudah berada di atas katil dengan memakai sehelai t-shirt dan boxer.

Matahari sedang memancar tepat ke arah muka.

Aku terus bangun, capai tuala dan shaver masuk ke tandas.

"Tunggu kau makcik, aku dah shave, dah handsome nanti jangan kau terpegun bila jumpa aku dalam mimpi lagi sekali," getus aku dalam hati.

Lompat-lompat keriangan!

U.O.X. Play @ BB Plaza Rooftop yang baru sahaja habis memang best.

Cuma kecewa sikit sebab Butterfingers nyanyi lagu album baru.

Aku tau nyanyi lagu Kembali je, itu pun satu rangkap 'Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas...'

By the way, thanks kepada semua yang membeli t-shirts Art Syndrome.

See you guys in the next event, maybe at Rock The World 8!

Saturday, December 13, 2008

Lompat-lompat gembira!

Aku dah ada Passport Malaysia.

Mari kita pergi melancong beramai-ramai!

Friday, December 12, 2008

Super Eccentric

Thursday, 11 December 2008

7.45 AM - Kota Damansara, Selangor

11.25 AM - Kemaman, Terengganu

10.35 PM - Kota Damansara, Selangor

Friday, 12 December 2008

1.30 AM - Jasin, Melaka

1.45 PM - Puduraya, KL

Penat teramat sangat. Kaki pun dah naik ketul-ketul. Bila boleh tidur puas-puas ni?

Sunday, December 7, 2008

Singapura jom?!

Kalau ada sesiapa yang berminat beritahu ye, boleh kita tengok Muallaf sama-sama.

Sabar tau Mama, tak lama lagi Mama boleh rehat puas-puas.

Sakit perut dari tengahari, tak tahu apa yang buat perut memberontak sebigini.

Tadi bila keluar tandas, Mama masuk ke dapur.

Muka Mama nampak penat, buat aku rasa kasihan dan simpati, lalu aku tanya.

Aku: "Kenapa Ma?"

Mama: "Ada anak perempuan dengan menantu perempuan pun tak datang jenguk, tolong Mama kat dapur. Penat dah Mama duduk kat dapur dari pagi tadi."

Bibik: "Sian Mama tu. Nanti nak cari pacar, cari yang bagus, yang pandai memasak. Boleh tolong Mama memasak kat dapur."

Aku: "Baik bik. Nanti saya kahwin 4 sekaligus, semua saya suruh masuk dapur, masak yang sedap-sedap. Mama boleh duduk rehat-rehat je."

"Ha ha ha," Bibik tergelak besar.

Aku senyum, jalan masuk bilik.

Kata hati.

Tiba-tiba rasa hopeless.

Apa yang tak kena?

Monday, December 1, 2008

Masa.

Tengok kalendar, 1 December 2008.

Lagi 30 hari sebelum Tahun Baru 2009.

Banyak impian, harapan dan cita-cita tak tercapai lagi ni.

Apa patut aku buat?

Komen.

Bijou Bazaar memang best dan tak mengecewakan.

Tak sabar nak tunggu next event by Bijou Bazaar!

Saturday, November 29, 2008

Aku suka kawan yang dah bekerja.

Restoran SS2 Murni.

Ahmoi: "Mau makan apa?"

Aku: "Saya nak Nasi Goreng Chicken Maryland dengan Air Tembikai Special."

Bob: "Sama dengan dia."

Izat: "Bagi Nasi Goreng Chicken Maryland dengan Air Laici."

Wan: "Murtabak Special dengan Air Carrot Special."

Af: "Erm..Makan bagi Chicken Chop Biasa dengan Air Honeydew Biasa."

Selesai makan.

Aku: "Tauke, mau kira.."

Tauke: "Kira sekali ke asing..?"

Aku: "Erm..." sambil mata pandang kawan yang dah bekerja.

Bob: "Kira sekali la tauke," sambil buka wallet yang tebal dengan duit RM50.

Aku: "Yeay, makan free!" kata aku dalam hati.

Wan: "Alhamdulillah."

P/S: Bob, nanti tiap-tiap minggu kita date kat Murni,ok? Ouh, jangan lupa bawa wallet tebal dengan duit RM50 sekali!

AmeirulStreet.com

Optima Radikal, the company where I'm working right now is looking for a Mechanical Engineer, preferably 6-12 months of experience in oil & gas industries. Fresh graduates can also be considered. If you guys are interested for this position, send your application to me at ameirularaie@gmail.com

Better hurry up because I will only be working till 16th of January 2009 before I continue back my study in my final semester. Happy weekend!

P/S: Jangan lupa datang ARTrage Lab at Soho KL by Bijou Bazaar!

Tuesday, November 25, 2008

ARTrage Lab @ Soho KL

Art Syndrome will be taking part in Bijou Bazaar's latest instalment: ARTrage Lab at Soho KL in conjunction with its Grand Launch.

Do come by for some Christmas shopping as there will be lots of clothes & crafts up for sale.

Also, check out indie band performances lined up for this event.

Dates: 29 & 30 November 2008
Venue: North Atrium, 1st Floor, Soho KL, Solaris Mont Kiara, 2 Jalan Solaris, 50480 Kuala Lumpur
Operating Hours: 12.00pm - 9.00pm

Map to Soho KL @ Solaris Mont Kiara
For more info, please contact: Jae at +6012 931 3180 or +6019 212 4240

Engineer, am I?

Esh - Send everyone in Leo team an email to introduce Ameirul as our office Project Support Engineer.

Aku dah mula bekerja semalam, bukan sebagai pekerja tetap tapi lebih sebagai kerja masa cuti semester.

Tapi, posisi sebagai Project Support Engineer buat aku rasa teruja walaupun aku hanya akan bekerja untuk 7 minggu.

Nanti aku cerita lebih lanjut pasal kerja ni.

P/S: Siapa yang nak belanja lunch boleh datang ke Menara AA, Jalan Tun Razak.

Sunday, November 23, 2008

It's been awhile...

Speechless.

Monday, November 3, 2008

Lisa, siri pertama.

13 September 2009.

Aku berada di stesen bas Seri Iskandar. Sedang duduk menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur. Lihat jam tangan, sudah menunjukkan 11.00 pagi. Terik matahari sudah mula terasa lebih-lebih lagi bila tiada angin bertiup. Peluh di dahi mula meleleh perlahan ke bahagian pipi. Aku ambil tisu di dalam poket seluar yang aku beli semasa ke tandas tadi dan aku sapu seluruh muka untuk menghilangkan peluh yang meleleh.

Aku sedang duduk di salah sebuah bangku di stesen bas tersebut; di antara seorang perempuan Melayu yang aku rasa dalam lingkungan pertengahan 40-an dan seorang pelajar lelaki dari UTP berdasarkan t-shirt ConvoFair'o8 yang dipakai olehnya. Aku teguk air soya yang aku beli tadi untuk menghilangkan rasa kering di tekak. Bas yang sepatutnya sampai jam 10.30 pagi tadi tidak juga kelihatan.

Sedang aku menunggu bas dari Lumut yang akan mengambil penumpang untuk ke Kuala Lumpur, fikiran aku melayang memikirkan tentang mimpi sebelum aku terjaga Subuh tadi. Mimpi yang aku rasa seperti nyata. Dalam mimpi itu, aku sedang duduk di perhentian bas yang kelihatan sangat usang, menunggu bas untuk pergi ke Kuala Lumpur pada waktu malam dalam keadaan hujan lebat yang tidak henti-henti mencurah. Tiada kereta ataupun manusia yang lalu-lalang.

Aku pandang sekeliling, mencari apa-apa petanda untuk dijadikan petunjuk di mana aku berada sekarang. Tapi aku kecewa. Keadaan sekeliling gelap-gelita. Lampu-lampu jalan juga tidak berfungsi. Hujan semakin lebat. Aku menggigil kesejukan memeluk tubuh yang hanya berbalutkan baju jenama GAP warna hitam lusuh yang aku beli di Singapura 5 tahun lepas. Puas aku berfikir bagaimana aku boleh berada di tempat yang aku sendiri pun tidak tahu di mana.

"Ponnn..Ponnn," tiba-tiba terdengar bunyi hon bas yang sangat kuat. Aku pandang sekeliling, makcik di sebelah sudah tiada dan budak lelaki dari UTP masih lena tidur dengan air liur yang meleleh keluar membasahi sekitar kawasan dagunya. Aku bangun dan menggeliat, lalu berjalan melangkah menaiki tangga bas Kesatuan yang berada di hadapan aku. Aku mencari-cari tempat duduk 13 B dan meletakkan beg galas yang aku bawa di tempat penyimpanan beg di atas kepala aku. Aku duduk bersandar sambil memejamkan mata...

Aku. Impian. Lisa. Mimpi.

Aku nak buat Eurotrip, Julai 2009.

Kena kumpul duit dari sekarang.

Tapi hari ini kena bayar duit rumah RM900.

Duit simpanan menyusut seperti apa yang berlaku kepada ekonomi dunia sekarang.

Tapi impian aku nak buat Eurotrip tahun depan.

Kena pastikan impian ini jadi kenyataan.

Aku nak cari Lisa yang aku mimpi setiap malam di Kota London.

Ramai kata aku pelik, gila, cacat; mahu cari Lisa yang muncul dalam mimpi aku setiap malam.

Ramai kata aku hanyut dalam fairy tale yang hanya wujud dalam buku cerita kanak-kanak.

Tapi aku malas mahu ambil peduli.

Yang aku tahu, 2009 aku akan berada di Kota London (bersama Lisa).

Lisa, buat masa sekarang, jangan lupa untuk singgah setiap malam dalam mimpi aku.

P/S: Lisa, kalau singgah dalam mimpi, jangan lupa pakai spaghetti-strapped tank top seperti selalu :)

Today is Monday.

Dah hari Isnin.

Weekend dah habis lagi.

Dah hari Isnin.

Study week dah start.

Dah hari Isnin.

Jasad di Kota Damansara.

Dah hari Isnin.

Rasa malas nak balik UTP.

Dah hari Isnin.

Aku benci Isnin sebab lambat lagi nak Jumaat.

Sunday, October 26, 2008

Ahad pagi di cybercafe Ipoh.

Internet kat UTP slow yang tak terkata.

Bila dapat duduk kat cybercafe dengan internet yang laju ni, rasa cam taknak balik UTP je.

Monitor 19" dengan sofa yang empuk buat aku rasa nak tidur je kat sini.

He he he..

P/S: I'm officially hating UTP so much (because of the fucking slow internet)!

Saturday, October 25, 2008

Cupcakes D'Muffins.

I just add another link list of online shopping on the right side of my blog.

The link will go directly to Cupcakes D'Muffins.

The cupcakes are really good and affordable.

Get it for your lurve.. :)

So, what you are waiting for?

P/S: Thanks Kak Diba untuk cupcakes free yang sedap :)

Sayang (duit) kamu semua.

Art Syndrome berjaya menjual 48 helai t-shirts di UTP sempena Art Fest 2008 pada 13 - 15 October yang lalu.

Terima kasih kepada semua yang membeli!

He he he

Tuesday, October 14, 2008

Hibernasi.

Internet connection kat UTP menjadi semakin gila.

Gila lambat, dial-up lagi laju.

Jadi, hingga jumpa lagi (bila internet connection dah okay).

Saturday, October 11, 2008

Shopping Eid ul-Fitr.

Art Syndrome akan berada di Bijou Bazaar sempena Bijou Raya Sakan Open House dari 11 hingga 12 October 2008 ini @ The Podium, Menara Hap Seng.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi wakil Art Syndrome di Bijou Bazaar:

Mil - +60129777176

Mari bergoyang bersama cikgu-cikgu muda jelita.

Art Syndrome akan berada di di UPSI, Tanjung Malim sempena Minggu Sanggar Kayangan : Daerah Nafas pada 11-12 October 2008 ini.

Mari datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana dan bergoyang bersama cikgu-cikgu muda jelita sambil berhibur dengan band-band seperti:

Stonebay
Brainhead
Bintang Batu
Sundae
Couple
Fourty Winks
Bunkface
Sound of Acoustic
Funky Doryz
Matematik
Round Robin

Dapatkan juga t-shirts Art Syndrome di booth yang akan dibuka sempena event ini. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi wakil Art Syndrome di UPSI:

Anith - +60193115308 / +60125348553
Wdq - +60135585753

Monday, October 6, 2008

Kepuasan.

Bila dapat memandu kereta Kancil 850cc selaju 150 km/j sepanjang Lebuhraya MRR2 dari Ampang ke Kota Damansara dalam masa 18 minit!

Saturday, October 4, 2008

Promosi: Story About Lisa.

It's a story about a cute girl with braces and beautiful blue eyes named Lisa.

It's a great story written by Hariry Ariffin which took me only an hour to finish reading the story from part 1 until part 17.

And, I'm so excited, waiting for the next part to be released.

Give yourself a try and I'm sure you'll like the story!

Dia masih kenal erti masjid. God bless you.

Malam yang makin sunyi, makin sepi. Aku duduk di depan komputer membiarkan diri hanyut dalam dunia blogsphere. Membaca hasil karya manusia yang tidak tahu menikmati erti raya sebaliknya sibuk mengemaskini blog masing-masing setiap hari tanpa erti jemu. Good for you and good for me. At least, I have something to read.

Sedang aku khusyuk membaca kisah cinta dia, aku disapa oleh Oneet di Yahoo! Messenger. Dia bercerita tentang suasana raya di perantauan yang seperti sial kerana dia perlu menjawab dua test pada hari pertama Syawal. Aku hanya mampu tergelak dan (berpura-pura) memberi kata semangat sambil aku selitkan betapa seronoknya suasana raya di Malaysia yang happening dan juga betapa nikmatnya makanan seperti ketupat, lemang dan rendang yang aku sumbat secara konsisten ke dalam perut dari hari raya pertama sehingga kini.

Perbualan kami berakhir dengan mesej-mesej pendek di bawah:

Oneet: "Ok, aku nak solat Jumaat ni. Nak pergi masjid awal baca al-Quran."

Aku: "Eh, solat lagi kau rupanya. Kenal lagi erti masjid, alhamdulillah."

Oneet: "Sial, cam haram je cakap aku camtu."

Aku: "Jangan sesat pula nak pergi masjid. Bawa map siap-siap. Kalau tak ada map, guna Google map! Ha ha ha."

Oneet: "Oi. Selamba je cakap aku macam tu. Aku warak la. Tapi susah nak buat kawan kat sini. Kalau jumpa je mesti ajak pergi mabuk. Selamat iman aku tak selemah iman kau."

Aku: "Ha ha ha. Agak-agak la. Aku kalau pergi sana, sure jadi imam besar."

Oneet: "Ha ha ha. Aku tau. Imam besar kat church, bagus sangat la tu."

Aku: "Ha ha ha. Sial."

Oneet: "Ok. Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Bawa la bertaubat."

Aku: "Ok. Kau pun. Jangan lupa kirim salam kat Jesus Christ."

Oneet: "Cibai!"

Aku: "Ha ha ha. Okay, cukup la. Selamat hari raya. Maaf zahir batin."

Thursday, October 2, 2008

Mimpi.

Tidur pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari dia. Itu adalah saat yang bahagia dan menggembirakan sebab sudah 2-3 hari aku tidak berbual dengan dia memandangkan jadual waktu belajarnya yang padat dan perbezaan waktu 8 jam antara Malaysia dan UK.

Tamat panggilan telefon kami berbalas mesej dengan aku masih lagi berbaring di atas katil, di dalam bilik aku yang gelap seperti di dalam gua walaupun waktu sudah menunjukkan jam 10.27 pagi.

*

Aku sedang berjalan melalui lorong-lorong kecil di pekan Kuala Kangsar bersama Ajan, Azmi, Butet, Zaneq, Kaly dan Hippo. Arah tujuan kami adalah ke kedai snooker untuk melepaskan tekanan disebabkan oleh peperiksaan SPM yang menjelang tiba. Bersama rakan-rakan, itu adalalah saat yang menggembirakan sebab segala tekanan yang dihadapi terungkai dengan gelak tawa untuk lawak-lawak bodoh yang keluar dari mulut masing-masing sepanjang perjalanan menuju ke kedai snooker.

Sampai di hadapan bangunan yang menempatkan kedai snooker di bahagian atasnya dan kedai perabot di bahagian bawahnya kami tidak terus naik ke atas. Kami duduk di hadapan kedai perabot dan sambung bergelak ketawa seperti orang gila. Sedang kami bergelak ketawa, Zaneq mengambil batu yang agak besar dan mengacah untuk baling ke arah Ajan. Entah bagaimana, batu itu terlepas dari tangan Zaneq dan Ajan yang sedang duduk bersandarkan pada pintu kaca kedai perabot mengelak pantas menyelamatkan diri dari terkena batu itu.

"Krakkkkkkk," bunyi pintu kaca kedai perabot retak dan seterusnya pecah. Kami terkejut, tergamam. Buntu, tidak tahu hendak buat apa. Apek kedai perabot yang terkejut datang melihat dan mengarahkan pekerja-pekerjanya menahan kami bertujuh sebelum dengan drastiknya menelefon pihak polis tanpa kami dapat berkata apa-apa.

5 minit kemudian pihak polis datang dan tanpa banyak soal menggari dan membawa kami bertujuh ke balai polis. Aku yang masih terkejut masih tidak boleh menerima yang tindakan bodoh Zaneq telah membuatkan kami bertujuh dibawa ke balai polis untuk soal siasat. "Matilah kita kena belasah dengan Sahak (warden koleq yang samseng) nanti," kata aku kepada yang lain.

Perasaan bimbang tentang apa yang bakal berlaku selepas ini mememenuhi setiap ruang minda.

Jantung berdegup semakin pantas seperti hendak meletup.

Badan semakin panas, baju basah lencun dengan peluh.

Terasa pening, penglihatan jadi makin kabur.

Tiba-tiba semuanya jadi gelap-gelita.

Gelap. Kosong. Hampa.

*

Aku lihat telefon bimbit, waktu menunjukkan 11.57 pagi dan aku masih lagi berbaring di atas katil, di dalam bilik aku yang gelap seperti di dalam gua.

"Shit, selamat mimpi je," kata aku sambil bangun dari katil.

Wednesday, October 1, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah.

Kami sekeluarga mencatatkan sejarah untuk Syawal, 1429 Hijrah apabila memulakan kunjungan ke kampung sebelah pihak mama dan kampung sebelah pihak ayah pada jam 10.30 pagi yang tamat 2 jam 15 minit kemudian, pada jam 12.45 tengahari.

Syawal semakin hilang seri dan maknanya.

Hurm..

Album: Syawal, 1429 Hijrah.

Ameirul Azraie


My brother, Ameirul Anwar with his wife, Syafinaz and their baby, Ameirul Aiman


Standing from left: Muhammad Yusuf Safwan, Muhammad Kamal, Ameirul Azraie
Sitting from left: Ameirul Aiman, Ameirul Anwar, Mustadza, Noorfah, Syafinaz


My sister, Mia Ameira and her family are missing from the picture because they are celebrating Hari Raya Eid ul-Fitr, 1429 Hijrah at Cheneh, Terengganu.

1 Syawal, 1429 Hijrah.

Balik dari solat sunat hari raya.

Abang: "Mama awak tak nak ikut pergi raya tahun ni."

Aku: "Eh, nape plak? Raya setahun sekali je pun."

Ayah: "Mama awak dalam state of self-isolation."

Aku & Abang: "Ha ha ha."

*

Di depan pintu bilik air.

Aku: "Mama, Jae dapat laporan yang mama tak nak ikut pergi raya jap lagi. Nape?"

Mama: "Mama cam malas. Awak pergi la ramai-ramai."

Aku: "Eh, ada pula camtu. Raya setahun sekali je pun. Dah, mama pergi mandi, ok?"

Abang: "Ha ah, mama pergi mandi, biar orang tolong iron baju."

Mama melangkah masuk ke dalam bilik air dengan muka yang pasrah.

Eid Mubarak.

Selamat Hari Raya Eid ul-Fitr.

Maaf Zahir dan Batin.

Happy First Anniversary.

Yeah, October is the time for Bits and Pieces of Life to celebrate its 1st Anniversary in this blogsphere.

As the author of this blog, I would like to thank all of the readers for their continuous support which had ensure the existence of Bits and Pieces of Life until now.

To reward the readers for their continuous support, I would like to give out four free t-shirts of my own label, Art Syndrome. This offer is open for all readers.

Just choose the t-shirts from the following link:

1. LOVE generously

2. single is simple

3. wtf?!

4. LOL

The reader can only choose one design t-shirt and if the t-shirt that you want have been chosen by other reader, please choose other design t-shirt that is still available.

Leave your comment here and please give your full name, address (Malaysia address), contact number, size (available: XS, S, M, and L) and color (available: black, white, blue, pink). The delivery is for free! What a great offer, huh?

This offer is based on first person that leave the comment here will get the t-shirts.

Again, thank you for your support!

Tuesday, September 30, 2008

Promosi: Buku Untuk Filem KAMI.

Lanjutan dari entri ini.

I already got the book, thanks to Amir Muhammad and Ahmad Kamal Abu Bakar.

The great news is Amir Muhammad is still doing the postal sales.

Just click on the following link and make your order now!

http://amirmu.blogspot.com/2008/09/postal-sales-will-continue.html

P/S: Amir Muhammad, nanti kalau banyak buku yang dapat jual, bagi la satu buku KAMI free, ok?

Puzzle.

I have surprise for you guys.

Just wait and see! :)

P/S: Don't forget to visit this blog (from now till end of October).

Promosi: Clothing and Stuffy.

If you guys notice, I just add another link list of online shopping on the right side of my blog.

First is clothing (e.g. t-shirts) by our happiness.

Second is stuffy (e.g. keychains) by myra.

Just click on the particular link to see more of what they can offer you.

I'll keep this list updated once in a while.

Happy online shopping!

P/S: Our Happiness & Myra, sebagai komisyen untuk promosi jangan lupa hantar duit raya (warna ungu sahaja yang diterima) ke alamat di bawah:

5171, Jalan Anggerik, Taman Maju, 77000 Jasin, Melaka.

Thanks! :)

Monday, September 29, 2008

Analogi.

Semalam jam 10.30 malam, aku buka muka surat pertama buku ini untuk mula membaca dan kemudian membuat report untuk assignment Malaysian Studies yang perlu dihantar selepas cuti.

Perkara yang aku sedar berlaku seterusnya adalah aku bangun jam 2.30 pagi dengan buku yang aku mahu baca tadi telah berada di atas lantai berdekatan dengan katil.

Aku ambil buku itu, aku mengeluh panjang.

"Shit, I'm not sure whether I'm gonna finish reading this politics book," kata aku dalam hati.

"I hate everything that is related to politics because politics is crap, ugly and dirty," marah aku dalam hati.

Politics is like a wet pussy. It is smelly and dirty, but yet, you still want to lick it because at the end you know that you'll be rewarded based on how good you are at licking the wet pussy.

"Fuck politics, fuck wet pussy!" jerit aku dalam hati sebelum sambung tidur.

Sunday, September 28, 2008

Analogi.

Nombor telefon yang aku dail berulang kali malam tadi telah menghubungi aku balik kira-kira jam 11.00 pagi (waktu Malaysia).

Perbualan yang berlangsung selama lebih kurang 5 minit aku akhiri dengan "Ok. Take care. Enjoy your food, happy sahur."

*

Terjaga balik, jam 2.00 petang (waktu Malaysia). Aku hantar mesej tanya tentang situasi sekarang, tentang kenapa tiba-tiba berubah jadi dingin.

I'm curious. Every man at my position will also be curious (unless he doesn't care) about this sudden change.

Dia balas dengan kata yang dia okay tapi sibuk dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan.

*

Selepas perbualan berakhir, aku befikir tentang aku, tentang dia, tentang kami, tentang apa yang sedang aku, dia, kami lalui.

For me, this feeling of love come on a way that is too strong, like vindaloo curry (spicy and classic hot curry). When you're crazy about it, that's fine. Everything is fine no matter what happen. But, still, no matter how much you love it, when you have too much of it, it takes the roof of your mouth off. And then you never want to see it for a really, really long time. But you wake up one day, and you think..God, I really miss it.

Why it is so wonderful to be at my home?

Hari Sabtu. Sampai di rumah lebih kurang jam 5.00 petang, aku salam mama dan ayah sebelum menuju ke bilik dengan 2 beg yang aku sandang.

Aku masuk ke dalam bilik, lihat komik-komik (Budak Getah, Pakar Judo, Rave, Conan etc) yang begitu banyak menunggu giliran untuk dibaca oleh aku.

*

Malam tadi, nombor telefon yang sama aku dail, berulang kali.

Apa yang aku dapat dengar hanyalah suara satu nada yang berkata, "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi."

Aku nak je mencarut kepada suara satu nada itu untuk cakap yang aku dah cuba berulang kali, tapi nanti aku nampak seperti orang bodoh pula.

Jadi, aku pasrah. Hati tak keruan, kecewa. Ambil keputusan masuk ke bilik untuk tidur ditemani komik-komik yang banyak.

Tengah berbaring, mama ketuk tingkap bilik aku yang bersebelahan dengan dapur. "Tak nak makan bubur kacang dulu sebelum tidur?" tanya mama.

"Takpe la ma, Jae nak tidur la," jawab aku. "Lagipun tengah tak keruan ni," sambung aku dalam hati.

Tengah berbaring, mama masuk ke dalam bilik. "Nah, guna selimut biru koleq ni," kata mama sambil selimutkan aku.

Tak lama kemudian, ayah pula masuk. "Awal tidur malam ni?" tanya ayah. Aku hanya angguk, malas mahu menjawab.

Ayah pasangkan lampu tidur dan penghawa dingin. Sebelum keluar dari bilik, ayah tutup lampu bilik sambil cakap, "Good nite, assalamualaikum."

Tuesday, September 23, 2008

Insomnia.

Dari jam 12.14 pagi hingga jam 3.14 pagi aku baring di katil tapi masih tak dapat tidur.

Cuba lelapkan mata.

Kira kambing biri-biri masuk dalam kandang, berimaginasi jumpa Puteri Gunung Ledang sedang berbogel nampak payudara bulat yang indah.

Tapi masih tak boleh tidur.

Berimaginasi Puteri Gunung Ledang sedang berbogel nampak payudara bulat yang indah pun tak mampu mengajak aku masuk ke dalam alam mimpi yang indah.

"Kenapa susah sangat nak tidur malam ni?" aku soal sendiri dalam hati.

"Taktau la nape susah sangat nak tidur, tapi ok gak. Ada alasan ni untuk lambat kelas PCS jam 10.00 pagi nanti," aku jawab sendiri dalam hati.

Sambil senyum lebar.

Monday, September 22, 2008

Differential diagnosis.

Dalam playlist Winamp hanya ada 3 lagu.

1. Dewa - Dua Sejoli
2. Samsons - Dengan Nafasmu
3. Dewan 19 - Larut

Dimainkan berulang-ulang kali dari pagi hingga ke petang, bawa hingga ke malam.

Lirik-lirik tertentu sahaja yang dinyanyikan daripada 3 lagu dalam playlist.

1. Hawa tercipta di dunia
Untuk menemani sang Adam
Begitu juga dirimu
Tercipta tuk temani aku

2. Dan biarkan aku mencintaimu
Karena dirimu yang berarti
Dan izinkan aku menyayangimu
Hanyalah dirimu yang berharga

3. Mungkin aku pernah juga
Merasakan cinta
Tapi tak pernah
Seindah ini
Mungkin aku juga pernah
Merasakan rindu
Tapi tak pernah
Sedalam ini

Dinyanyikan berulang-ulang kali dari pagi hingga ke petang, bawa hingga ke malam (boleh pekak telinga kata teman sebilik).

Apakah penyakit yang boleh dikaitkan dengan simptom-simptom yang dinyatakan?

Kenapa ada entri panjang, ada entri pendek?

Macam mane nak tahu aku ada kat KL ataupun aku ada kat UTP?

Bila entri aku panjang maksudnya aku ada kat KL. Alasan? Sebab internet connection laju buat aku jadi ada mood nak menulis.

Bila entri aku pendek (contohnya macam entri ni dan 2-3 entri di bawah) maksudnya aku ada kat UTP. Alasan? Sebab internet connection slow gila (aku punya dial up kat rumah tahun 1998 lagi laju) buat aku jadi tak ada mood nak menulis.

Sunday, September 21, 2008

Bila esok kena submit kerja yang bertimbun.

Aku suka dengar lagu every instance in time is a journey of hope yang dimainkan oleh deepset.

Buat aku rasa setiap detik, setiap saat yang diharungi adalah masa yang perlu diperjuangkan, masa yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya hari esok jadi bukan setakat harapan dan impian kosong tapi hari esok jadi hari yang mana harapan dan impian berjaya direalisasikan.

Moraliti: Jangan buat kerja last minute. Ha ha ha

Soalan cepu emas petang Ahad.

Untuk manusia yang memiliki payudara, apakah cara lamaran (sebagai seorang kekasih, tunang ataupun isteri) yang paling sweet yang kamu impikan?

Just wondering.

Differential diagnosis.

Tidur yang berlebihan pada hari Sabtu dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Makan nasi ayam (1/2 ayam untuk lebih tepat) pada waktu berbuka.

Makan 6 keping roti dan 6 batang sosej pada waktu malam.

Makan nasi putih, telur bungkus dan kailan ikan masin pada waktu sahur.

Tidur yang (kurang) berlebihan pada hari Ahad dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Apakah penyakit yang dialami oleh pesakit, yang boleh dikaitkan dengan fakta-fakta di atas?

Monday, September 15, 2008

Susulan - Eccentric lagi.

Monday, 15 September 2008.

9.13 AM - UTP.

*

I think I'm gonna make it. But, I'm fucking sleepy!

Eccentric lagi.

Sunday, 14 September 2008.

9.30 PM - KLIA, Sepang.

Monday, 15 September 2008.

1.45 AM - OldTown White Coffee, Ampang.

10.00 AM - PCS class, UTP.

*

Am i gonna make it? Hurm..

Sunday, September 14, 2008

Isabel, siri terakhir.

'Don't let go too soon, but don't hang on too long.' -Morrie Schwartz-

A full stop here.

Promosi: Buku Untuk Filem KAMI.

Guys, don't forget to grab the limited edition of Buku Untuk Filem KAMI.

Just 1,000 copies will be published.

And, every copy has its own unique number.

RM30 for each copy.

I guarantee you, it's worth it to own one of the copy!

Saturday, September 13, 2008

Isabel, siri terakhir.

'Don't let go too soon, but don't hang on too long.' -Morrie Schwartz-

Really, I don't want it to end just like that.

I hope, this time, it would be a different story, but then, I think I have been cursed so that I could not have a happy love story.

Really, with Isabel, I hope it would be a different story. A story with a happy ending.

Gosh. It is really sad. Deep inside my heart, I cry a lot, like hell.

Tentang Isabel.

Should I or should not I, write about: Isabel, siri terakhir?

Hurm...

Tentang aku.

Lihat ini. Ditulis pada 13 September 2008.

Accidentally. Coincidence.

I'm sort of having karma with number 13.

I just noticed it.

Memoir: Overfloor, Ramadhan 1424 Hijrah.

Overfloor adalah salah sebuah bangunan di MCKK, tempat aku duduk bermaharajalela selama setahun menikmati waktu keseronokan hidup zaman muda remaja.

Ramadhan 1424 Hijrah, November 2003 Masihi. Bulan Ramadhan terakhir aku berpuasa di bumi Kuala Kangsar.

*

Satu pagi, waktu Subuh, aku dan teman-teman sahur beramai-ramai. Selesai makan, kami berbual dan bergelak ketawa. Bila mata mengantuk, semua menuju ke katil masing-masing. Sebelum tidur salah seorang teman kata, "Dah kenyang ni, mesti boleh tahan sampai waktu berbuka nanti." Aku balas dengan anggukan sebab mata sudah mengantuk.

*

Aku bangun jam 9.00 pagi. Capai tuala dan alat mandi, aku berjalan menuju ke tandas. Tengah berjalan melalui dorm sebelah, aku terhidu bau kari. "Eh, apsal pagi-pagi dah ade bau kari ni?" soal aku dalam hati. Curiga. Aku mencari dari mana datangnya bau kari (yang enak untuk aku yang sedang berpuasa).

Mata aku terpandang salah seorang teman yang sahur bersama-sama waktu subuh tadi dengan tangan kanan memegang bekas yang berisi kuah kari dan tangan kiri memegang roti. Sambil tersenyum dia kata, "Aku gastrik kronik la bro, makan banyak Subuh tadi pun tak boleh nak tahan la." Dia sambung, "Nak join aku tak? Banyak ni," sambil tersengih dengan muka evil.

*

Ouh, lupa beritahu kamu semua. Aku pun ada gastrik yang kronik. Masa zaman sekolah dulu. Kini dah sembuh.

Tentang aku.

I like number 13. Yups, I really like number 13.

And, just a few days from now, I'll get this book with number 13 on it.

Yeah, I love it!

Wednesday, September 10, 2008

Eccentric.

Tuesday, 09 September 2008

12.00 PM - UTP, Perak

3.45 PM - KLCC, KL

7.15 PM - Planet Hollywood, KL

10.30 PM - Hentian Puduraya, KL

Wednesday, 10 September 2008

1.45 AM - UTP, Perak

*

I'm out of my mind. But, it was awesome. And now, I'm fucking tired!

By the way, I'm gonna miss you buddy! Don't forget to bring back pretty hot girl from Ireland in another 2 years time. I'll be waiting for you!

Tuesday, September 9, 2008

Fabulosity.

Please look for the update here.

Come and join the crowd.

Don't hesitate!

Tentang kehidupan.

Aku malas menulis.

Mahu baca fakta kehidupan?

Baca ini.

Sunday, September 7, 2008

Tentang kehidupan.

Aku suka baca ini. Kamu patut baca juga! :)

Untuk Isabel.

Isabel, I dedicate this to you. Thank you for the wonderful moment that I've been living these few days with you.

Saturday, September 6, 2008

Largesse.

Aku dan teman sebilik dalam perjalanan ke Ipoh. Jam sudah 6.50 petang tapi kami baru sahaja keluar dari tol Taiping. Telefon bimbit berbunyi. Teman yang sudah berada di Ipoh bertanya tentang tempat berbuka puasa. "Mana-mana pun boleh. Janji kenyang. Perut aku dah pedih ni," aku taip dan hantar pada teman di Ipoh. Beberapa saat kemudian, mesej baru diterima. "Ok. Kenny Rogers @ JJ jam 8.00 malam."

*

Di Kenny Rogers jam 8.15 malam, aku dan empat orang teman memilih untuk makan Half Meal Chicken setiap seorang. Makanan sampai dan kami makan sepuas-puasnya. Selesai makan, masing-masing mengeluarkan RM30 untuk makanan yang dimakan. Salah seorang teman pergi ke kaunter dan membuat bayaran. Kami keluar dan berjalan sambil aku melihat bil yang berjumlah RM123.05. Aku pelik. Lalu aku bertanya kepada yang lain, "Kenapa murah eh? Bukan patut lebih kurang RM150 ke? Ada diskaun Ramadhan ke?" Hening. Diam membisu. Tiada jawapan.

*

Dalam perjalanan balik ke UTP, dapat mesej dari teman yang ikut makan di Kenny Rogers tadi. "Ada cerita menarik. Balik cerita. Hahaha." Aku balas, "Ok. Aku menantikannya :)" Sampai di rumah, aku bertanya, "Apa yang cerita menariknya?" Dengan muka tersenyum dia ambil bil dan tunjuk kepada aku dekat-dekat. "Tengok, ni bil meja lain. Kita makan Half Meal Chicken bukan Quarter Meal Chicken. Ha ha ha," kata teman aku sambil gelak besar. Aku ambil dan aku lihat bil tersebut. "Ini namanya diskaun Ramadhan untuk orang yang berpuasa dengan ikhlas. Ha ha ha," aku jawab sambil tergelak besar dan masuk ke bilik.

Friday, September 5, 2008

Fabulosity.

Mari menjayakan dinner ini!

Bantuan kecemasan.

Dia memerlukan LCD monitor untuk dipinjam.

Jika ada, sila tinggalkan komen anda di sini.

Mari beramal di bulan Ramadhan ini. :)

Thursday, September 4, 2008

Ego.

Bangun pagi, jam menunjukkan 10.30 pagi. Kelas Reservoir Engineering sudah berlalu selama 30 minit. Aku dan teman sebilik teruskan berbaring dan pilih untuk datang kelas Reservoir Engineering kumpulan lain pada jam 1.00 petang.

*

Kelas Reservoir Engineering jam 1.00 petang.

Lecturer: "Sape dapat jawab soalan pasal net pay ni, saya bagi markah bonus."

Teman sebilik: "Jawapan dia 14 ft." (Nada yakin sebab soalan yang ditanya adalah soalan kelas semalam).

Lecturer: "Ok. Betul. ID kamu?"

Teman sebilik: "8533."

"Jae, dah dapat markah bonus ni. Lepas ni boleh la pergi jumpa dia cakap yang kita tertidur pagi tadi," kata teman sebilik dengan nada yakin. "Aku kenal sangat dia ni, takdenya dia nak hargai kejujuran kau tu," jawab aku selamba.

*

Selepas kelas berakhir.

Teman sebilik: "Erm..Erm..Saya sepatutnya kelas pagi tadi, tapi saya tak datang sebab tertidur. Boleh tak saya sign attendance saya kat kelas ni. Untuk hari ni je."

Lecturer: "Tertidur? Bagi la excuse yang bagus sikit selain dari tidur."

Teman sebilik: "Tapi saya cakap betul. Takkan la saya nak tipu pula dengan bagi excuse lain. At least saya cakap jujur."

Lecturer: "No. Awak tak datang pagi tadi saya kira kedatangan awak kosong. This is my way of doing things."

Teman sebilik keluar dari kelas dengan muka hampa.

"Ha ha ha. Aku dah kata, tak guna kau jujur," ketawa aku dengan cubaan teman sebilik yang tak berjaya.

Wednesday, September 3, 2008

Untuk Isabel.

Isabel, I dedicate this to you. Let her go in peace to see the Almighty. I'm always here for you. Just be strong, my dear.

Al-Fatihah.

Tentang kehidupan.

Aku suka baca ini.

Isabel, siri ketujuh (dan mungkin yang terakhir).

If you could operate my head and take out my brain, you should see how Isabel had become so important to me within this week.

If you could cut open my chest and take out my heart, you should see how I cry like hell inside myself with a hope that this is not the end of the story that have just started.

Really, I don't want it to end just like that.

I hope, this time, it would be a different story, but then, I think I have been cursed so that I could not have a happy love story.

Gosh. It is really sad. Deep inside my heart, I cry a lot, like hell. Literally.

I think back, again and again. Until I'm tired. I questioned myself. "Is it true that I'm a man who always miss the opportunity when it comes to a cute girl. Why I could not be there, with the girl that I like, at the right place and at the right time?"

Really, I don't want it to end just like that.

I remember, once, I told my friend. "I think, I have been cursed. All the cute girls that I knew before this surely already had boyfriend. And, even how good I treat them, they will only prefer to have me as their good friend not as their boyfriend." And I questioned my friend, "Why it must be that way? Why it could not be another way around? Am I not that good to be loved by a girl that I like?"

Gosh. It is really sad. Deep inside my heart, I cry a lot, like hell. Literally.

With Isabel, I hope it would be a different story. A story with a happy ending. I'm not sure why, but I like her very much. She has everything that I want from a girl.

But, like I told my friend: "A cute girl that I know surely already had a boyfriend. And, even how good I treat her, she will only prefer to have me as her good friend not as her boyfriend." It is the fact that I should learn to swallow, I guess.

Really, with Isabel, I hope it would be a different story. A story with a happy ending because I like her very much. She has everything that I want from a girl. Yeah, everything. No doubt.

Aku bangun pagi untuk sahur. Perkara pertama yang aku buat, capai telefon bimbit dengan harapan ada mesej daripada Isabel. Ada mesej daripada Isabel, aku buka dengan senyuman. Aku baca mesej yang diterima. "Jae, kita berbual cam biasa je, ok? Layan I cam kawan biasa. I rasa bersalah kat my boyfriend. I tak nak hilang dia. I hope you can understand and accept it." Aku balas, "Yeah, sure. Fully understood. You just think about yourself first, ok? I already get used to this kind of situation. And, it is as expected. So, sad that I couldn't have a good girl like you."

Really, with Isabel, I hope it would be a different story. A story with a happy ending.

Gosh. It is really sad. Deep inside my heart, I cry a lot, like hell. Now, it is for real!

Tuesday, September 2, 2008

Sumpahan.

Aku berjalan bersama teman sebilik menuju ke kelas. Dalam perjalanan, dari kejauhan, aku ternampak Izyan, perempuan comel yang aku kenal dari kelas Professional Communication Skills (PCS). Kami berjalan dalam arah bertentangan. Aku dan teman sebilik mahu ke pocket C dan Izyan barangkali mahu ke pocket D.

Bila Izyan lalu di hadapan kami, aku lemparkan senyuman tanda aku kenal dia. Teman sebilik pandang aku, muka pelik dan curiga. "Kau kenal ke perempuan comel tu?" tanya teman sebilik. "Yups, aku kenal dari kelas PCS. Apsal?" tanya aku balik. "Dia dah ada boyfriend ke?" tanya teman sebilik lagi. "Yups, dah ada boyfriend," aku jawab bersahaja.

"Ha ha ha," teman sebilik gelak. "Perempuan comel yang kau kenal mesti dah ada boyfriend kan? It's like a curse to you. Pity you my friend," kata teman sebilik aku dengan nada sinis.

"Ha ha ha," aku gelak. "Fuck it," aku kata dalam hati.

Amnesia.

Aku terjaga pagi untuk sahur, buka mata dengan harapan untuk makan sepinggan nasi. Ambil jam tangan, aku lihat sudah jam 5.25 pagi. Hampa. Kecewa. Perut menangis memikirkan dugaan dan halangan yang bakal ditempuhi untuk 13 jam seterusnya.

Aku capai kek coklat yang aku bawa dari KL malam tadi. Aku makan untuk isi perut yang sebenarnya mengidamkan sepinggan nasi. Hampa. Kecewa. Perut menangis memikirkan dugaan dan halangan yang bakal ditempuhi untuk 13 jam seterusnya.

Habis waktu sahur, aku baring, berbual bersama teman sebilik. Berbual mengenai teori yang aku utarakan sebelum ini. "I'm a man who always miss the opportunity. Surely, I will not be there, at the right place and at the right time."Teman sebilik ketawakan teori aku, atau lebih tepat ketawakan aku. Aku juga turut ketawakan diri sendiri.

Penat bergelak ketawa, aku bangun dari katil, capai botol air mineral di atas meja. Aku buka penutup botol dan aku teguk, yang kemudiannya diiringi dengan jeritan, "Hoi! Kau tak puasa ke?" oleh teman sebilik.

"Alamak! Short term memory loss sekejap," jawab aku sambil tersengih.

Merindui Isabel.

Yeah, I mean it. Seriously, I mean it!

Monday, September 1, 2008

Susulan - Amal jariah.

Okay. Actually, what I need from you guys is to inform me if there is any event that I could participate, so that I could sell my t-shirts.

Seriously, I'm not kidding about RM1103.87 for installment that I need to pay every month.

Therefore, please inform me about any event that I could participate around KL and Perak.

Hope to hear anything from you guys soon.

Amal jariah.

Dear readers,

By the end of this year, I would start paying RM1103.87 for the monthly installment of my apartment that I've bought in Kota Damansara.

It's a huge amount of money considering that I'm still a student, right?

Therefore, if you would like to do some 'amal jariah' in this Ramadhan, please don't hesitate to do so. Below is my account number and my details:

Maybank: 164388754916

CIMB: 04070023517528

Name: Ameirul Azraie bin Mustadza

By contributing some money to me, I guarantee that you can stay at my apartment if it happens you don't have anyplace to stay when you are in KL.

Good offer for you guys. Don't hesitate! :)

Memoir: Hari pertama Ramadhan, 1992.

Saat ini, 16 tahun yang lepas, aku sedang makan nasi lauk sambal ayam dengan gelojoh depan mama.

"Makan perlahan-lahan, nanti tercekik," kata mama sambil tersenyum lihat telatah aku.

Habis makan, mama akan kata, "Bagus la Jae dah pandai puasa setengah hari, ni mama kasi upah," sambil bagi sekeping duit syiling emas RM1. "Esok cuba puasa penuh pulak tau," kata mama lagi.

Aku senyum dan mengangguk kepala tanda setuju. "Puasa penuh sama dengan dua keping duit syiling emas RM1," kata aku dalam hati.

Memoir: Wondermilk Cafe, 29 August 2008.

Lihat ini, gambar yang ketiga dari atas.

Itu aku, duduk di antara M & M.

Isabel, jika kamu ada malam itu, pasti gambar ini akan jadi lebih bermakna.

Niat puasa.

"Semoga aku akan puasa penuh pada tahun ini tanpa makan dengan sengaja nasi goreng ayam yang dibungkus dalam beg plastik hitam yang dibeli oleh rakan-rakan secara drive-thru dari tingkap belakang restoran mamak 24 jam," niat aku dalam hati.

Selamat malam.

Selamat bersahur.

Selamat berpuasa!

Isabel, siri keenam.

Seperti yang dijanjikan aku jumpa Isabel. Lihat Isabel dari dekat, dia memang sangat comel. Aku jatuh hati, sekali lagi. Kami berbual mengenai masa silam dan dia beritahu aku sesuatu. "If you like a girl, just try your luck by telling her your feelings." Aku jawab, "Ha ha. I did it already, to you. But, unfortunately I failed." Isabel senyum. "At least you've tried. Good for you. But, we still do not know what will happen in the future, right?" soal Isabel.

Aku angguk tanda setuju (sambil doa dalam hati).

"God, could you please help me to erase the word, 'imaginary' from 'imaginary girlfriend'? Now!".

Selesai makan malam, kami berjalan dan berbual lagi. Aku sambung cerita mengenai perempuan-perempuan yang aku tak ada di sisi mereka pada masa dan tempat yang sesuai untuk aku buat jadi girlfriend. Aku juga dengar cerita Isabel mengenai lelaki-lelaki yang melukakan hati dia sebelum ini. Penat berjalan, kami duduk di kerusi berhampiran cinema dan sambung berbual. Berbual mengenai pelbagai perkara, hingga kepada satu pernyatan daripada Isabel yang buat aku tersenyum (dalam hati). "Honestly, I suka lelaki yang into music and ada band. Yang cam pandai main gitar," kata Isabel.

Aku kata (dalam hati). "Yeah, I'm into music, can't you see it? But, neither I have a band nor I know how to play guitar."

"God, can't you give me the skill on how to play guitar? Now!"

Parcener.

I need a cute little girl like Isabel for this.

Sunday, August 31, 2008

Isabel, siri kelima.

Jumaat pagi aku sampai rumah akak di Kota Damansara. Sebelum tidur, aku hantar mesej kepada Isabel. "Malam ni ada band called Deepset perform kat wondermilk cafe for the launching of their debut EP. Jom pergi tengok?"

Aku tidur. Bangun semula jam 9.50 pagi. Ada satu mesej. Daripada Isabel. "I would love to go tapi tak sure lagi. Kalau pergi, you nak I pergi macam mane?" Aku jawab, "I boleh jemput you, just give the direction to your house."

Seperti biasa, wanita bekerjaya memang susah mahu balas mesej. Aku sabar menunggu. Petang, dapat mesej daripada Isabel. "Dear, I cannot make it. So sorry. Petang ni pun tak sure balik bila." Seperti biasa, aku jawab "Ouh, it's ok for me. I understand it." Hampa tapi aku nafikan, aku sembunyikan.

Lepas Maghrib, aku bersiap. Sampai di wondermilk cafe, aku dapat mesej daripada Isabel. "You balik UTP bila? Kita jumpa Ahad malam, ok?" Habis baca mesej aku tersenyum. Aku balas. "Ok. My pleasure, dear." Terdetik untuk tanya sesuatu, aku hantar mesej lagi kepada Isabel. "You and your boyfriend dah berapa lama couple? I tak rasa lama sebab from my research, I rasa you baru je couple." Selang beberapa saat, Isabel balas mesej. "Yups, baru a few months. You terlambat sikit je."

Aku mengeluh. Teori berjaya dibuktikan. "I'm a man who always miss the opportunity when it comes to a cute girl." Tapi kali ini fikiran positif kata, "Just go on with the flow and just be good to her. If she likes you, definitely she will come to you." Aku angguk. Akur dengan fikiran positif.

Again, God, "Could you please help me to erase the word, 'imaginary' from 'imaginary girlfriend'? This time try to erase it abit faster."

Dan sambungan seterusnya mengenai perbualan aku dan Isabel malam itu, kamu boleh baca ini.

Isabel, siri keempat.

Telefon bimbit bergetar. Mesej masuk. Kawan baik ajak teman pergi makan bersama perempuan yang baru dikenali. "What a coincidence?" soal aku dalam hati. Aku balas. "Ok." Kemudian, aku balas mesej Isabel di YM.

Aku: "I nak keluar dulu. Nak teman my friend. Later, I get back to you."

Isabel: "Ala..Ala..Jangan la camni."

Aku: "Haha. I'm not running away. Just, I need to accompany my friend. I'll message you after this,ok?"

Isabel: "Ok."

Dalam kereta, aku berbual dengan kawan baik tentang apa yang baru berlaku. Kawan baik hanya gelak besar. "Aku dah kata, perempuan comel mana mungkin takde boyfriend. Tapi kau degil," kata kawan baik sambil gelak besar lagi. "Sial punya kawan," kata aku dalam hati. "Tapi, aku dah buat research semua. Siap log in Friendster yang dah lama gila aku tak jenguk untuk pastikan Isabel memang single," kata aku pertahankan diri. "Patutlah tetiba je update Friendster. Sebab perempuan. Memang seperti yang aku jangkakan," balas kawan aku dengan gelak yang makin berdekah-dekah. "Mampus kau, malas aku nak layan," kata aku dalam hati.

Sampai kedai makan aku mesej Isabel.

Aku: "I thought you are still single before I ajak you keluar for dinner."

Isabel: "Haha. Eh eh, you nak try jadikan I as your girlfriend ke? Haha, no problem. Imaginary girlfriend eh?"

Secara rasmi, Isabel kini imaginary girlfriend aku. Yeah, I mean it.

But, God, "Could you please help me to erase the word, 'imaginary' slowly?" And yeah, definitely I mean it.

Isabel, siri ketiga.

Jadi, aku mesej Isabel. Kali ini aku bangun pagi, solat Subuh dulu (seperti biasa). Minta keberkatan dan dimudahkan urusan hidup untuk pagi di mana aku akan mesej Isabel untuk ajak dia keluar dinner. Kamu pasti gelak. Hahaha. "A man would definitely do anything he needs to get what he wants." Jadi, lepas solat Subuh, aku bergolek di atas katil, tekan papan kekunci dan susun ayat sebelum aku hantar kepada Isabel dengan 1001 harapan.

Tapi, aku seorang lelaki yang ada satu kutukan. Perempuan yang aku suka pasti tak akan suka aku kembali.

Jadi, selepas hantar mesej kepada Isabel aku tunggu hingga tertidur semula. Bangun semula dikejutkan oleh rakan sebilik untuk ke kelas Malaysian Studies, aku capai telefon bimbit. Aku lihat tiada mesej baru. "Haihh..," aku mengeluh hampa. Aku tiba di kelas Malaysian Studies lambat 15 minit. Ini kali pertama aku bangun pagi untuk pergi ke kelas Malaysian Studies hari Khamis. Tapi kelibat lecturer tidak kelihatan. "Sial, first time aku bangun pagi nak pergi kelas ni, boleh pula lecturer tak datang," seranah aku dalam hati. Aku pulang ke bilik dengan rasa hampa.

Di bilik, aku capai telefon bimbit. Aku lihat masih tiada mesej masuk. Fikiran logik menerjah masuk sekali lagi untuk memutuskan semangat. "Isabel comel, mana mungkin dia suka kau yang selekeh ni?" soal fikiran logik tanpa perasaan. Aku terkedu, diam sebentar dengan soalan yang kejam itu.

Tapi, aku seorang lelaki yang percaya dengan teori yang aku cipta. Teori aku yang sama tarafnya dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Enstein berbunyi begini: "Kebanyakan perempuan comel memang ditakdirkan untuk bercinta dengan lelaki yang tak comel dan kebanyakan lelaki comel memang ditakdirkan untuk bercinta dengan perempuan yang tak comel."

Jadi, fikiran positif pula berkata. "Mesti Isabel tengah sibuk. Give her some times to get back to you." Aku ikut nasihat fikiran positif sebab aku tak suka untuk mudah berputus asa. Aku letak telefon bimbit di sisi meja dan aku mula tengok Gossip Girl dari episod ke-3 pada jam 9.45 pagi. Aku biarkan diri hanyut dalam dunia gosip itu buat beberapa jam. Setelah habis episod ke-15, aku buka headphone di kepala. Sudah jam 6.45 pagi. "Well done Jae, kau berjaya menghabiskan hari Khamis kau seperti jasad yang tiada hubungan sosial dengan luar," detik hati. Aku capai telefon bimbit. Aku lihat masih tiada mesej. Kecewa.

Tapi, aku seorang lelaki yang tidak mudah putus asa. Jadi, aku turunkan sedikit ego pada paras 80 peratus dan mesej Isabel. "You tengah buat apa?" Mesej dibalas. "Baru nak online YM." Aku tersenyum. Pergi kembali ke depan komputer, Isabel tegur aku.

Isabel: "Sorry tak reply your message tapi tadi I busy sangat, ada meeting pagi dan petang."

Aku: "Ouh, it's ok for me. I understand it."

Isabel: "And, about you asking me out for dinner, I would love to go out with you tapi I dah ada boyfriend and I takut dia jealous nanti."

Aku: "Ouh, it's ok for me. I understand it."

It hurts. Really. Abit. And after all research that I've done, it is hard to know and to accept that Isabel already have a boyfriend. Surely, everyone of you are laughing at me right now. Hahaha. Fuck it.

Kini aku percaya pada satu lagi teori yang aku baru cipta 2 minggu sebelum ini. Teori aku yang yang sama tarafnya dengan teori graviti yang dikemukakan oleh Isaac Newton berbunyi begini: "I'm a man who always miss the opportunity when it comes to a cute girl. Surely, I will not be there, at the right place and at the right time."

Saturday, August 30, 2008

Memoir: Sekitar tahun 2004.

Tahun 2004. Setelah menghabiskan masa cuti yang panjang, aku pulang ke Kuala Kangsar untuk mengambil keputusan SPM. Keputusan yang aku dapat 6 A dan 3 B. Masa itu aku gembira sebab aku fikir keputusan aku berbaloi untuk 5 tahun yang aku habiskan dengan gembira di Kuala Kangsar.

Aku pinjam telefon bimbit Nokia 3310 kepunyaan rakan untuk telefon emak dan ayah. Aku mulakan perbualan dengan nada gembira tapi aku akhiri perbualan dengan nada hampa. Emak dan ayah tidak gembira dengan keputusan SPM aku.

*

Tahun 2008. Sekarang, aku berada di UTP untuk menghabiskan pengajian yang berbaki lagi setahun. Tadi aku berbual dengan ayah dan kakak mengenai adik yang ingin melanjutkan pelajaran di London. Mereka kata adik tidak mampu untuk berdikari jika dia dihantar ke London dan duit yang digunakan untuk menghantar adik tidak berbaloi sebab mereka begitu pasti yang adik tidak mampu berdikari nanti.

Aku teringat kembali tahun 2004. Bagaimana emak dan ayah merasakan yang aku seperti sudah tiada masa depan dengan keputusan SPM yang aku perolehi. Aku lalui waktu sebegini seorang diri. Aku kuatkan semangat, aku lakukan perubahan terhadap diri sendiri. Aku tahu yang aku perlu buktikan sesuatu kepada emak dan ayah sebab aku benci dilakukan begitu, seolah-olah aku tiada masa depan. Aku marah dan benci sebab emak dan ayah tidak memberi sokongan ketika itu.

*

Aku keluar ke KLCC. Dalam perjalanan, aku rasa aku mesti buat sesuatu. Aku tak mahu adik lalui apa yang aku lalui. Aku tahu adik tak pernah melalui masa susah begini. Aku capai telefon bimbit, aku taip mesej. "Ayah, adik tu ayah kena bagi support je. Don't make it too hard on him. For me, life is a learning process and now adik tengah go through the hardest part of his life. Just show your support and I'm sure he will do great because he is your son." Aku hantar mesej tersebut kepada ayah.

Pulang dari KLCC, ayah ucap terima kasih untuk mesej yang aku hantar.

Isabel, siri kedua.

Jadi, aku mesej Isabel minta e-mail untuk aku add di Friendster. Mesej dibalas beserta e-mail yang diminta. Tanpa berlengah, aku log in Friendster (yang dah lama tak dijenguk) and request untuk add Isabel. Selang beberapa jam request aku diterima. Misi bermula, kajian mengenai Isabel dimulakan. Kajian yang pasti buat kamu kagum sebab untuk Final Year Project pun aku masih belum melakukan kajian terperinci seperti yang aku lakukan pada profile Isabel.

Profile Isabel di Friendster.

Status: Single.

Aku tersenyum. Masih sangsi.

Aku lihat dan belek semua gambar-gambar Isabel. Tiada satu pun gambar mesra bersama lelaki. "Mana mungkin gadis comel seperti Isabel takde boyfriend?" soal fikiran logik. Aku mengangguk kepala tanda bersetuju dengan soalan tersebut.

Aku tersenyum. Makin sangsi.

Aku lihat dan baca satu-persatu komen yang dihantar kepada Isabel. Selepas beratus komen yang dibaca tiada pun komen-komen mesra daripada lelaki yang sama untuk jangka masa yang lama. Komen Isabel mengenai jiwa yang kacau kepada teman rapat sekitar awal tahun 2008 buat aku yakin yang Isabel memang takde boyfriend. Fikiran positif menerjah masuk. "Tak salah ajak keluar. At least, you give a try first."

Sekali lagi, aku sokong fikiran positif. Esok aku mesti mesej Isabel ajak keluar bila aku pulang ke Kuala Lumpur.

Kepulangan.

Komen daripada pembaca mengenai kepulangan aku ke blogsphere (tapi aku hanya ambil isi penting sahaja):

1) Perlukah wanita untuk menjadi inspirasi kehidupan?

2) Ooo...Macam ni la Jae.

Aku baca komen ini sambil tersenyum. Komen-komen yang sudah dijangka. Tapi kamu sebagai pembaca kena ikuti siri Isabel, baru kamu boleh judge aku, ok?

Ulasan aku untuk komen daripada pembaca:

1) Haha. Yeah, I need a woman, for me to be inspired in my writing and my life.

2) Haha. You are judging me! What's inside your mind when you said "Ooo..Macam ni la Jae."

Anyway, I'm happy to be back from my taciturn, again!

Isabel, siri pertama.

Minggu lepas di ConvoSquare aku menjual t-shirts sempena UTP ConvoFair 2008. Malam Ahad aku disapa seorang gadis.

Gadis: "Kenapa t-shirts dah jual murah compare to yesterday? Tak best la camni.."

Aku: "Alaa..Nak habiskan t-shirts sebab malam ni last untuk jual."

Gadis: Alaa..Tak best gak. I beli mahal tau semalam."

Aku: "Ok la. I bagi you t-shirt 'Single Is Simple, Double Is Trouble' ni for free."

Gadis: "Hehe. Yeay, thanks!"

Aku: "Ok. No problem. Anyway, kerja kat mana sekarang ni?"

Gadis: "Kat KLCC."

Aku: "Wow, nice. Ada business card tak?"

Gadis: "Business card tak siap lagi la. You amik my phone number I je la."

Aku: "Ok. Nama nak save apa?" tanya aku.

Gadis: "Save as Isabel. Ok. See you later. Datang KLCC just let me know," kata Isabel sambil berlalu pergi.

*

Aku baring keletihan selepas selesai menjual t-shirts di ConvoSquare tadi. Aku lihat telefon bimbit, aku cari nama Isabel. Aku fikir secara logik, tak mungkin gadis comel seperti Isabel takde boyfriend. Tapi aku fikir secara positif, apa salahnya aku cuba untuk megenali Isabel. "At least, I would not miss the critical opportunity as usual," detik hati aku.

Aku sokong fikiran positif. Esok aku mesti mesej Isabel.

Now, I'm back from taciturn.

Hujung minggu di Kuala Lumpur sentiasa menarik. Aktiviti pasti tersusun padat menunggu tiba giliran masing-masing untuk dilaksanakan. Sebentar tadi jumpa teman-teman di wondermilk cafe, melihat Deepset mengalunkan irama muzik mereka. Aku suka gaya muzik mereka yang sarat dengan emosi tapi dialunkan dengan harmoni. Aku biarkan fikiran terbang melayang bersama dengan alunan muzik yang harmoni.

*

Sebelum Deepset mengalunkan irama muzik mereka, aku berbual bersama teman-teman.

Locky: "Apsal blog lama tak update?"

Leman: "Ha ah, apsal dah tiga minggu kau tak update blog? Hari-hari aku buka tak berubah pun."

Aku: "Aku tengah cari inspirasi untuk menulis."

*

Fikiran terbang melayang. Aku berada di dunia lain, di awangan yang aku pun tak tahu di mana. Telefon bimbit di dalam poket seluar bergetar, mesej dari Isabel.

Isabel: "Dah start dah Deepset? Nak dengar.."

Aku: "Ok. I call tapi I tak cakap sebab kat sini bising, takut tak dengar. I bagi you dengar satu lagu. Stay with me for another 5 minutes before you sleep."

Aku call Isabel. Aku letak telefon bimbit di atas rak yang berdekatan supaya Isabel dapat mendengar irama muzik yang dialunkan. Selesai lagu pertama dimainkan, aku capai telefon bimbit.

Aku: "Dah dengarkan? Now you dah boleh tidur. Good night.."

Isabel: "Ok. Good night. Thank you Jae."

Aku masukkan kembali telefon bimbit ke dalam poket seluar. Fikiran melayang sekali lagi bersama irama muzik yang dialunkan. Telefon bimbit di dalam poket seluar bergetar lagi, mesej dari Isabel.

Isabel: "So sweet la you Jae. Thank you. I suka sangat. Kenapa takde girlfren eh? Ruginya perempuan-perempuan kat UTP tu."

Aku: "You are welcome my dear. Erm, I always miss the opportunity la. You are one of the example. Hehe.."

*

Aku sudah jumpa inspirasi untuk menulis. Now, I'm back from taciturn.

Friday, August 8, 2008

Ideologi: Majukan Diri Sendiri, Beri Sumbangan Balik Kepada Komuniti

Hujung minggu lepas aku minum dengan teman-teman di Pak Li Kopitiam, Shah Alam.

Teman-teman yang sedang bujang sebab girlfriend masing-masing sedang jauh ingin cuci mata lihat bidadari-bidadari dari kayangan kata mereka.

"Tipikal bujang," detik hati aku.

Kami duduk, order makanan dan minuman. Selesai makan kami berbual kosong mulanya tapi sekejap saja sebelum teman-teman mula cerita pasal politik Malaysia.

Pas dengan perjuangan Islam.

UMNO dengan perjuangan Melayu.

Banyak yang dibincangkan, aku hanya diam mendengar. Cuba memahami isu-isu politik Malaysia yang bosan sebab bagi aku politik itu kotor.

Lepas 30 minit dengar perbincangan yang tak akan habis, aku sampuk.

"Ideologinya mudah je. Kita Melayu kan? Kita Islam kan? Sekarang apa yang patut kita buat, kita majukan diri, kita jadi yang terbaik dalam apa yang kita lakukan," kata aku serius.

Aku hela nafas, aku sambung.

"Bila kita dah jadi yang terbaik dalam apa yang kita ceburi, bila kita dah kaya-raya jangan kita lupa komuniti kita.Kita sumbang balik apa yang kita dapat kat komuniti kita, kita sebarkan ideologi yang sama," terang aku panjang lebar.

"Macam mana kita nak buat?" tanya teman-teman lebih lanjut.

"Kita buat yayasan bantu komuniti kita dari segi pendidikan. Kita buka kolej atau universiti supaya komuniti kita boleh sambung pelajaran. Kita buka syarikat dan ambil komuniti kita bekerja, as simple as that," ujar aku.

"Tapi ingat, majukan dulu diri sendiri dan jangan lupa untuk berbakti balik kepada komuniti kita bila dah berjaya. Semoga kita sentiasa jadi manusia yang sedar asal-usul," aku ingatkan diri sendiri dan teman-teman.

Pengajaran Hidup: Fikir, Buat Dan Jangan Menyesal

'In life, there is only one take, unlike the movies where you can have several takes until you are satisfied with what you want.' -Hishamuddin Rais-

Pernyataan ini bermain di minda untuk buat beberapa ketika, agak lama buat aku fikir.

Aku fikir tentang masa lepas, kenangan silam dan aku fikir lagi pernyataan ini.

Aku setuju dengan pernyataan ini.

Pernyataan ini buat aku sedar, aku hidup di dunia hanya sekali.

Aku fikir tentang masa depan, kenangan yang bakal aku simpan dan aku fikir lagi pernyataan ini.

Aku makin setuju dengan pernyataan ini.

Masa kecil, aku selalu memberontak sebab aku fikir aku sentiasa betul.

Masa itu aku masih tak matang, emosi lawan akal, emosi pasti menang.

Bila besar, sebelum aku memberontak aku fikir dulu apa akibat sebelum aku buat sesuatu.

Bila besar aku jadi lebih matang, emosi lawan akal, akal sudah mampu tenangkan emosi.

Aku sedar yang aku hidup hanya sekali, hidup dan masa depan aku yang pilih.

Aku belajar untuk buat pertimbangan waras menggunakan akal sebelum aku buat sesuatu dan bila aku tentukan apa yang aku akan buat, aku pastikan aku tidak menyesal.

Thursday, July 31, 2008

Pengajaran Hidup: Nikmati Hidup Atau Baik Mati Saja

'Dying is one thing to be sad about, living unhappily is another thing.' -Morrie Schwartz-

Aku membesar dengan belajar dari pengalaman aku dan pengalaman manusia lain.

Aku belajar mengenai kehidupan dan ragam hidup manusia.

Kehidupan yang tak sentiasa indah, tak seperti syurga.

Dugaan, cabaran, masalah datang sepanjang perjalanan hidup.

Aku membesar dengan belajar yang dugaan, cabaran, masalah ini perlu aku hadapi dan selesaikan.

Aku belajar bukan semuanya dapat dihadapi dan diselesaikan dengan mudah.

Kehidupan begini buat hidup jadi menarik, lebih bermakna.

Aku dan kamu patut belajar; nikmati hidup atau baik mati saja!

UITM Business Day 2008

Our Happiness and Art Syndrome will be there, at Padang Kawat, UITM Shah Alam from 1 August till 3 August 2008.

Do come and enjoy the event!

Wednesday, July 30, 2008

From Kuala Kangsar..." (The Second Leg)

R A Fine Arts and School of Arts USM
cordially invite you to the opening of

"From Kuala Kangsar..." (The Second Leg)
An Exhibition featuring the creative side
of those who have walked through the hallways of MCKK

Which will be launched by
Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Vice Chancellor, Universiti Sains Malaysia


Date : Wednesday, 6th August 2008
Time : 3 pm
Venue : Galeri Budaya Rekacipta dan Inovasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Penang


"From Kuala Kangsar..." (The Second Leg) showcases the various talents of those who have walked through the hallways of Malay College Kuala Kangsar.

The works exhibited include photographs, paintings, sketches, books and other articles of writing by alumni who have traversed the various fields of administration, academia, business and the professions. They also include those who have served in the public terrain as Rulers, Ministers, and sundry members of the Executive at all levels.

R A Fine Arts hopes "From Kuala Kangsar..." (The Second Leg) will project a lesser known dimension to the trajectories undertaken by the alumni.

For further details, please call 03 2161 7341.

Pengajaran Hidup: Tak Perlu Puaskan Semua Orang

Balik dari kelas, aku duduk depan PC. Chat sekejap dengan perempuan yang ajak aku ke pasar petang ni.

Aku: "Jadi tak nak pergi pasar petang ni?"

Perempuan: "Jadi la, tapi sudi ke naik kereta aku yang buruk ni."

Aku: "Alaa, kau merajuk lagi ke sebab aku tak tumpang kau?"

Perempuan: "Takde la, bukan kau lagi suka naik kereta lain ke?"

Aku: "Mana ada camtu. Aku suka je naik kereta kau."

Perempuan: "Alaa, tak perlu la kau pura-pura."

Aku: "Betul la. Aku suka je naik kereta kau. Cuma kadang-kadang susah nak puaskan semua orang."

Perempuan: "Tak perlu pun puaskan semua orang. Just choose and stick to it. Like if you have so many girl friends, you can't fuck and satisfy everybody, right?"

Aku: "Hahaha. How if I choose to fuck and try to satisfy everybody?"

Perempuan: "Yeah. You are dreaming..."

Pengajaran Hidup: Bukan Semua Nyah Feminin

Bangun pagi lambat, aku dan teman bergegas ke lecture hall. Dalam perjalanan, terserempak dengan Nyah yang baik dengan teman aku.

Teman: "Nyah, kenapa aku cam familiar je dengan baju kau ni? Kau pakai baju semalam eh?"

Nyah: "Alaa, kau ni Nyah suka la kantoikan aku. Baju ni wangi lagi tau, aku pakai je la lagi hari ni."

Teman: "Kau ni Nyah, memang ada wardrobe malfunction la."

Nyah: "Eee, benciiiii la kau ni Nyah."

Tuesday, July 29, 2008

Indie Rockshow

Sky Juice Coffee dan band-band lain akan menghiburkan peminat-peminat muzik underground sempena Indie Rockshow bertempat di Stadium Merdeka pada hari Ahad, 3 Ogos 2008.

Come and join the crowd. See you guys there!

Hidup Adalah Perjuangan #7

Aku dan kamu patut belajar dan fahami ideologi ini.

Nampak mudah, tapi belum tentu berjaya dilaksanakan dalam kehidupan harian.

Jadi, terus perjuangkan ideologi ini tanpa putus asa!

Pengajaran Di Waktu Pagi

Jangan mudah sekali untuk menterjemahkan peribadi manusia hanya bersandarkan pada rupa luaran.

Jangan mudah sekali untuk percaya pada cakapan manusia lain jika kita belum ada bukti yang kukuh.

Jangan mudah sekali untuk berbicara tanpa memikirkan akibat yang menyusul dari apa yang dibicarakan.

Sunday, July 27, 2008

Hidup Adalah Perjuangan! #6

Kita membesar dengan belajar dari kesilapan dan pengalaman silam.

Kita kejar impian dan cita-cita hidup kita.

Kita yang perjuangkan hidup kita.

Kita yang tentukan hidup kita.

Hujung Minggu di Kota Keriangan



Sepanjang MRR2 minda melayang, fikir aktiviti untuk dilakukan bersama teman-teman.

Jumpa teman-teman, kami sepakat menghabiskan hujung minggu di Genting Highlands.

Udara malam yang dingin, udara pagi yang segar buat kami tenang, gembira bersama.

Friday, July 25, 2008

Carian Yang Mengimbau Kenangan Lama

Bosan tiada kerja, aku jenguk Site Meter lihat kunjungan pembaca blog ini. Salah satu link datang dari carian Google mengenai Grace Margaret MCKK. Grace Margaret, guru fizik yang menjadi pujaan dan juga igauan bagi pelajar-pelajar MCKK.

Sifat prihatin yang sering bertanya keadaan terkini pelajar, nasihat dan ceramah percuma di kala pagi, Chicken Soup for the Soul untuk mengembalikan suasana ketika sesi pembelajaran Fizik menjadi bosan. Bagi aku ini memang jadi pujaan mana-mana pelajar.

Suara nyaring yang boleh kedengaran dari jarak 1 batu, sesi potong rambut panjang pelajar tingkatan 5, sesi pelajar didenda dengan pelbagai jenis dan bentuk hukuman. Bagi aku ini memang jadi igauan mana-mana pelajar.

*

2003.

"Ameirul ni yang merosakkan Irzani," kata Grace Margaret pada seluruh kelas 5 Sains 3. Aku tergamam. "Apa salah aku sampai dituduh merosakkan kawan aku yang sememangnya sediakala rosak?" soal aku dalam hati, pasrah dituduh.

"Cikgu Grace, minggu depan dah nak SPM. Saya minta maaf banyak-banyak, doakan saya dapat jawab soalan Fizik nanti," pohon aku penuh belas ihsan minta kemaafan dan keberkatan ilmu. "Kamu ingat, senang-senang saja kamu buat salah dan minta maaf. Kamu runtuhkan bangunan Big School dan kamu ingat senang-senang boleh minta maaf pada old boys?" soal Cikgu Grace dengan analogi gilanya.

*

2004.

Sesi mengambil keputusan peperiksaan SPM dari cikgu kelas, Cikgu Grace. Lihat slip keputusan SPM, kira jumlah A dan B. Semua sekali ada 6A dan 3B. Subjek paling teruk pasti sahaja subjek yang tiada keberkatan dari cikgu. Fizik dapat B4. Aku diam, malas banyak bicara. "Tunggu aku buktikan yang aku akan berjaya nanti," bisik aku dalam hati beri kata-kata semangat pada diri sendiri.

*

2005.

Sambutan 100 Tahun MCKK. "Cikgu Grace, saya dah masuk UTP, buat Mechanical Engineering," kata aku dengan bangga dan ceria. "Dulu malas belajar, masih mahu cari makan dengan Fizik," balas Cikgu Grace dengan bunyi yang masih belum dapat menerima yang aku sedang melakukan perubahan pada diri.

*

(Masa depan - 2010).

Perjumpaan Hujung Minggu Murid-Murid Tua. "Cikgu Grace, saya dah kerja jadi engineer," kata aku dengan bangga. "Wah, baguslah kamu sudah ada kerjaya, sudah jadi engineer. Ini semua berkat saya ajar kamu Fizik," balas Cikgu Grace bangga.

*

Semoga masa depan akan seindah impian. Semoga impian akan jadi kenyataan. Tunggu aku buktikan yang aku bukan cebisan hampa yang boleh dipandang sebelah mata. Kita jumpa lagi 2 tahun dari sekarang untuk pastikan aku boleh berbangga dengan pencapaian diri sendiri.

Permulaan Baru, Harapan Baru

Final Year Project Title
Analysis of CO2 corrosion behavior at high temperature using Electrochemical Impedance Spectroscopy

UTP, dunia lama yang ditinggalkan selama 8 bulan kini dikunjungi semula untuk tempoh 10 bulan lagi. Dunia yang akan dilalui dengan seribu satu cerita yang aku harap akan lebih banyak dipenuhi kisah dari kayangan berbanding kisah dari neraka.

Permulaan baru di UTP dipenuhi dengan pelbagai harapan baru. (Lihat tajuk di atas), lihat kesungguhan aku mengikut nasihat supervisor di Carigali Hess yang mencadangkan supaya aku jadi pakar pengkaratan karbon dioksida yang kini sangat diperlukan oleh mana-mana syarikat yang memiliki platform yang sudah usang dibina sejak zaman Parameswara.

Harapan baru aku untuk tahun akhir di UTP, semoga bimbingan MCI boleh menjadikan aku pakar pengkaratan karbon dioksida yang dibayar dengan bayaran yang tinggi jadi kenyataan.

"Eh, baru 5 hari balik UTP dah balik KL semula? Boleh berjaya ke harapan baru? Camni pudar la harapan I nak minta duit U bila dah kerja nanti," gurau kakak tanpa aku ambil peduli.

Siapa SC, Kamu Mahu Tahu? #Finale

Kisah ini telah tamat, sudah dibawa pergi angin hampa masuk ke dalam lubang hitam.

Sudah ada titik noktah, jangan kamu persoalkan lagi.

Thursday, July 24, 2008

Hearts & Fragile Things

'Hearts may break, but hearts are the toughest of muscles able to pump for a lifetime, seventy times a minute, and scarcely falter along the way.' -Neil Gaiman-

Aku baca ayat dari novel Fragile Things ini berulang-kali.

Aku sumbat ayat ini masuk ke dalam medulla oblongata supaya aku tidak lupa.

Aku fikir tentang peristiwa yang buat aku kecewa, buat aku sedih.

Aku orang yang mudah terusik, senang kecewa dan senang murung.

Pengalaman buat aku belajar mengenai kehidupan, belajar mengenai manusia.

Aku tentang apa-apa yang buat aku kecewa dan murung.

Aku herdik pada hati supaya jadi lebih kuat, jangan mudah kaput.

Pengalaman buat aku lebih mudah untuk menerima kenyataan, untuk gagah perjuangkan hidup.

Aku mahu hati ini jadi otot yang paling kuat dan tidak mudah kaput.

Aku yakin dengan apa yang ditakdirkan, aku akan terus perjuangkan hidup ini.

Wednesday, July 23, 2008

People Don't Change

Kenyataan yang kini berjaya dibuktikan.

Perempuan sial akan tetap jadi perempuan sial sampai bila-bila.

Sesuatu Yang Hilang Pasti Dihargai #3

Renung keluar, yang aku nampak hanya pagi yang gelap.

Kosong dan tiada isi, sunyi dan tiada nyawa.

Ramai yang sudah tidur dibuai mimpi indah, aku pula masih setia di depan PC.

Menterjemahkan apa yang bermain di minda ke dalam bentuk penulisan.

Aku terasa kehilangan suasana di tempat praktikal yang sentiasa buat aku sibuk.

Aku terasa kehilangan kehidupan malam di KL bersama teman-teman baik.

Renung keluar, aku berharap hari-hari mendatang akan jadi lebih bermakna.

Terjaga Dari Mimpi, Aku Ingin Bermimpi Kembali

Seperti tak percaya, aku berada di UTP.

Mengharungi 2 hari yang aku rasa sangat panjang dan kosong.

Lihat teman-teman sibuk ke sana ke sini, aku pula tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

2 hari jasad aku bergerak tanpa jiwa ikut bersama.

Jasad aku di UTP tapi roh aku masih terbang melayang, hilang tak tahu ke mana.

Aku masih mencari tujuan jasad ini berada di UTP.

Aku masih mencari hala tuju hidup sehingga akhir tahun ini.

Mencari sesuatu yang boleh buat aku bangun pagi dengan penuh semangat dan inspirasi.

Yang pasti buat masa sekarang, aku masih ingin bermimpi kembali.